PROLOG| Adrianne & Adzrain 1

422 7 0
                                    

Sinaran matahari mula terpancar ke dalam bilik tidur milik si gadis yang diberi nama Adriane Daryne.

Selepas solat subuh tadi,dia pasang niat untuk tidur beberapa minit sebelum dia bangun untuk sambung ulang kaji.Dia menggosok matanya lalu mulutnya terkumat-kamit membaca zikir.

Hilangkan rasa kantuknya.Mata melirik ke arah jam dinding biliknya.

"Ya Allah..terlajak lagi aku.Nasib hari ni tak ada kelas.." bebelnya sendiri lalu bangun.

telekung dicabut,sejadah dilipat lalu disangkut ke atas ampaian untuk meletakkan sejadah dan telekung.

Baru sahaja dia ingin menapak keluar dari biliknya,iPhone miliknya berdering.Sudah dapat dia teka gerangan yang menelefonnya seawal 8.30 pagi ini.

Dia membebel seketika sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

Tangan diswipe ke kanan untuk menjawab panggilan itu.

"Good morning,Arynn!" ceria sahaja suara Faryna menyapa gegendang telinga Adriane.

"Waalaikumussalam.Ada apa kau call aku pagi-pagi ni?" soal Adriane tanpa basa basi.

Faryna ketawa kecil. "Saje..aku nak ajak berbual sekejap." jawabnya.

Adriane menjulingkan matanya ke atas.

"Kau ada plan nak study kat luar ke,Aryn?" soal Faryna.Adriane mengketuk-ketuk dagunya menggunakan jari telunjuk.

Sedang berfikir. "iya kut.Kenapa?" setelah menjawab soalan Faryna,dia balas pula dengan soalan.

"Tak yah la..kau study kat rumah aku je.Boleh?" soal Faryna teruja.

Adriane mengangkatkan keningnya.Bagus juga idea Faryna.Boleh juga! jimat duit dia dan Faryna juga.

"Boleh! pukul berapa?" soal Adriane.

"12.30 sampai pukul 6.30.Boleh?" soalan Adriane dijawab,lalu dia pula yang bertanya soalan.

"Bolehh."

"Mantap! see you,sayang!" ujar Faryna sebelum dia menutup panggilan.

"Alright,see you." sejurus itu,Faryna dan Adriane memutuskan panggilan.

[OG] 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐚𝐢𝐧'𝐬: 𝐃𝐢𝐚 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐤𝐮 (Hiatus)Where stories live. Discover now