"Ermm ermm." Ayra terus meneguk airnya untuk menghilangkan sedikit rasa malunya.
Dia tidak terfikir Affan seorang yang bersikap sedemikian.
Selesai makan, Ayra tiba-tiba mengeluarkan soalan yang agak berani untuk ditanya.
"Kaira tu siapa?"
"Ex." Jawabnya ringkas.
"Macam mana boleh jadi.." Belum sempat Ayra habiskan pertanyaannya, dia terus berhenti. Tak jadi nak tanya sebab macam lebih lebih pulak.
"Ouh takda sorry."
"Ingatkan dia berbeza rupa-rupanya lama lama sama je dengan perempuan antagonis." Affan terus menjawab persoalan Ayra. Dia tak kisah pun kalau Ayra tanya soal itu.
"Ouh."
***
"Haaa" Ayra menguap. Bosan sebab takda kawan borak. Iya, Affan ada tapi macam awkward.
Affan yang menyedari Ayra yang sedang menguap itu sungguh faham yang dia sebenarnya bosan.
"Jom." Ajak Affan tanpa memberitahu ke mana dia hendak membawa Ayra. Ayra terkebil-kebil tapi ikut sahaja ajakan Affan.
***
"Waaa cantiknyaaa." Mereka tiba di pantai tepi hotel. Suasananya tenang. Lautnya indah untuk dipandang. Udaranya nyaman dan segar.
Ayra yang terlampau teruja itu terus berlari ke arah laut. Affan membuka cermin matanya dan tersenyum melihat gelagat Ayra lalu mendekatinya.
"Best?" Tanya Affan. Ayra mengangguk.
"Jom duduk sana." Mereka pun duduk di tempat yang agak teduh.
"Peliklah." Kata Ayra.
"Pelik apa?"
"Kita jiran tapi jarang terserempak." Ayra melabuhkan punggungnya perlahan-lahan di atas pasir itu.
"Bukan jodohlah tu." Kata-kata Affan itu membuatkan Ayra tersentak lalu terdiam. Wuish sakit hati bhai. Kitonyo dahlah crush kat dia. Jawapan lain sudahlah.
Hal itu membuatkan mereka diam seketika. Ayra jadi tak tahu nak cakap apa. Member dah tersentak tadi mana taknya.
Ayra melihat Affan yang sedang menutup mata untuk menghayati bunyi ombak pantai itu. Diperhatinya dari rambut ke seluruh wajah Affan.
Dia sangatlah tidak percaya sekarang dia duduk bersebelahan dengan crushnya. Affan melayannya dengan baik tapi dia takut. Takut kalau dia perasan dan beria. Kita tak tahu isi hati Affan.
Tindakan Ayra itu terhenti apabila Affan membuka matanya. Ayra segera mengalihkan pandangannya dan buat tak tahu.
"Dah jomlah balik." Ajak Affan. Ayra turuti dan mereka pun kembali ke wedding hall.
***
"Ha Affan, Ayra dari mana tadi?" Tanya Puan Maria.
"Pantai." Jawab Affan.
"Pantai? Buat apa?"
"Affan bosan duduk lama sini. Jalanlah pastu ajak dia ni sekali sebab dia tak pernah gi sini." Tipunya.
"Ouh okay whatever. Ni nak ambil gambar dengan pengantin. Jom."
Keluarga Affan busy mengatur kedudukan untuk bergambar. Affan pula disuruh berdiri di tempat yang sudah disediakan oleh makciknya.
"Sini fan." Kata makciknya.
Ayra masih tercegat. Dia tidak tahu nak berdiri kat mana. Penuh dengan keluarga Affan. Matanya melilau mencari tempat. Tiada sesiapa yang mempedulikan Ayra ketika itu.
Affan yang menyedari Ayra yang pening mencari tempat itu datang kepadanya. Affan memegang tangan Ayra.
"Sini." Katanya sambil menarik Ayra untuk berdiri di sebelahnya. Ayra terkejut akan tindakan Affan itu. Dia melihat muka Affan. Blushing teruk.
Engko pun menggelupur kalau crush buat macam tu.
"Senyum tengok camera." Kata Affan yang sedar dirinya sedang dilihat oleh Ayra. Ayra terus pusing dan...
Snap
"Okay second one." Kata jurugambar.
Snap
"Okay last one. One two three."
"Ayra." Affan memanggil Ayra sambil melihatnya. Ayra terus pusing melihat Affan dan...
Snap
Kalau bunyi jantungnya tembus waktu itu, satu dunia boleh dengar degupannya.
Cause I'm falling slowly in love with youu~~~
Kita pun nak :))
Love, A
YOU ARE READING
Him
RomanceDia menangis. Susah untuknya menerima kenyataan bahawa semua itu tipu dan hanya sekadar khayalan yang terlampau realiti untuk dinafikan. Apa yang dia mahu adalah kembalikan lelaki itu kepadanya dengan nyata. Jikalau bisa, akan ku lakukan itu. - Ayra...