"Mana mungkin Juwita diterima masuk ke sana,mak. Juwita bukan budak pandai."
Dari minggu lepas lagi mak sibuk memperkatakan keinginannya hendak melihat aku melanjutkan pelajaran ke sekolah Sains di pekan. Bukannya aku tak mahu,jauh sekali ingin menderhaka, tapi aku tahu kemampuan diriku. Subjek Sains, berapa kali sahaja aku lulus sepanjang 3 tahun aku bersekolah di sini? Mana mungkin aku mampu untuk bersaing dengan budak-budak pandai di kampung ini.
Aku hanya seorang perempuan kampung yang tak punya mimpi. Ya,mak. Memang aku seorang perempuan kampung yang tiada mimpi kerana sejak mak tinggalkan ayah, mimpi itu tak lagi ada dalam diri aku,mak. Kadang-kadang aku hairan, kenapa mak sanggup tinggalkan ayah sedangkan ayah merawat kita dengan tulus,mak. Adakah kerana mak tak mampu sehaluan dengan aliran hidup yang ayah pilih? Jika benar, mak memang perempuan egois. Ayah sanggup terima segala kekurangan mak, tapi mak tak sanggup bukakan sedikit ruang dalam hati mak untuk memahami ayah. Tapi, Juwita mohon agar tekaan Juwita salah,mak. Kerana Juwita yakin bahawa mak tak sekejam itu.
"Sudahlah tu, Juwita. Jangan difikirkan sangat apa yang mak kau cakap tu. Kau ingat sekolah di pekan tu senang-senang nak masuk? Mestilah ada tahap kelayakan untuk diterima. Yang penting sekarang, kau perlu belajar rajin-rajin untuk diri kau, bukan untuk orang lain dan bukan juga untuk emak kau."
Kata-kata Anara menyentakkan aku dari lamunan.
Anara menarik kedua-dua belah tanganku dan menyatukannya dengan tangannya. Senyuman manis dia lemparkan.
"Jangan risau Juwita. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya."
Ucap Anara lalu menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Tidak semena-mena cecair jernih mengalir dari kelopak mataku.
"Terima kasih Anara kerana kau tak pernah jemuuntuk berkawan dengan aku. Terima kasih sudi berkawan dengan aku walaupun akubanyak kurangnya."
Aku menyeka air mataku dengan hujung lengan baju kurungku.
Ya, memang benar kata Anara. Aku perlu lakukan semua ini hanya untuk aku bukan untuk orang lain. Dunia tidak pernah berhenti berputar sejak mak tinggalkan ayah. Masa akan terus berlalu tanpa peduli apa yang sedang berlaku. Lalu, mengapa kita terus berada dalam himpitan kotak kehidupan yang menghambat kita untuk terus maju ke hadapan? Pilihannya ada di tangan kita sama ada ingin terus melayan rasa atau menolak jauh perasaan yang mematahkan laluan kejayaan yang mungkin telah terbentang luas di depan mata.
CZYTASZ
Catatan Mata Juwita
Short Story"Hidup ini tentang kebolehan daya tahan. Tanpa daya tahan, banyak di antara kita yang telah jatuh tersungkur. Tapi nyatanya, banyak yang mampu bangkit dan meletakkan diri di tonggak tertinggi. Lantas, apa alasan engkau untuk menyerah? Tuhan tidak pe...