Mansion
Daehyun berada di dalam biliknya sedang berfikir apa yang patut dia buat selepas ni. Tiba-tiba ada mesej masuk. Daehyun pun melihat mesej dari Mingyu.
Mingyu
Kau dekat mana?Mafia Daehyun
Aku dekat rumah. Kenapa?Mingyu
Takda. Nanti kau bertolak ke tempat kita tu, pukul berapa?
Nanti aku ambil kau...Mafia Daehyun
Aku bertolak awal sikit. Takpa ada orang kita ambil aku nanti.
SeenDaehyun mengeluh panjang. Dia masuk ke bilik mandi dan membersihkan dirinya. Setelah selesai mandi, dia mengenakan baju berkot berwarna biru gelap dan berseluar slack berwarna biru gelap. Dia mengenakan lencana berlambang Blacksun di tepi dadanya. Dia melihat penampilannya di cermin untuk kali terakhir. Tidak lupa juga pistol kesayangannya. Dia pun keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu sekejap. BTS hanya melihat sahaja penampilan Daehyun yang mengenakan baju berkot berwarna biru gelap dan berseluar slack berwarna biru gelap. Seokjin pergi ke arah Daehyun yang sedang duduk di ruang tamu.
Hyun, nak pergi mana malam-malam ni?-Tanya Seokjin
Hyung nak tahu rahsia tak?-Kata Daehyun
Hmm... Apa dia? Macam serius je?-Kata Seokjin
Musuh hyung datang tau*senyum jahat*-Kata Daehyun
Mata Seokjin membulat apabila GOT7 datang setelah 5 tahun yang lalu setelah mereka lama menghilang. Kini mereka datang balik.
M-macam m-mana hyun tahu yang musuh hyung datang?-Kata Seokjin
Dia datang serang kawasan hyun. Dia nak gelaran ketua mafia di seluruh Korea.-Kata Daehyun
Kening Seokjin berkerut apa yang Daehyun cakap.
Apa maksud hyun? Kawasan hyun?-Kata Seokjin
Kalau hyung nak tahu,hyun merupakan mafia. Hyun sertai mafia sejak hyun umur 11 tahun. Orang yang jumpa hyun haritu, Seventeen. Pengikut hyun. Mereka sertai hyun sejak 10 tahun yang lalu. Hyung semua tak tahu pun yang Daehyun mafia tapi Daehyun tahu yang semua mafia-Kata Daehyun
Seokjin berasa terkejut apa yang Daehyun katakan. Dia cuba mentaksir apa yang Daehyun katakan.
Takpalah kalau hyung masih tak faham,kita bincang malam nanti lah kalau semuanya dah selesai. Kalau macam tu, hyun pergi dulu tau. Kereta hyun dah sampai-Kata Daehyun
Daehyun pun keluar dari mansion dan menuju ke kereta vellfire berwarna hitam lalu menuju ke tempat Mafia Blacksun.
MAFIA BLACKROSE's PLACE
Daehyun sudah berada di tempatnya. Dia melihat orang-orangnya sedang bersiap sedia untuk menyerang tempat GOT7. Apabila Daehyun masuk, semua pengikutnya tunduk kepadanya. Seventeen pergi ke arahnya.
Semuanya dah lengkap. Orang-orang kita dah bersiap sedia-Kata Mingyu
Bagus. Kumpulkan orang dulu. Aku nak cakap sesuatu dekat orang-orang kita-Kata Daehyun tegas
YOU ARE READING
♛♛𝐌𝐑𝐒. 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀♛♛
FanfictionApakah yang menyebabkan si 'dia' berada di badan Daehyun? Orang yang sanggup bergadai nyawa untuk meredakan kemarahannya daripada si 'dia' keluar dan mencederakan orang yang sekelilingnya ialah Hoseok dan Seokjin. Mampukah Daehyun bertahan dengan '...