29

15 1 0
                                    

Menggelupur Wheeler apabila tindakan Adriana yang tiba-tiba sahaja memukul kepalanya dengan batang besi.

Zap!

Pisau rembo yang berada di tangan Qie tadi tercacak tegak di atas peha Wheeler yang tadinya ditembak menggunakan pistol.

"Kau pilih. Kau nak diseksa atau jawab soalan aku?"tenang sahaja soalan itu keluar dari mulut Nawza.

Wheeler hanya sekadar diam.

"Apa arwah atuk aku buat dekat kau sampai kau sanggup bunuh dia dan isteri dia sekali?"soal Nawza sambil pisau rembo itu diletakkan di leher Wheeler.

"A-aku dengki dengan dia! Du-dulu syarikat a-aku lah paling ramai orang kenal. Lepas da-dari atuk kau buka sy-syarikat penjualan senjata api berlesen dan menguruskan hutang yang banyak,sy-syarikat a-aku muflis sebab a-atuk kau!"

Zap!

Pisau rembo yang tadinya diletakkan di leher Wheeler,sekarang sedang mengukir corak di pipi lelaki itu.

"Aghh!! S-sakit!"

"How about his wife? Kenapa kau bunuh isteri dia?"

"Sebab aku t-tak boleh dapatkan dia! Du-dulu,aku dan Adzziel berkawan rapat. Sejak dia ber-berkahwin dengan Rosmilin,dia jarang berborak dan tanya khabar aku. Lepas daripada tu,bi-bila aku ajak dia berjumpa d-dia akan bawak bini dia"

"Bi-bila dia selalu bawak bini dia,aku jatuh cinta dengan kecantikan rupa paras isteri dia. T-tapi,lepas Adzziel tahu yang aku ci-cintakan bini dia,dia marah. Sampai dia tak takut pun bila dia kehilangan aku"sambungnya lagi.

"Memang lah bengap. Laki siapa je tak marah kalau ada lelaki lain suka bini dia"sampuk Aarash yang hanya diam memerhati di belakang.

"K-kau diam lah budak!"

"Hmm..faham. Takpelah. Memandangkan kau Dah bercertia ni,aku taknak bunuh kau lagi. Kau pun enjoy je la Eh?"kata Zane sebelum dia mengambil air panas yang ditadah tadi dan menyimbah ke Wheeler.

"Aghhh!! S-sakit!"

**
"Ad. Nanti."kata Thaqif menghalang Adriana daripada berlalu pergi.

"Apa kau nak? Cakap cepat sikit boleh tak? Lambat betul lah nak bercakap,mulut tu ada emas ke apa?"jawab Adriana acuh tidak acuh. Tangannya dibawa untuk memeluk tubuh tanda protes.

"Kalau kau tak sibuk,aku nak ajak kau pergi Bukit Antarabangsa. Kau nak ke?"tanya Thaqif takut-takut. Risau jikalau Adriana tidak mahu pergi. Dia mahu membincangkan tentang perkara penting.

"Penting ke?"soal Adriana tanpa memandang ke arah Thaqif.

"Kalau tak penting aku tak—"

"P-pe-penting!"jawab Thaqif laju dan tergagap-gagap.

"Tengoklah dulu. Insyaallah."kata Adriana sambil berjalan ke arah motor R15nya yang terletak di sebelah motor R15 milik Leeya.

"Pu-pukul 6.30 tau!"laung Thaqif dari jauh namun Adriana hanya mengendahkannya.

Baru sahaja beberapa langkah ingin ke arah motorsikalnya bahunya ditarik.

"Hands off."mendatar sahaja.

"Aduh,rilek la Ad! Ni aku la bengap!"kata Awatif sambil menumbuk bahu rakannya.

"Kau lagi bengap."selamba sahaja kedengaran. Awatif yang terdengar kan itu,terdiam seribu bahasa.

"Ha sentap. Orang cakap sikit sentap. Sikit-sikit sentap. Bosan lah kau ni Tip"kata Adriana bosan. Pantang orang berkata kasar sedikit padanya,mulalah tarik muncung sedepa.

"Tak..aku nak bagi kau list senjata baru. Ouh,ya! Kau tau tak?"

"Taktau"

"Ha takpe,tak perlu tahu!"kata Awatif sambil menarik muncung dan terus berjalan menonong ke arah motorsikalnya.

Adriana hanya tertawa kecil. Geli hatinya apabila Awatif mudah sentap apabila diusik.

**
"Sekarang dah cukup 20 minit kau pandang depan. Kalau tak ada benda penting nak cakap,jangan buang masa aku boleh tak?"kata Adriana sambil matanya tajam memandang Thaqif disebalahnya yang dari tadi hanya melihat kehadapan.

Apabila tiada respon dari lelaki itu,dia segera bangun. Seluarnya dikibas-kibas.

"Orang cakap kau diam kan? Okeyh,daripada aku buang masa aku,baik aku balik"kata Adriana sambil berjalan laju ingin ke motorsikalnya.

Tetapi Thaqif segera menahannya.

"Eh,nanti! Duduk balik"

Adriana memandangnya sambil berpeluk tubuh. Memandang keatas dan kebawah.

"Kau cakap dulu baru aku duduk."

"Ya!ya! Tapi,Duduk dulu"

Adriana berdecit dan dia terus sahaja duduk dengan terpaksa. Kedua kakinya diangkat. Menahan sikunya diatas lutut.

"A-aku.."

"Aa-aku..akuu—"kata Thaqif dari tadi tergagap-gagap.

"Aku,aku. Cuba cakap. Buang masa aku betul lah"kata Adriana sambil menggaru rahangnya yang tidak gatal.

"Aku suka kau. I have feelings on you.Kau sudi tak nak jadi isteri aku? Kau sudi tak nak jadi suri hati aku hingga akhir hayat aku?"akhirnya,terluah juga apa yang ingin dikatakan oleh Thaqif. Jantungnya mula berdegup kencang.

Adriana memberi pandangan sinis.

"Pftt..Tak lawak but aku tak suka kau. I don't have any feelings on you."noktah. Tiada koma. Keputusan yang dia buat sekarang adalah muktamad.

Air muka Thaqif yang mulanya gemeinter ingin meluah perasaan kini bertukar menjadi keruh. Rasa hatinya perlahan-lahan retak dan hancur. Tidak terkata.

"W-walaupun sedikit?"soalnya tergagap-gagap. Air mata yang yang ingin mengalir juga ditahan sebaik mungkin. Tidak mahu kelihatan lemah dihadapan gadis ini.

"Yup! Walau sikit pun aku tak pernah ada perasaan pada kau. Oh,ya! Aku hanya anggap kau sebagai kawan sekerja,tak lebih dari tu"

Kata-kata dari Adriana umpama petir yang menusuk ke hatinya. Sakit. Perih. Empangan air mata yang dibina juga sudah tidak lagi kuat.

"Tak apa,aku faham. Fi amanillah. Kalau ada jodoh ada lah. Kalau tak ada nak buat macam mana,ini semua takdir tuhan. Sorry,sebab ganggu kau selama ni"kata Thaqif dengan suaranya yang perit. Perit untuk menelan semua bait-bait kata yang keluar dari mulut Adriana.

"Aku pergi dulu,Assalamualaikum"katanya sambil berjalan kearah kereta Auni TT hitam miliknya. Kotak cincin yang baru sahaja dibeli tadi olehnya dipandang ragu-ragu. Pada awalnya ingin diberi kepada gadis berhati beku itu tetapi setelah apa yang jadi tadi,niatnya hanya disimpan.

Kotak cincin itu dipandang sepi. Ingin buang,mahal dibelinya. Mahu bagi kepada orang lain,dia pun sedang buntu. Akhirnya,Thaqif hanya simpan sahaja di dalam dashboard keretanya.







TBC.

They have darkside | CWhere stories live. Discover now