"Good morning tuan." Sapa pekerjanya.Dia sekadar mengangguk kepala sahaja.Dia menuju ke arah lift.Dia telah sampai ke tingkat atas sekali iaitu tingkat 12.Dia keluar dari lift dan menuju ke arah biliknya.
Tok!
Tok!
Tok!Bunyi ketukan pintu yang kuat.Dia merungus kecil sebelum memberi arahan kepada orang yang mengetuk pintu biliknya.
"Masuk." Arahan dari Isaac Carl.
Pintu bilik Isaac Carl perlahan-lahan terbuka dan terpamparlah muka Yati.
"Tuan ada orang nak interview nak saya panggilkan ke atau tak payah?" Tanya Yati.Yati ialah PA kepada Isaac Carl.
"Panggil dia masuk." Balas Isaac Carl dengan dingin.Dia sambung membuat kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
Yati menutup kembali pintu bosnya itu dan menuju ke arah seorang perempuan yang sedang berdiri di mejanya.
"Cik." Panggil Yati.Tuan badan segera berpaling ke arah si pemanggil.
"Ye?" Balasnya.
"Kalau boleh tahu apa nama cik ye?" Tanya Yati dengan lemah lembut dan tidak lupa juga untuk memberikan sekuntum senyuman.
"Melissa." Satu patah perkataan yang meniti di bibir Melissa Asyifa.
"Ouh ok cik Melissa boleh ikut saya ye." Balas Yati.
"Baik." Balas Melissa Asyifa.
"Saya nak panggil awak apa ye?" Soal Melissa Asyifa apabila mereka telah tiba di depan pintu bilik Isaac Carl.
"Panggil saya kak Yati je." Balas Yati.Melissa Asyifa sekadar mengangguk kepala dan memberikan sekuntum senyuman.
"Awak boleh ketuk pintu dulu lepas dengar arahan dari pada tuan awak boleh masuk...ouh ye awak panggil tuan ye." Ucap Yati sebelum beredar meninggalkan Melissa Asyifa.Dia sekadar menganggukkan kepala.
Tok!
Tok!
Tok!"Masuk." Sahut Isaac Carl.Pintu perlahan lahan terbuka.Melissa Asyifa masuk ke dalam dan berdiri di hadapan Isaac.
Isaac Carl masih tekun membuat kerjayanya tanpa melihat gerangan orang di hadapannya.
"Duduk." Arah Isaac Carl dengan dingin tanpa menoleh ke arahnya.Melissa Asyifa akur dan duduk di kerusi yang tersedia di depannya.Sepi.Di antara mereka berdua tiada sesiapa yang bersuara.
"Sila perkenalkan diri." Arah Isaac Carl apabila di antara dia dan Melissa Asyifa tidak bersuara.
"Ermm nama saya Melissa Asyifa,um-" Melissa Asyifa memperkenalkan dirinya.Sebaris sahaja nama itu meniti di bibir Melissa Asyifa,Isaac Carl menoleh ke arah tuan badan.
"Kau!" Terkejut Melissa Asyifa apabila Isaac Carl menoleh ke arahnya.Melissa Asyifa berdiri dia berlari ke arah pintu keluar tetapi pintu tersebut tidak dapat dibuka.
"Tak sangka pulak kita boleh berjumpa." Isaac Carl berjalan sikit demi sedikit ke arah Melissa Asyifa.Dia mengukirkan senyuman sinis kepada Melissa.
"Aku nak keluar." Di mengendahkan sahaja ucapan Isaac Carl sebentar tadi.
"Kau nak keluar? Keluar je la...ouh aku lupa pintu tak boleh buka ye?" Balas Isaac Carl dengan sinis.Sudah menjadi kebiasaannya setiap kali ada tetamu yang ingin bertemu duga,dia akan menyuruh Yati untuk mengunci pintu dari luar kerana tidak ingin diganggu oleh sesiapa semasa sesi interview dijalankan.
"Buka la pintu ni Isaac kau nak apa dari aku?" Tanya Melissa Asyifa dengan sopan dia masih menjaga tutur bahasa sebagai seorang pekerja dan majikan.Sebagai? Ye sebagai pekerja dan majikan.Sesiapa sahaja yang diterima untuk interview,Isaac Carl akan menerima pekerja itu.
"Kau tanya apa yang aku nak?" Soal Isaac Carl dengan teruja.Melissa sekadar mendiamkan diri.
"Lepas apa yang kau dah buat dekat aku...kau masih tanya apa yang aku nak?" Soal Isaac Carl lagi.Melissa Asyifa hairan betul lah kan apa yang aku tanya tadi?.
"Ok la aku straight to the point aku nak balas semua perbuatan kau!.Di sebabkan kau! Habis keluarga aku berpecah belah dan di sebabkan kau aku kena buang dari keluarga aku sendiri!" Terang Isaac Carl dengan kemarahan yang membuak-buak.
"Itu kau punya pasal la yang penting sekarang aku nak kelu-" belum sempat habis ayatnya pintu bilik Isaac Carl terbuka.Terpamparlah muka seorang pekerja lelaki yang bernama Syakir.
"M-ma-ma-maaf tuan" ujar Syakir dalam ketakutan.Dia menutup pintu itu kembali.Melissa Asyifa melihat ada peluang dia terus berlari keluar dari bilik Isaac.Isaac merungus geram.
Melissa Asyifa berlari keluar dari bilik Isaac dengan tergesa-gesa.Sesekali dia melihat ke arah belakang untuk memastikan Isaac Carl tidak mengejarnya.
"Melissa!" Panggil Yati apabila dia melihat Melissa Asyifa berlari dengan tergesa-gesa.
Melissa Asyifa menoleh ke arah si pemanggil.Dia mengatur nafasnya sebelum pergi ke arah Kak Yati.
"Ye Kak Yati" sahut Melissa Asyifa dengan sopan.
"Besok Melissa dah boleh masuk kerja,pukul 8:15 pagi Melissa dah kena ada dekat office,Melissa dari mana? Akak tengok Melissa lari tadi kenapa?" Soal Yati selepas dia menerangkan tentang skop pekerjaan.Dia risau melihat Melissa tadi.
"Ermm...aaa...Melissa dari...erm..." jawab Melissa Asyifadengan tergagap-gagap.Aduh aku nak balas apa ni desis hatinya.
"Melissa dari?" Soal Yati lagi.
"Ermn kak esok saya nak kena pakai baju apa?" Soal Melissa Asyifa.Dia sengaja mengubah topik perbualan kerana tidak mahu menjawab pertanyaan dari Yati.
"Esok Melissa boleh pakai baju apa apa janji menutup aurat" terang Yati.Dia tahu Melissa Asyifa ingin mengelak daripada menjawab soalannya.
"Ouh ok kalau macam tu saya balik dulu ye" pamit Melissa Asyifa dengan lemah-lembut dan berlalu pergi ke arah lift.
Isaac Carl yang berada di dalam bilik hanya mampu merungus geram.Di sebabkan Melissa emosinya bertambah tidak stabil.
"Kau tunggu lah nanti aku akan balas balik di atas semua perbuatan kau" gumamnya sendiri.
Bersambung...
YOU ARE READING
ISAAC CARL:HER ENEMY | og
Mystery / Thriller(SLOW UPDATE) SINOPSIS MELISSA ASYIFA seorang yang baik hati,lemah lembut,menghormati ibu bapa,sentiasa menjaga aurat dan menjaga tutur bahasa.Tapi di sebabkan satu rahsia yang disimpan rapat olehnya terbongkar,dia menjadi seorang yang tidak menghor...