Bab 1

2 0 0
                                    

"Majlis kahwin?! Nak ikut nak ikut." Dengar sahaja ibunya iaitu Puan Laila sebut pasal majlis kahwin laju sahaja anaknya itu menyahut.

"Tak payah. Kamu duduk je sini. Biar ibu pergi wakilkan kita." Puan Laila malas membawa anaknya itu. Biarlah dia seorang sahaja yang pergi.

"Ala bolehlah please?? Nanti ibu takda kawan dengan haa. Bagus ni Ayra nak ikut." Pujuknya dengan alasan nak temankan ibunya.

"Takda muktamad. Tak lama lagi sampai kawan ibu. Kamu tu tak siap lagi." Puan Laila mengambil beg tangannya.

"Kawan? Ibu pergi dengan Makcik Hasnah ke?" Tanya Ayra.

"Tak. Dengan Puan Maria." Jawab ibunya.

Ayra terkejut kecil. Lama kelamaan dia tersenyum. Dia mendekati ibunya.

"Puan Maria? Anak dia ikut tak?"

"Affan ke? Manalah ibu tahu." Senyumannya mati. Tak membantu langsung ibunya ini.

Ya guys. Lelaki itu yang bernama Affan Maayisy crush Ayra. Ayra menyukainya sejak keluarga kecil Affan pindah ke situ. Namun, mereka hanyalah kenalan. Tidak berkawan rapat.

Kawasan rumahnya dekat dengan Ayra. Rumahnya berada di seberang dan perlu melalui jambatan terlebih dahulu untuk ke rumahnya.

Keluarga Affan keluarga yang berada walaupun tiada status Sri, Tungku, Tengku dan lain-lain manakala keluarga Ayra hanyalah orang biasa tetapi tidaklah berstatus fakir miskin. Mereka berada di pertengahan.

*ringg*

Telefon ibu Ayra berbunyi.

"Waalaikumussalam. Ha, dah masuk simpang? Okok. Saya dah siap ni."

Dengar sahaja Puan Maria dah nak sampai, Ayra terus berlari ke biliknya dan mengambil apa-apa sahaja baju yang ada di depan matanya. Malas dia berfikir. Nanti kena tinggal.

Tiba-tiba ada bunyi hon kereta. Alamak diorang dah sampai ke?!!

Cepat-cepat dia mengambil sunscreen untuk mencerahkan sedikit kulitnya. Kemudian, dia memakai blusher dan terus jadikannya eyeshadow. Cara untuk cepatkan proses. Dan akhir sekali dia memakai liptint.

"Ha kejap kejap." Jerit ibunya.

Ayra dengan sepantas kilat berlari ke luar rumahnya. Wow. Segerombolan ke dia ni bawa ke majlis kahwin. Macam anak dia pulak yang kahwin. Kereta sampai enam buah.

Kereta depan sekali itu menurunkan tingkapnya. Ayra ternampak Affan yang duduk menatap telefonnya. Seat di sebelahnya pula kosong.

Tiba-tiba Ayra terfikir. 'Itu je ke seat kosong? Macam mana aku nak ikut? Takkan nak duduk kereta lain. Aku nak duduk dengan dia.'

"Eh, bila masa kamu ni bersiap?" Ibunya hairan. Cepat naw anak aku ni siap.

"Baru tadi. Ada tempat ke Ayra nak ikut?"

"Ibu minta dia je tolong ambik ibu je. Takkan kamu nak masuk kereta family dia yang lain tu. Malulah. Bukan kenal." Bebel ibunya.

Ayra hanya mengeluh.

"Dah ibu pergi dulu." Ayra mengangguk. Melepas peluangnya untuk mendekati Affan.

Tidak lama selepas itu, ibunya turun dari kereta Puan Maria dan kembali ke rumahnya. Ayra yang melihat itu pelik. Ada barang tertinggal ke?

"Kenapa ibu? Ada barang tertinggal?"

"Tak. Ibu tak jadi pergi. Makcik kamu call suruh bawa nenek gi klinik. Harini dia ada appointment. Makcik kamu tak dapat sebab dia tengah otw balik dari Kota Bharu ni."

"Ouh." Tiba-tiba Ayra mendapat idea yang bernas.

"Apakata Ayra yang gi wedding tu. Wakilkan kita?"

"Hmm. Iyalah. Kamu pun dah siap macam ni. Kejap, ibu bagitahu Puan Maria dulu." Ayra tersenyum lebar. Dapatlah dia ikut Affan.

"Hmm Puan Maria kata boleh. Pergilah."

"Okay ibu." Sejurus sahaja selepas dia mencium pipi ibunya, dia terus berlari masuk ke dalam kereta itu.

Buka sahaja pintu kereta dia terus terdiam. Awkward rasanya walaupun Puan Maria ok sahaja.

***

Sepanjang perjalanan Ayra hanya diam. Tidak bercakap langsung. Awkward dia teruk betul. Mana taknya, dalam kereta tu semua keluarga Affan. Dia seorang sahaja yang asing. Dahlah duduk sebelah Affan. Lepastu tak rapat dengan sesiapa disitu.

Ayra menelan air liurnya. Demi nak rapat dengan Affan je ni. Kalau tak, takdanya sanggup. Tahan jelah Ayra.






Go Ayra Go! Usaha tangga kejayaan.

Enjoy your reading everybody.

Love, A.

Him Where stories live. Discover now