Arif dan Wolf menunggang basikal,Arif membawa Wolf pergi ke suatu tempat yang mempunyai sungai yang indah dan bersih
Wolf melihat sekeliling dan melihat ke air sungai yang bagaikan cermin,dia mengambil batu dan membalingnya kedalam air
"tempat yang nenek aku selalu bawak aku time kecik,aku nak bawak Ana ngan Aiman ke sini.Tapi Ana pergi dulu sebelun aku sempat bawak dia kesini"kata Arif
Wolf melihat ke arah Arif dan hanya merenungnya,Arif melihat ke arah Wolf "Pe?Hensem sangat ke muka aku ni?"kata Arif lalu membuat gaya ala2 mamat macho
Arif melihat sekeliling seperti mencari sesuatu,matanya terhenti pada pokok mangga yang berada beberapa meter daripada dirinya.
"Ouh,masih ada lagi pokok tu"kata Arif lalu berjalan ke arah pokok tersebut,dia melihat 2 biji buah mangga yang masih hijau.
Wolf mengikuti Arif dan melihat ke arah Arif "Pokok ni dulu kawan nenek aku punya,nek timah.Dia dah meninggal,aku pernah kena tangkap ngan dia sebab curi mangga dia.Tapi dia tak marah,nek Timah kata kalau nak amik je pakai jolok tu.Jangan panjat"jelas Arif dan mula mencari sesuatu
Mata Wolf melihat sekeliling dan terhenti pada sebatang kayu yang mempunyai besi pemotong di atasnya.Dia mengambil kayu tersebut dan menghulurkannya kepada Arif
"Ha!Ni pun,tapi belum ada yang matang.Belum musim buah lagi"terang Arif,dia mengambil jolok tersebut dan meletakkannya di dekat pondok yang berdekatan dengan sungai
"Lepas dari tragedi tu,aku amik mangga je mesti nek Timah bawak pisau ngan pinggan.Tolong potongkan mangga tu kat pondok ni"kata Arif sambil tersenyum sendiri
Wolf melihat sekeliling dan merasa pelik kerana persekitaran sungai,pokok mangga dan pondok tersebut sungguh bersih
Arif tersenyum melihat gelagat Wolf "Tempat ni bersih sebab anak2 dia orang tolong bersihkan,perkarangan rumah ni semua.Rumah kawan2 aku masa kecik,ada sorang ni umur dia sekarang mungkin dah 20.Dia paling tua lah diantara kita orang"kata Arif sambil berjalan ke sebuah rumah
"Hah tu,motor dia ada.Aku rasa dia ada kat rumah"kata Arif "Assalamualaikum,Bang Zif!"teriak Arif dari luar
Pintu tersebut dibuka,terlihat seorang lelaki yang tinggi dengan rambut serabai.Mungkin baru bangun tido "hmmmm,sapa kacau aku pagi2 buta ni?"soal lelaki tersebut
"Pagi buta apa Bang Zif,dah tengah hari lah"kata Arif
"Kau,macam pernah nampak.Tapi kat mana ek?"soal lelaki tersebut
"Ni Arif lah bang,Arif Hanafi.Cucu nek Mai"kata Arif
"Cucu nek Mai?Ooooouuuuh!Kau rupanya"kata Bang Zif lalu membuka pagar dan melihat Arif dengan lebih dekat
"Makin lama makin hensem,dulu masa kecik bukan main selekeh"kata Bang Zif
"Ngata orang,dia pun sama.Dulu jadi idaman wanita,sekarang jadi idaman monyet betina"kata Arif sambil tersenyum
"Amboi,pandai kau nak mengata aku ye.Aku baru siap kerja sekaligus baru bangun tido,tu yang nampak slebeh sikit"kata Bang Zif
Wolf melihat kedua manusia hidup di hadapannya,memang rapat jugak lah.Arif melihat ke arah Wolf dan melihat ke arah Bang Zif "Ni Kaizul,kita orang panggil dia Wolf"kata Arif
"Ouh,paham2"kata Bang Zif yang kemudian menjemput Arif dan Wolf masuk ke dalam rumah.Dia nya pulak baru nak mandi
Selesai Bang Zif mandi,dia terus hidangkan roti kering ngan kopi.Arif dan Wolf pula melihat satu sama lain "Kita orang baru je lepas makan tengah hari kat rumah nenek aku"kata Arif
Bang Zif tersenyum "Kalau korang taknak,biar aku yang makan"NYAM NYAM NYAM!Habis semua hidangan tu dilahap oleh Bang Zif
"Dah,pi balik!Satgi aku nak kena gi kerja,sampai malam pulak tu"kata Bang Zif
"Kerja apa?"soal Arif
"Company,bidang komik eh.Lebih kurang gitu lah"kata Bang Zif
"Ouh,baik.Kita orang caw lu lah"kata Arif
"Nanti esok aku cuti,aku datang sekejap lah rumah Nek Mai"kata Bang Zif
"Rojer"kata Arif
———————————
Bang Zif gi ke kerja,dia orang pulak masih lepak kat pondokArif melihat sungai tersebut dengan angin yang meniup pokok dan kawasan persekitaran dengan lembut,Wolf pulak sebok menengok pokok mangga tu lama2.Dia ingat kalau dia tenung pokok tu,buahnya terus matang ke?
Wosh!Seketika angin menjadi kuat buat sementara,awan menjadi mendung.Arif pula terdengar bunyi bayi menangis,begitu juga dengan Wolf
Arif mencari sumber suara tersebut,suara tersebut didapati dari atas pokok mangga.Arif melihat sesuatu,ia merupakan kotak yang sedang bergoyang-goyang
Tanpa berlengah,Arif terus memanjat pokok tersebut menuju ke kotak tersebut yang berada di dahan yang agak besar
Wolf yang terkejut akan perilaku Arif terus mencari sesuatu,dia mencari kain yang besar untuk menangkap Arif jikalau Arif terjatuh
Arif mengambil kotak tersebut,dia terlihat bayi yang dibalut dengan kain berserta nama "Kiyana"bisik Arif apabila melihat nama tersebut di kain yang membaluti bayi itu
Arif mendukung bayi tersebut dan perlahan-lahan turun dari pokok tersebut
Wolf melihat yang Arif sedang turun terus berlari ke arah Arif,dia melihat seorang bayi di tangan Arif
Arif menaiki basikal,begitu juga dengan Wolf.Arif terus mengayuh basikal tersebut dengan satu tangan kerana tangannya yang lagi satu sedang mengendong seorang bayi,dia pergi ke kedai runcit.Untung dia membawa duit di dalam telefon miliknya.Dia terus membeli pampers,susu dan botol susu
Wolf mengambil dan menggantung barang tersebut di handle basikal,dia terus mengikuti Arif yang mengayuh laju menuju ke rumah Nek Mai
————————————
Setibanya di rumahArif bergegas ke dapur dan membancuh susu,dia melihat bayi yang tanpa gigi itu.Pup!Terus dia bukak balutan tu dan mandikan bayi tersebut dengan air hangat.Memandangkan tiada sabun bayi,dia hanya memandikan bayi tersebut dengan sabun keras yang ada dibilik air
Wolf yang telah memegang tuala terus menghulurkannya kepada Arif apa bila bayi tersebut selesai dimandikan,kawan2 Arif dan atok neneknya hanya melihat perilaku Arif dan Wolf
Selesai dipakaikan pampers,Arif memasukkan botol susu tersebut kedalam mulut bayi itu
Terus senyap bayi tu sebab minum susu,Arif dan Wolf menghembuskan nafas lega.Bayi tersebut didukung dan dibawa ke ruang tamu
"Bayi sapa ni?"soal Atok Arif
"Ntah,jumpa atas pokok mangga arwah nek Timah"kata Arif
"Apa nama bayi ni?"soal Owl
"Kiyana"kata Arif
Yow ges!Tq for 130+ pembaca,i am so happy!Barulah rasa semangat nak tulis novel,tq for reading.Love you all😘❤
YOU ARE READING
Trust Issue | By Jemah
TeenfikceMurid sekolah berumur 15 tahun yang dikhianat dan mempunyai trust issue,dia juga menjalani hidupnya bagaikan seorang manusia biasa yang sebenarnya sedang merasa pahitnya kehidupan dan kesakitan yang dilaluinya.Di umur 16 tahun,dia berjumpa dengan be...