Bab 4

0 0 0
                                    

"Ok dah." Kata jurugambar.

Affan dan Ayra terus pusing ke depan dan Affan melepaskan tangan Ayra. 

Kaira yang melihat Affan dan Ayra itu menjeling. "Macam dia je boleh buat. Aku pun boleh lah." Bebelnya taknak kalah. Ex dia mana tak menggelupur.

"Ok jom balik." Puan Maria mengatur bajunya dan pergi ke kereta. Affan masuk ke kereta begitu juga dengan Ayra. Dia hanya ikut langkah Affan.

Mereka balik ke hotel, tempat penginapan mereka.

***

Sampai di sana, Affan terus masuk ke biliknya. Puan Maria dan Tuan Ariff pula duduk di sofa. Saudara mara Affan yang lain membuat hal masing-masing.

Ayra tidak tahu nak buat apa. 'Tak balik terus ke? Ke rehat kejap? Ish masuk bilik je lah.'

Dia naik ke atas.

Sampai di atas dia ternampak Affan yang sedang baring meniarap. Dia tidak menutup pintu biliknya. Ayra berdiri di depan pintu itu dan memerhati Affan.

Tak sangka dia akan sedekat ini dengan crushnya. Crush selalunya susah nak dapat macam ni.

Tanpa Ayra sedar, Affan telahpun tahu keberadaan Ayra di situ kerana dia ternampak pantulan Ayra daripada cermin depannya. Affan tersenyum. Ada hati skodeng orang.

"Kau buat apa?" Suara garau Affan yang menegur Ayra itu membuatkan Ayra terkejut.

'Eh?! Dia cakap dengan aku ke? Macam mana dia tahu?!!'

Perlahan-lahan Ayra pergi ke biliknya yang berada di sebelah bilik Affan. Affan pula terus bangun dan melihat Ayra yang lari ke biliknya.

Baru sahaja Ayra ingin menutup pintu,
tiba-tiba ada tangan Affan yang menahan pintu itu.

"Eh?!" Ayra terkejut. Affan terus menolak dan masuk ke bilik Ayra. Dia segera menutup pintu.

Ayra hanya tercegat dan mati kata.

"Cantik pemandangan dari bilik ni." Kata Affan sambil berjalan ke balkoni bilik itu. Ayra hanya melihat.

Kemudian, Affan menghempaskan badannya ke katil Ayra.

"Tilam katil ni empuk betul." Katanya lagi.

Ayra hairan. Kenapa dia ni? Tak sama ke rasa katil dia dengan katil aku? Rasanya hotel pakai jenis yang sama.

Affan menutup matanya dengan lengannya. Ayra pula meletakkan beg tangannya di atas meja dan pergi ke tandas. Biar jelah Affan tu. Ayra pun tak faham.

***

Keluar sahaja dari tandas, Ayra mengerut kening.

"Eh? Affan mana?" Affan yang baring di atas katil tadi hilang. Dah keluar ke?

Kemudian, Ayra melihat pintu balkoni itu terbuka. 'Ouh dekat luar ke?' Ayra jalan ke pintu balkoni dan melihat Affan yang berdiri memandang pantai itu.

'Dari belakang pun hensem kau ni.'

Belum dapat dia terima hakikat bahawa sekarang dia bersama orang yang dia sukai. Siapa je taknak benda macam ni berlaku.

Makin dekat makin suka dan senang nak dapat hati crush. Dulu dia hanya melihat Affan dari jauh. Bercakap pun sepatah dua je tak pun tak pernah langsung. 

Dia pun tak ingat pernah atau tak bercakap dengan Affan sebelum ini. Cuma dia takut kerana mungkin hari ini hari terakhir dia boleh bersama dan sedekat itu dengan Affan.

Semua sebab majlis ni je. Kalau tak tadi memang hmm.



Love, A

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Him Where stories live. Discover now