Bab 2

91 9 0
                                    

BEBERAPA bulan selepas itu, Ehsan termenung kosong di taman depan rumah. Selepas dia beritahu tentang hubungan dengan Arissa yang sudah putus, Puan Qalish mula sibuk kenakan dia dengan Hayfa.

Dan gadis itu pula selalu datang ke rumah mereka. Konon menjenguk ibunya. Tapi Ehsan tahu, Puan Qalish yang suruh Hayfa datang untuk memikat hatinya.

Bullshit.

Aku benci perempuan yang mengada. Berlagak suci dan baik.

"Abang Ehsan."

Ehsan menjeling tajam gadis yang datang menghampiri dia itu.

"Kau nak apa?" tanyanya dengan riak menyampah di wajah. Kosong pandangan matanya buat Hayfa menelan liur.

"Err.. Abang sihat?"

"Kau nampak aku tengah tenat ke sekarang?" balasnya sinis.

Hayfa mengemam bibir. Entah kenapa lelaki itu berubah hampir 100%. Agak berbeza dengan yang pernah dia kenal beberapa bulan lalu.

Tiada lagi senyuman di wajah manis itu.

"Maaf.." Hayfa berkata sambil bermain dengan jari jemarinya. Ehsan langsung tak pelawa dia duduk. Jadi dia hanya berdiri saja.

"Kau nak apa sebenarnya datang sini hampir setiap hari? Tak penat ke? Aku muak tau nampak muka kau."

Hayfa hanya diam. Perlahan dia mengesat air mata yang mahu jatuh ke pipi.

"Hayfa masih sukakan abang Ehsan." Luahnya dengan berani.

Ehsan balas dengan gelak sinis.

"Aku benci perempuan. Kau dengar dengan jelas kan? Kau termasuk dalam golongan tu. Aku benci kau."

Bertaut pandang dengan Hayfa, Ehsan sakit hati. Hatinya pedih melihat mata bulat yang bergenang dengan air mata itu.

"Just stop it. Kau buatlah apa pun aku takkan suka kat kau. Sebab hati aku ni dah hancur. Hancur oleh insan yang bergelar wanita. Hancur!!"

Ehsan berdiri saat dia menjerkah gadis itu. Terhenjut tubuh Hayfa mendengar jerkahan lelaki itu. Tak pernah dia ditengking seperti ini.

"Ehsan! Ya Allah!" Puan Qalish berlari anak ke arah mereka.

"Mak tolonglah suruh dia pergi dari sini. San benci dia! San muak! Menyampah dengan perempuan yang kononnya suka dengan Ehsan tapi bila Ehsan dah beri seluruh hati Ehsan ni!" Ehsan menumbuk  dadanya. Air mata bergenang di tubir matanya. Dadanya berombak ganas.

"Hati Ehsan hancur mak. Sakit! So please.. Jangan paksa San untuk suka dengan dia. Kalau mak taknak hilang anak mak ni."

Ehsan berlalu masuk ke dalam rumah. Tuan Earl yang jadi pemerhati di balkoni tingkat atas itu hanya memandang sayu anak tunggalnya.

Hayfa menangis dalam pelukan Puan Qalish. Mungkin terkejut dengan apa yang Ehsan katakan.

Tapi mungkin sekarang Ehsan lega. Lega dapat lepaskan isi hatinya setelah hampir sebulan kecewa dengan pengakhiran hubungannya dengan Arissa.

.

"QALISH. Jangan kacau Ehsan buat sementara waktu ni boleh?" tegur Tuan Earl bila isterinya mahu mengetuk pintu bilik anak tunggal mereka.

"Tapi.."

Tuan Earl menggeleng.

"Bagi dia masa."

Puan Qalish mengeluh perlahan sebelum dia datang menghampiri suaminya. Mereka sama-sama turun ke ruang tamu.

Sementara Ehsan di dalam bilik, terbaring di atas karpet. Bilik yang dulunya kemas, dah macam kena masuk pencuri. Berhambur barang-barang di atas lantai.

Ehsan pejam mata.

"Ingat Allah, San." Pesannya pada diri sendiri.

"Allah SWT akan sentiasa ada untuk hambaNya yang memerlukan."

Telefonnya berdering. Dengan malas Ehsan bangun mencapai telefonnya di atas katil.

Panggilan dari Rayyan.

"Apsal?" tanyanya selepas menjawab panggilan.

"Weh! Kau dapat tawaran study abroad!"

Berubah riak wajah Ehsan mendengar apa yang Rayyan katakan itu.

"Apa kau cakap?"

"Aku cakap, kau dapat tawaran study kat luar negara. Dalam bidang kedoktoran! Kalau kau nak tahu, kami bertiga pun dapat tawaran study kat tempat yang sama dengan kau. Bidang je lain. Jom lah. Kita pergi sama-sama."

Ehsan tegakkan duduk. Dia sudah lama mahu sambung belajar di luar negara. Sebelum ini dia di universiti berdekatan saja.

"Aku nak." Tak berfikir panjang, dia terus bagi keputusan.

.

"LONDON?" Puan Qalish pandang suaminya. Tuan Earl tersenyum nipis. Ehsan menyatakan hasrat untuk sambung belajar luar negara bersama tiga orang sahabatnya yang lain.

"Ayah okay je. Kat sana ayah ramai kenalan. Kalau San perlukan bantuan, bagitahu ayah."

"Berapa tahun?" tanya Puan Qalish.

"4 tahun mak. Boleh ke? San nak sangat belajar kat sana."

Puan Qalish mengeluh perlahan. Sesak nafas bila anak tunggalnya mahu keluar dari rumah, dan pergi jauh hanya untuk menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.

Tapi cita-cita si anak tak akan dia halang.

"Pergilah. Belajar elok-elok. Jangan nanti sangkut pula dengan awek luar negara." Usik Puan Qalish.

Barulah Ehsan tersenyum.

"Terima kasih, mak, ayah."

>>

Mrs Ehsan Hussain - EBOOKWhere stories live. Discover now