35 -ENDING-

15 2 1
                                    

"Muhammad Thaqif Farrel bin Muhammad Thafiqz Farrel"

"Saya"sahut suara garau itu.

"Aku nikahkan dikau dengan Adriana Laxendra Qys binti Muhammd Advien Addy dengan mas khawinnya sebanyak sembilan ribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Adriana Laxendra Qys binti Muhammad Advien Addy dengan mas kahwinnya sebenyak sembilan ribu ringgit tunai"tenang sahaja ayat itu meluncur dibibir lelaki itu.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah"

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Adriana Laxendra Qys sudah menjadi milik Thaqif Farrel.

Aktiviti selepas acara akad nikah di mulai dengan sarung cincin.

Cincin yang berwarna silver dan berbatu itu disarung ke jari manis Adriana Laxendra Qys. Tangan berurat Thaqif itu disalam lama sambil Thaqif membaca doa untuk isterinya.

Setelah itu,Adriana mengangkat kepala untuk melihat wajah suaminya.

"Assalamualaikum Laxendra"kata Thaqif dengan senyuman manis.

"Eleh,sweet sweet pulak dia dekat sini."kata Rayyan dihadapan mereka.

"Kau diam la Rayy sebelum aku rembat kau karang"kata Awatif.

"Amboiii,nak rembat suami aku pulak kau ni..kang ada yang aku ajak bergusti karang"kata Zerra pula.

"Ehh,dah dah. Amboii korang niii,dah kahwin pun macam ni lagi eh perangai? Bagi la aku pulak nak bersweet."

"Eh kejap,Leeya mana? Tadi rasanya time kau akad nikah tadi dia ada. Kemana pulak laki bini tu pergi?"soal Awatif.

"Haaa! Ngumpat aku ehh.. aku dekat luar ni haa,panggil si mak buyung ni masuk dalam rumah. Segan katanya nak masuk mansion Ad"

"Ehh,masa bila kau kahwin ni Auni! Tak ajak pun!"

"Kepala hotak kau! Kalau aku tak ajak kau,siapa yang ambil gambar aku masa aku kahwin haritu?"soal Auni dengan jelingan yang tajam.

Awatif sudah gelak sakan. Saja dia mahu mengusik mak buyung ni. Maklumlah,bila berbadan dua ni sensitif sikit.

"Eh,tahniah Ad! Kahwin jugak ais batu kita ni Watif! Haritu bukan main dia.."kata Auni sambil menepuk bahu Awatif dengan kuat.

"Ehh..ehh kauu,nak tepuk pun slow slow la,tercabut bahu aku ni siapa nak pasang balik?"

**
Pejam celik pejam celik,sedar sedar sudah 5 tahun berlalu. Anak masing-masing semua sudah membesar. Semuanya sudah dapat kaki,bila dah dapat kaki memang agak payah untuk dijaga.

Sekarang kami sedang holiday beramai-ramai dengan yang lain.

Sangat berbahagia masing-masing dengan keluarga kecil mereka.

Angin petang di Dubai ini sangat baik,nak kata terlalu panas tu tidak. Nak kata terlalu sejuk pun tidak. Sederhana.

Tengah sibuk melayan perasaan sambil kaki berendam di dalam kolam itu tiba-tiba bahunya dicuit.

"Ad,tengok tu budak budak tu. Bila tengok muka diorang,tenang je. Macam tak ada apa-apa masalah. Kerja diorang gelak jelah"kata Zerra sambil melabuhkan punggung disebelah Adriana.

"Biasa la Zerr,budak. Diorang mana kenal masalah lagi. Sebab tu aku nak anak-anak aku merasa zaman kecil-kecil diorang. Aku taknak la membazirkan masa yang ada ni"

"Tu kau tengok tu.  Tu gelak-gelak nak menangis la tu haaa. Thaqiz! Jangan buat adik macam tu"kata Adriana sambil menegur anaknya yang sedang mengacau adiknya.

"Alaa mama! Tengok tu! Uncle Aarash yang ajar! Kenapa Thaqiz pulak yang kena!"rungut Thaqiz. Umurnya sudah berumur 4 tahun tetapi mulut becok bercakap! Ikut perangai siapa lah agaknya.

"Yang pergi dengar cakap uncle tu dah kenapa? dah jangan kacau adik. Mandi je elok elok"

"Wei,aku harap lepasni takde lagi dah orang yang dengki dengan kita. Aku harap jugak lepas semua dah kahwin ni persahabatan kita tak putus. Biar la m nanti anak-anak kita sambung kita punya tali persahabatan"kata Auni yang baru sahaja tiba di sebelah Adriana.

"Aku pun harap macam tu.."

"Terima kasih Ad. Sebab jadi bapa,ibu,abang dan kakak sepanjang kau handle misi kita ni. Kiteorang tak tau nak balas macam mana budi kau. Terima kasih sebab kuat demi kiteorang"kata Awatif pula..

"Hmm buat drama pulak korang ehh kat sini.. aku taknak nangis..baik aku main ngan anak aku"sampuk Leeya yang sedang bermain campak-campak air bersama anaknya di dalam kolam.

Air kolam itu di ambil dan dibaling ke arah mereka bertiga yang sedang duduk di tepian kolam.

"Woii! Basah laa!"

"Sorry sengaja! HAHA!"

Dan mula la sesi-sesi bermain air disitu. Disini lah tercipta satu kenangan yang terindah lepas dari hujan dan ribut yang melanda.

Ingatlah,lepas adanya hujan dan ribut pasti akan ada pelangi. Sabarlah.

-END-

Terima kasih yang telah sudi baca They Have Darkside yang tidak seberapa ni. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang telah memberi idea untuk mewujudkan cerita ini. Jasa kamu semua akan dikenang sampai bila-bila.

Dengan lafaz bismillah,saya qystyy ingin melabuhkan tirai untuk They Have Darkside. Sampai berjumpa lagi kita di cerita seterusnya.

They have darkside | CWhere stories live. Discover now