25

17 1 0
                                    

Dah lambat. Itu sahaja yang berlegar didalam kepalanya sejak dia bangun dari tidur.

Auni Melysha tergesa-gesa turun daripada anak tangga dan terus menuju ke almari kaca yang terletaknya beberapa helmet full face kepunyaannya.

Sarung sahaja dikepala,kunci motor R15 miliknya dicapai. Semasa dia berjalan ingin menuju ke pintu,ada suara yang menegurnya.

"Ha,adik. Tergesa-gesa ni nak kemana? Jom,sarapan dulu baru pergi kerja"

"Ehh,tak boleh! Melysha dah lambat ni abang! Takpe-takpe..nanti Melysha singgah la mana-mana. Melysha pergi dulu. Kirim salam dekat papa dengan mama. Bye,abang!"

Selepas menyalam tangan besar abangnya itu,terus dia keluar dan menghidupkan enjin. Dan motor R15 miliknya meluncur laju di atas jalan raya.

Aemier yang melihat cara adiknya menunggang motorsikal hanya menggelengkan kepala.

Itulah,orang suruh kerja dekat syarikat papa taknak! Nak berdikari katanya sebelum dapat jadi lawyer. Sekarang,tengoklah. Desis hati Aemier.

"Haihlah,adik..adik. Keras kepala betul"

**
"Cepat lah kakak! Tadi kakak cakap nak bawak Aarash pergi beli PS5! Jom lah!"gesa Aarash pada kakaknya. Perempuan memang bersiap lama eh? Kata hatinya. Ini kalau dia cakap kuat-kuat,bukan PS5 yang dapat tapi...

Penampar sulong kakaknya yang dia dapat.

"Ish! Sabarlah kau ni! Karang kalau awning tudung aku tak jadi macam mana?"

Haih lah. Tak reti menyabar. Orang baru daripada balik kampung,nak berehat takpun bersantai . Ini tidak. PS5 lah yang dicari.

Mentang-mentang lah kakaknya baru balik dari England.Memang merenyam lah si Aarash tu.

"Yelah.. aku tunggu dekat luar. Jangan lama sangat!"

"Iyaaa... Aarash Irsyad! Bagi penampo karang apa tak dapat kamu tau?"haa! Keluar terus peraknya.

Apabila Awatif keluar sahaja,kelibat Aarash dicari. Ternyata budak itu telah pun berada di dalam kereta.

Semasa dalam perjalanan,mulut Aarash tidak berhenti berceloteh. Ada sahaja cerita yang mahu diceritakan.

"Haa macam tu lah.. lepastu kan kakak,Aarash—"dan seterusnya sehinggalah mereka tiba di destinasi.

**

Keluar sahaja Aarash dan Awatif dari pusat membeli-belah,muka Aarash masam mencuka. Tiada sebarang tanda-tanda pun untuk dia senyum mahupun ketawa.

"Alah Aarash,nak buat macam mana.. Aarash sendiri dengar kan apa yang amoi tu cakap. Stok tak sampai lagi"

Ya. Ini lah sebab pertama mengapa Aarash bermasam muka.

"Masalahnya kalau tak ada stok sekali pun Aarash tak kesah. Ni,Aarash nak beli Roti boy pun akak tak bagi! Kedekut!"

Ya,ini sebab kedua dan tiada sebab lain mengapa Aarash bermasam muka. Dia tidak kisah jika tidak dapat PS5 kerana pada waktu-waktu ini,orang mesti berlumba-lumba untuk membelinya tetapi tidak pada Roti boy.

Awatif hanya tersenyum kemenangan.

"Kau mana boleh makan benda-benda manis Aarash. Kau kecik lagi"

"Kecik apanya?! Aku ni dah 18 tahun! Bukannya budak 8 tahun"

"Tapi perangai kau macam budak 8 tahun"balas Awatif tidak mahu kalah.

They have darkside | CWhere stories live. Discover now