KUAT RENGEKAN Elyas dan kanak-kanak lain kedengaran dari luar rumah saat Ehsan dan Hayfa sampai. Debaran di dada Hayfa makin laju. Apa yang dah jadi?!
"Kau pergi bagi salam. Kau cakap je nak ambil Elyas sebab kau balik awal hari ni." kata Ehsan pada Hayfa yang baru mahu keluar dari kereta itu. Hayfa mengangguk faham.
Ehsan mendail nombor telefon Mikael, polis detektif yang dia kenali. Mata fokus memerhati Hayfa membuka pintu pagar pusat penjagaan itu disebalik cermin kereta yang tertutup. Mujur cermin keretanya bertinted hitam gelap. Jadi orang luar tidak nampak dia di dalam.
"Hello, Kael. Kau still cari ke banduan yang hilang dari hospital sakit jiwa sebelum ni? Nama dia Siti Anisa."
"Dia masih dalam pencarian. Kenapa?"
"Aku bagi location. Kau datang sini tapi jangan pakai kereta polis. Dan jangan bunyikan siren. Perempuan tu ada dengan budak-budak dalam satu rumah. Pusat Penjagaan. Risau nanti kalau dia dengar siren atau nampak kereta polis, dia lari or buat something kat budak-budak ni."
"Damn it. Okay San. Thanks untuk info tu. Aku gerak sekarang." Ehsan menamatkan panggilan. Dia melihat Hayfa sedang berbual dengan wanita itu. Tidak lama kemudian, Elyas keluar dengan mata yang sembap.
Ehsan keluar dari keretanya bila Hayfa mendukung Elyas keluar dari situ. Melihat Ehsan ada di situ, Elyas menangis semula. Dia merengek mahu Ehsan mendukungnya.
"Elyas. No. Biar mama yang dukung." Hayfa berkata seraya menutup pintu pagar.
Ehsan selamba mengangkat Elyas dari dukungan Hayfa ke dalam dakapannya.
Hayfa diam.
Lelaki itu memeluk erat anaknya sambil tangan besarnya mengusap lembut belakang Elyas. Menenangkan anak kecil itu.
"Masuk." arah Ehsan dengan mata merenung tajam Siti Anisa yang masih berdiri di muka pintu itu. Namun bibirnya mengukir senyuman.
Supaya tidak menimbulkan syak wanita itu pada mereka yang mengetahui masa silamnya.
Hayfa menurut. Berlari anak gadis itu masuk ke dalam kereta. Elyas pula masih di dukung Ehsan.
Dia menapak masuk ke dalam kereta. Tangan menjaga atas kepala Elyas daripada terkena frame pintu kereta. Anak Hayfa itu masih teresak-esak.
"Kenapa abang tiba-tiba suruh Hayfa ambil Elyas?" tanyanya seraya mengambil Elyas dari Ehsan kerana lelaki itu mahu memandu.
"Nanti sampai rumah aku bagitahu." Ehsan memulakan pemanduannya. Hayfa memujuk Elyas yang masih menangis namun sedang cuba untuk berhenti.
Ehsan tenang memandu pergi dari situ. Sempat dia pandang sekilas anak kecil itu. Terdapat kesan merah di lengan dan betisnya.
"Kau tak syak apa-apa ke tengok badan anak kau ada kesan merah atau lebam?"
"Hah?" Mendengar apa yang Ehsan katakan, terus saja Hayfa menilik tubuh anaknya.
Ya Allah, anakku! Kenapa aku tak sedar?! Hayfa menarik Elyas ke dalam pelukan. Selama ini dia ingatkan Elyas lebam atau luka sebab terjatuh kerana anaknya itu baru tahu hendak berjalan.
.
EHSAN membelokkan keretanya masuk ke perkarangan rumah agam milik Earl Hasrin, ayahnya. Hayfa disebelah dia pandang sekilas. Lena tidur Elyas dalam dakapan ibunya.
"Kenapa kita ke sini?"
"Ikut je la. Tak payah banyak cakap." Ehsan melangkah keluar dari kereta. Hayfa agak struggle membuka kunci seatbelt dengan keadaan Elyas yang masih tidur bersandar ke dadanya.
YOU ARE READING
Mrs Ehsan Hussain - EBOOK
RomanceEhsan Hussain & Hayfa Elmira (Spin Off dr Mrs Haiden Mateen)