Bab 3

101 9 0
                                    

DUA TAHUN dia menyambung pengajian di London, baru kali ni dia dapat berjalan-jalan dengan tiga orang sahabatnya ke New York. Ada cuti sem sebulan tapi mereka tak balik ke Malaysia. Sebaliknya mereka pergi melancong.

Sampai saja ke New York, keempat-empat jejaka itu terus ke hotel yang Rayyan tempah. Segala kos lelaki itu yang tanggung. Sebab dia yang ajak. Kalau bukan sebab Rayyan yang sponser memang tak lah diorang ikut. Hahaha

Satu bilik, empat sekawan. Mujur bilik yang Rayyan book jenis suite yang menyediakan dua bilik, ruang tamu dan mini pantry. Bilik mandi pula ada jakuzi sekali. Menggilalah Uwais dan Rayyan. Dua lelaki ini suka mandi berendam.

Ehsan berdiri di balkoni bilik. Haiden datang menghampiri dia sementara dua orang lagi sudah terjun dalam jakuzi. Macam jakun pun ada padahal dua-dua anak orang kaya.

"Kau okay?" tanya Haiden. Maklumlah dia dan Ehsan ambil bidang yang lain. Rayyan dan Uwais pula sama.

"Okay je. Kau?"

Haiden menghembuskan nafas perlahan.

"Stress sikit. Tapi okaylah. Stress dia aku boleh handle lagi."

Ehsan tertawa.

"Okaylah macam tu."

Haiden hanya tersenyum nipis melihat sahabatnya itu.

"Budak dua ekor tu mana?" Ehsan pusing tubuh menghadap bilik.

"Dah terjun dalam jakuzi."

"Hish pelik betul aku. Kaya, tapi jumpa kolam kecil macam tu dah macam jakun pun ada."

Haiden hanya ketawa.

.

SEDANG mereka menjamu selera di satu restoran muslim, mata Ehsan menangkap figura seseorang berjalan melalui depan restoran itu bersama seorang lelaki. Siap berpegangan tangan lagi. Mesra. Dengan senyuman gembira dan bahagia di bibir.

Berkerut kening Ehsan.

'Apa dia buat sini?'

Ehsan menarik keluar telefonnya dari poket. Mahu bertanya tentang gadis itu dengan emaknya. Tapi tidak jadi kerana risau pertanyaannya akan buat si emak pelik.

Sudahnya Ehsan hanya membiarkan. Biarlah gadis itu mencari bahagianya sendiri.  Dengan dia, gadis itu akan menderita.

Tiga tahun berlalu..

EHSAN kini mendapat kerja terap sebagai seorang doktor pakar di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Walaupun dia pernah hampir berputus asa, namun berkat doa orang tua, bantuan Allah SWT dan dorongan sahabat-sahabatnya, Ehsan berjaya juga.

Ehsan keluar dari pejabatnya. Sekarang waktu rehat, dia mahu keluar makan tengahari. Nak cari kawan untuk teman dia makan, semua sibuk.

Uwais dengan isterinya. Pergi berbulan madu di Jepun.

Haiden pula sibuk menjaga isteri dan anaknya. Teringatkan Hanan, Ehsan tersenyum sendiri. Haiden ada menghantar gambar anaknya di dalam group mereka berempat selepas seminggu Maysara bersalin. Bukan main geram lagi mereka bertiga, terutamanya Rayyan.

Rayyan pula berada di Milan, Italy. Entah apa cerita sahabatnya yang satu itu. Selepas raya, dia dengar Rayyan akan bertunang dengan Teresa, bakal menantu pilihan ayah dan ibu Rayyan.

Apalah yang orang tua Rayyan nampak dengan Teresa tu? Dahlah rambut perang, pemakaian pula seksi terdedah sana sini. Kuat minum lagi. Rayyan sendiri sakit kepala. Mereka sudah lama tidak berhubung kerana Ehsan tidak setuju cara Rayyan batalkan pertunangannya dengan Teresa.

Baru saja Ehsan hendak melangkah masuk ke kantin, matanya menangkap kelibat gadis yang dia sangat kenali sedang duduk bersendirian di satu sudut. Sedang mengunyah roti. Pakaian gadis itu membuat dia mengerutkan kening.

'Cleaner?' Laju dia mengatur langkah ke arah gadis itu.

"Hayfa?"

Hayfa menoleh. Jelas diwajahnya yang dia terkejut dengan kehadiran Ehsan di situ. Jatuh roti ditangan ke atas lantai. Menyedari roti yang dia beli dengan duit terakhir dia simpan itu jatuh ke lantai, tangan laju mengambil roti itu.

"Kau buat apa kat sini?" soal Ehsan.

"En.. Encik kenal saya?" Soalnya kekok.

Dia langsung tidak memandang ke arah Ehsan. Kepala menunduk saja. Habis renyuk roti di tangan.

"Kau jangan nak buat-buat tak kenal aku, Hayfa. What the hell are you doing here?" Ehsan membuka langkah mendekati Hayfa, tapi gadis itu berundur setiap kali dia melangkah. Ehsan mengetap rahang. Nak kena budak ni.

Melihat Ehsan laju berjalan ke arahnya, Hafya membuka langkah melarikan diri.

"Hayfa Elmira!" panggilnya tegas.

Namun Hayfa sudah pecut, meninggalkan Ehsan yang berhenti mengejarnya.

Tercunggap-cunggap lelaki itu. Sudahlah perut tengah lapar.

"Apa budak ni buat kat sini instead kat US?" Ehsan mengeluarkan telefonnya.

Mahu menelefon emaknya, Puan Qalish. Belum sempat dia mendail nombor Puan Qalish, telefonnya di rampas seseorang.

"Please jangan bagitahu mama!"

Tersentak Ehsan bila Hayfa merampas telefonnya. Gadis itu nampak ketakutan dan gelisah. Ehsan membulatkan mata. Rupanya Hayfa bersembunyi saja tadi.

"What?!"

"Mama tak tahu Hayfa kat sini."

Ehsan mencekak pinggang.

"Kalau kau tak nak aku bagitahu mak kau, kau explain apa kau buat kat sini? Aku ingat lagi dua tahun lepas nampak kau kat US untuk sambung study. Tapi kau-."

"Hayfa mengandung." berair mata Hafya mengungkapkan kata itu. Tangannya menggigil.

"Hayfa terlanjur waktu belajar kat US." bergetar bibir mungil itu berbicara.

Ehsan terdiam.

"Hayfa kena ugut bunuh oleh lelaki itu lepas tahu Hayfa mengandung. Tapi Hayfa tak sampai hati.. Hayfa lari balik Malaysia setahun lalu." Air mata mengalir deras di pipi.

"Kau.." Ehsan mengeluh perlahan. "Jangan cakap kau buat kerja gila tu hanya sebab aku reject kau."

Hayfa menggeleng.

"Abang Ehsan buat tak kenal je dengan Hayfa. Tu dah cukup. Hayfa takkan kacau abang lagi dah. Perasaan Hayfa pada abang dah lama mati. Sekarang yang penting bagi Hayfa hanya anak Hayfa." Telefon di tangan dia berikan pada Ehsan semula  sebelum dia melangkah pergi.

Ehsan diam. Dia hanya menghantar langkah Hayfa dengan pandangan mata. Gadis mentah yang dulu selalu terkejar-kejarkan dirinya, kini sudah semakin matang dan bergelar ibu tunggal.

Tangan naik ke dada. Kenapa dia rasa susah hati bila tengok gadis tu menangis?

>>

Mrs Ehsan Hussain - EBOOKWhere stories live. Discover now