Kringgg kringgg kringgg.
Aku menutup jam loceng aku lalu bangun dari dan meregangkan badan aku. Aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Nama aku lee Aeri, umur aku pada waktu ini 23 tahun. Aku merupakan pelajar tahun kedua akhir Hanyang University dalam bidang perniagaan.
Aku memakai dress dan mengenakan makeup yang simple. Selepas itu, aku pun turun ke bawah dan kelihatan eomma sedang menghidangkan sarapan.
Aku merupakan keluarga yang kaya dan ternama kerana syarikat appa aku yang terkenal. Jadi, aku akan mewarisi segalanya daripada dia.
"Aeri, sini mari makan english breakfast eomma masak ni". Kata eomma. Kami pun makan bersama-sama.
Selepas makan, aku terus mengambil beg aku dan appa memegang kedua-dua bahu aku.
"Aeri, belajar rajin-rajin jangan kecewakan appa. Pastikan kamu score semester kali ini. Kamu kena ingat kamu pewaris lee empire". Kata appa. Dia selalu mengingatkan aku perkara ini.
"Baik appa, Aeri akan berusaha untuk menjadi seperti appa. Aeri janji". Kata aku. Dia hanya tersenyum lalu aku pun masuk ke dalam kereta.
Pemandu aku memandu ke Hanyang university. Aku selalu menjadi perhatian pelajar-pelajar disana disebabkan kemewahan yang aku ada.
"Cik Aeri. Kita dah sampai". Kata encik kim, pemandu aku. Aku terus keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam university.
"Untung lah anak orang kaya dapat naik kereta mahal selalu".
"Dah lah pandai, kaya pulak tu. Bila lah dapat hidup macam dia?".
Itulah kata-kata yang aku selalu dapat daripada pelajar-pelajar disini. Aku tidak kisah pun sebenarnya sebab aku dah muak menjadi perbualan topik seseorang.
Aku terus berjalan ke arah loker dan menepuk bahu seseorang. Dia ialah park haerin, satu-satunya kawan baik aku disini.
"Good morning Aeri, pagi-pagi lagi orang dah gossip pasal kau". Kata haerin selepas meletakkan buku-bukunya.
"Tak apa lah aku dah biasa. Kau ada kelas ke pagi ni?". Kata aku. Dia hanya mengangguk.
"Haah, aku kan ambil psychiatrist sebab tu banyak amali. Anyway aku nak gerak dulu ni. Kau pergi lah dengan mingyu". Kata haerin lalu bergegas pergi ke bilik kuliah.
Aku terus masuk ke dalam bilik kuliah dan duduk bersama mingyu, satu-satunya rakan sekelas yang berborak dengan aku. Yang lain tak berani sebab tak sama taraf katanya.
"Morning Aeri". Ucap mingyu sambil dia membaca nota melalui tablet dia.
"Perghh sejak bila kau rajin membaca ni". Usik aku. Mingyu memang pemalas sikit orangnya tapi kalau exam mesti perform.
"Aku baca sebab pagi yang indah ni kelas sir sangyeon. Kau tahu lah dia tu suka soal orang. Dah lah business law". Kata mingyu lalu meletakkan kepala di atas meja.
"Eleh relax lah. Kau even banyak merungut result gempak juga". Kata aku. Pensyarah kami pun masuk ke dalam kelas.
"Selamat pagi semua, sekarang kita akan masuk topik baru. Make sure awak menumpukan perhatian sepenuhnya kalau tak saya soal". Kata sir sangyeon lalu kelas pun berjalan seperti biasa.
Selepas kelas, aku terus keluar dari bilik kuliah dan bergegas ke cafe. Hari ini aku dah janji dengan dia nak makan bersama-sama.
"Aeri, sini sini". Panggilnya. Aku pun duduk bersamanya.
"Kau tak lunch dengan boyfriend kau pula?". Kata aku. Teman lelaki haerin merupakan salah seorang senior terkenal di university ini.
"Dia nak lepak dengan member dia, kat situ tak jauh pun dari meja kita". Katanya. Kami pun memesan makanan melalui qr code dan menunggu.
Aku menoleh ke arah meja ateez sunbaenim dan mata aku tertumpu ke arah lelaki yang comel.
"Siapa dia tu?"
+++
To be continue...
YOU ARE READING
[OG] Wealth, Betrayal & Redemption || Kim Hongjoong
Fanfiction[ATEEZ SERIES] "Im woman and i deserve to control everything"- Lee Aeri- "Please spare me, i dont wanna be control by you, my wife"-Kim Hongjoong- START: 26/6/2024 END: STATUS: