Part 1

278 4 0
                                    


Di pagi yang indah burung-burung berkicauan langit kebiru-biruan, Safiyyah berpakaian longgar berwarna ungu gelap, berseluar track dan berkasut sukan berjoging di sekitar Kem TUDM Butterworth. Dia berjoging dengan senang rianya menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati cahaya matahari di pagi hari dipanggil vitamin C.

'Bestnya joging pagi-pagi. Angin sepoi-sepoi bahasa. Sihat tubuh badan. Tenangnya rasa.'
Detik hati Sufi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Sementara itu sekumpulan anggota Tudm sedang berbaris melakukan latihan kawad kaki. Dari jauh ada mata yang memerhati,  siapa lagi kalau bukan Kapten Rayyan yang tertumpu pada seorang gadis sedang berjoging. Dia berjoging di belakang anggota kawannya ketika salah seorang anggota melapor diri.

'Siapa gadis itu? Tak pernah nampak pun? Adik Kapten Affan ke?' kata hati Kapten Rayyan.

Selepas berjoging lantas dia pulang ke rumahnya. Mereka tinggal di Rumah Keluarga kem tentera kerana abangnya merupakan
salah seorang tentera di situ.

"Assalamualaikum, Angah." Kata Safiyyah kepada abangnya.
"Waalaikumussalam , Ha. Sufi, ni ibu ada mesej tadi, ibu cakap suruh Sufi balik Ipoh." Baru dia sedar hari jadinya dalam 1 hari lagi.

" Happy birthday, Sufi. Semoga dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta sihat di samping keluarga tersayang❤️."

"Angah ada belikan hadiah untuk Sufi, nanti masa hari jadi Sufi bukalah ya."
"Yeayyy. Baik Angah, sayang Angah." Ujar Sufi.
Kata Kapten Affan kepada isterinya, " My heart, nanti sediakan bekal untuk Sufi."

"Baik Honey." Si isteri perbetulkan tali leher milik suaminya sebelum dia berangkat ke kerja. (Isteri Affan) Ariana salam tangan suaminya dan dia kucup dahi si isteri. "Elok-elok gi kerja tu Honey."

Setelah itu, Ariana pun menyambung tugasnya sebagai script writer untuk menulis skrip dan mencari bahan untuk disiapkan sebelum dateline yang ditetapkan oleh bosnya.

*************

Tiba Sufi di Rumah selepas drive beberapa jam dari Butterworth ke Ipoh. Pada malam itu, mereka sekeluarga membuat persiapan menyambut ulang tahun anak tercinta hiasan tertulis Happy Birthday dan belon menghiasi dinding . Sufi memeluk erat ibu dan bapanya sebaik tiba di kampung. Mereka menyambut ulang tahun puteri kesayangannya dengan gembira. Usai sambutan itu, baru Sufi teringat Angah ada belikan hadiah tadi, nak buka lah. Hehe.

"Wah, Angah bagi sepasang kasut baru lah, cantik pulak tu jenama Vern's"☺️. 'Terima kasih Angah' bisiknya dalam hati.

***********
Seketika di bilik.

Usai solat, Rayyan menadah tangan memohon doa kepada Yang Esa "Bismillahirrahmanirrahim , Ya Allah ampunilah dosaku dan keluargaku, permudahkanlah segala urusan aku ya Allah, Aamiin."

Keesokan harinya,
Sufi mengemas barang dan bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapanya kerana dia perlu masuk kerja . Keluarganya selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan anak-anaknya.

***********
Tibanya di tempat kerjanya , Pantai Hospital Sungai Petani, Kedah.

Dia scan cardnya sebagai attendance sebelum dia memulakan kerjanya seperti biasa.
Dia menyarungkan white coatnya yang berada di pejabatnya miliknya terpapar nama Dr Safiyyah.

Dia melakukan ward round ,
memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit, menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis, menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis, memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan dan menyediakan dokumen dan laporan saintifik.

Dia berjumpa dengan rakan-rakan sekerjanya yang sudah lama tidak bersua, sedang leka membahaskan kerja, eh tetiba pulak melencong ke bab 'Sufi bila nak kawin?' Memandangkan ada salah seorang kawannya sudah berkahwin pada bulan lepas. Kawan baiknya bernama Amelia tahu sangat akan perangai Sufi ,

"Dia ni workaholic mana ada masa nak cari cinta" , ketawa rakannya kepada Sufi.
"Ish, sibuk ja, nanti ada jodoh aku kahwin la. Hahahaha."

************

Dia mendapat panggilan dari pejabatnya, dia diposting ke Hospital Angkatan Tentera Butterworth kerana terdapat kerja yang perlu diselesaikan yang diarahkan oleh pihak atasan.

"Baik, tuan saya ke sana sekarang." Apa lagi, seronok bukan main lah si Sufi ni sebab dia boleh dekat dengan Kapten Rayyan, senyum Sufi seorang diri.

Sufi pun duduk di atas katilnya yang empuk itu sambil dia teringat sebelum dia posting ke Hospital Angkatan Tentera, dia dahulu pernah berjumpa seorang lelaki yang handsome bermata hazel yang pernah membantunya dahulu semasa keretanya habis minyak, kebetulan ada sebuah motosikal berkuasa tinggi lalu berhampiran Sufi pada petang itu.

Flashback...

BROOM! BROOM!

Dia meminta tolong lelaki itu agar membantunya. Lelaki itu perasan yang ada seorang gadis memerlukan bantuannya . Dia bertanya " Cik okay ke tu?."
"Encik nak minta tolong boleh? Minyak kereta saya habis." Rayyan pun memberhentikan motonya lalu menolak keretanya perlahan-lahan , untung sahaja berdekatan dengan stesen minyak..

"Terima kasih encik sudah tolong saya, maaf menyusahkan encik."

"No prob, sama-sama. Tak payah panggil encik , panggil saja Rayyan."

Sebelum dia menaiki motosikalnya dia memberi satu keychain yang berbentuk bunga kepada Sufi. "Eh, untuk apa ni?" Ujar Sufi.

"Saja aja , simpan elok-elok ya. Sehingga kita bertemu nanti." Belum dia sempat memberitahu namanya , lelaki itu memecut motosikalnya .

Dia terpegun dengan seorang lelaki yang gagah entah dari mana menolongnya dan memberi free gift, pelik, ya memang pelik. Dia melihat dibelakang keychain itu ada tulisan 'R' .

End of flashback.

Dia pun tersenyum seorang diri dalam biliknya.

'Sufi, Sufi. Apa lah yang kau fikir tu?' Sampai sekarang dia masih lagi menyimpan keychain yang diberikan olehnya.

Rayyan, hmmm. Macam pernah dengar nama tu. Ha. Rayyan yang tolong aku haritu. Got it!.👍. 'Hmmm dia jodoh aku ke?' , bisik hati Sufi.

TBC...

My Dear Captain RayyanWhere stories live. Discover now