Beri Aku Waktu

16 2 0
                                    


Copyright ©️ 2024 by AmeriCarlla
All Rights Reserved

— DISCLAIMER —

Cerita ini adalah karya fiksyen. Nama, watak, tempat, dan insiden adalah hasil ciptaan pengarang. Sebarang persamaan dengan individu sebenar, hidup atau mati, atau peristiwa sebenar adalah secara kebetulan semata-mata. Semua pandangan dan pendapat yang diungkapkan dalam novel ini adalah milik watak-watak fiksyen dan tidak mencerminkan pandangan pengarang, penerbit, atau mana-mana individu atau organisasi yang berkaitan.

Segala situasi dan dialog yang digambarkan adalah rekaan semata-mata dan tidak bertujuan untuk menggambarkan atau menyinggung perasaan mana-mana pihak. Pembaca dinasihatkan untuk menikmati karya ini sebagai hasil seni kreatif tanpa mengaitkan dengan kehidupan sebenar. Pihak pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab atas sebarang interpretasi atau tafsiran yang mungkin timbul daripada pembacaan cerita ini.

— BLURB —

Nur Ayesha kembali ke kampung setelah menconteng arang di muka keluarganya serta keluarga pihak lelaki apabila dia telah melarikan diri di hari perkahwinan aturan keluarganya setahun yang lalu. Lebih mengejutkan lagi, dia pulang menggendong seorang bayi perempuan yang baru berusia satu bulan.

"Ini anak Ayesha, abah. Apa pun yang terjadi, Ayesha tak akan bagi anak Ayesha dekat orang lain semata-mata nak tutup malu keluarga kita."

Kedegilan Ayesha menyebabkan Haji Wahid dengan tebal muka merayu kepada Basheer agar bersetuju buat kali ke-dua untuk mengahwini Ayesha walaupun Basheer sekeluarga masih terkesan atas perbuatan Ayesha.

Meskipun banyak halangan daripada keluarga Basheer, Basheer tekad memberi Ayeesha peluang kedua untuk mengahwininya dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Pertama, Ayesha perlu bersetuju menjadi isteri mithali yang diinginkan oleh Basheer. Kedua, Ayesha tidak boleh menghalang sekiranya Basheer berniat untuk berkahwin lain.

Ayesha terpaksa bersetuju dengan syarat Basheer atas arahan Haji Wahid jika tidak bayi itu akan diserahkan kepada orang lain.

...

"Aku telah berkorban untuk menutupi malu keluarga kau, tapi aku hanya minta kau menyantuni aku seperti selayaknya seorang suami disantuni oleh seorang isteri. Adakah permintaan aku terlalu susah, Ayesha?" - Basheer.

"Jika itu yang kau mahukan, aku mohon kau terima anak ini jika kelak kau sudah tahu asal usul sebenarnya. Aku mahu kau mempertahankan Ameera seperti nyawa kau sendiri, Basheer."- Ayesha.

"Aku terima diri kau dan Ameerah. Aku terima kisah silam kau. Aku tak pernah mempersoalkan pilihan hidup kau sebelum ini. Apa lagi yang aku tak terima, Ayesha?" - Basheer.

"Ada satu kebenaran yang belum kau ketahui, Basheer." - Ayesha.

"Aku juga punya perasaan, Ayesha. Jadi, beritahu aku sekarang sementara aku masih mampu menghadapi kecewa dan sakit hati sekali lagi."- Basheer.

"Beri aku waktu, Basheer!" - Ayesha.

— AUTHOR'S NOTES —

Kepada para pembaca yang dihormati,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca cerita ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa perkara penting:

1. Bahasa dan Etika: Dalam usaha menjaga adab dan kesantunan, saya dengan rendah hati memohon agar para pembaca tidak menggunakan bahasa kasar dalam sebarang bentuk ulasan atau perbincangan mengenai novel ini. Ulasan yang tidak sopan mungkin akan disekat demi menjaga keharmonian ruang perbincangan kita.

2. Pengajaran dan Teladan: Kisah dalam cerita ini mengandungi pelbagai peristiwa dan watak dengan pelbagai sifat dan tindakan. Namun, adalah penting untuk diingat bahawa yang tidak baik dalam cerita ini tidak seharusnya dijadikan ikhtibar. Sebaliknya, ambillah pengajaran daripada segala kebaikan dan nilai murni yang ingin disampaikan.

3. Kelemahan dan Kekurangan: Saya sedar bahawa sebagai penulis, pasti ada kekurangan dan kelemahan dalam penulisan saya. Saya menghargai segala bentuk maklum balas dan kritikan yang membina daripada anda. Setiap pandangan anda amat berharga dalam usaha saya untuk terus memperbaiki karya-karya saya yang akan datang.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan kesudian anda membaca novel ini. Semoga cerita ini dapat memberikan manfaat dan hiburan kepada anda semua.

Salam hormat,
AmeriCarlla

Beri Aku WaktuWhere stories live. Discover now