Chapter 17:Mati

6 0 0
                                    

Setelah 1 bulan Aiman dan Ana hilang

Arif masih belum memaafkan Hussin,jikalau dia melihat Hussin sekali pun dia tidak akan menunduk,menyapa dan memberi salam

Di waktu malam Sabtu selepas habis tusyen bersama cikgu Fathi,Arif menghidupkan motornya lalu memecut laju.Ada 1 kelibat budak kecil yang sama seperti Aiman,bajunya pun kelihatan seperti baju Aiman tetapi sudak koyak rabak.Muka lebam,kaki lebam,tangan berbirat,dia macam baru lepas kena dera

Arif menghentikan motornya lalu berlari ke arah budak tersebut "Adik,adik ok tak?"soal Arif,dia tidak ingin menyebut nama Aiman kerana takut tersalah orang

"Abang Arif?"kata Budak tersebut

"Aiman,kau ke tu?"soal Arif lalu menyelak rambut yang menutupi mukanya.Terbeliak mata Arif apabila tekaannya benar belaka

Aiman menangis lalu memeluk Arif,begitu juga Arif tetapi dia tidak menangis "Syukur kau masih selamat,Mana Ana?"soalan Arif membuatkan tekak Aiman pahit bak hempedu

"A-Ana,dah..."Aiman menghentikan ayatnya disitu

Arif membuat mimik muka confuse "kenapa dengan Ana?"soal Arif

"m-mati"kata Aiman lalu mula menangis
 
Terbeliak mata Arif bila dengar perkataan tu,dia melihat Aiman yang menangis teresak-esak.Maksudnya apa yang dikatakan Aiman adalah benar belaka

Arif mendukung Aiman lalu meletakkannya diatas motor "Aiman ingat laluan gi ke tempat tu kan?Tolong tunjuk kat abang"kata Arif

Aiman mengangguk lalu mula menunjukkan arah,Arif memecut motornya sambil mengikuti kata2 Aiman yang dibonceng dibelakangnya

Arif berhenti di satu tempat yang terlihat seperti bengkel buruk "Ini?"soal Arif

Aiman menggangguk

"Baik,jom kita gi balai polis"kata Arif kemudian memecut motornya kebalai polis,untung si Aiman pegang baju Arif kuat2.Kalau tidak boleh terbang budak tu,I believe I can flyyy

Arif menurunkan Aiman lalu berjalan masuk kedalam balai,polis2 yang lalu lalang terus bertindak mengambil barang rawatan untuk merawat Aiman

Arif berjalan ke tempat pertanyaan "Tolong jagakan adik saya,saya ada benda nak dibuat"kata Arif

polis dikaunter pertanyaan hanya mengangguk

Arif keluar dari balai polis lalu pergi ke tempat yang dipenuhi besi buruk,dia mencari batang besi paling keras.Dia juga membeli sarung tangan kain,mungkin untuk menutup jejak

Setelah habis menyediakan apa yang dia  perlukan,dia memecut ke bengkel lama itu.GEDEBAK!Rantai Pintu bengkel tu dipukul sampai terputus,dia membuka pintu bengkel dan melihat cahaya disko.Dia tutup pintu dan berjalan masuk "SAPA BUNUH ADIK AKU?!"soal Arif,asal berani sangat mamat ni

Semua orang melihat Arif lalu tergelak,salah seorang daripada mereka berkata "Budak perempuan baju hijau tu ke?Aku baru lepas tanam dia"kata lelaki tu

Arif melihat ke arah pemilik suara,dia memakai topeng yang hanya menutup separuh muka.Arif berjalan ke arahnya lalu memukul lelaki tersebut punya kepala menggunakan batang besi yang di ambilnya

Lelaki tersebut mengelak "Saya sebagai pembunuh perlu memperkenalkan diri,nama diberi adalah Jace"kata lelaki itu

"Cam mana om puteh ni boleh ada kat sini"pikir Arif

Jace berkata "Geng,ada orang serbu markas.Mari kita bantai"kata Jace

Tiba2,beberapa orang lelaki badan besar2 keluar dari beberapa sudut bilik

Arif menggaru kepala "Ingatkan kuat sangat,baru nak ajak solo"keluh Arif

Jace ketawa "Aku solo last minit"kata Jace lalu berjalan masuk ke suatu bilik

Trust Issue | By JemahWhere stories live. Discover now