Bab 21

477 32 1
                                    

Selesai solat Isya' Irham menghampiri Marina yang sedang duduk membaca novel. Begitu asyik dengan bacaannya sehingga tidak sedar kehadiran suaminya sehinggalah Irham menarik perlahan novel itu dari tangan isterinya. Automatik terbantut bacaannya.

"Abang!"rengek Marina. Marah kerana bacaannya diganggu. Bukan senang dia mahu membaca setelah seharian penat menguruskan rumahtangga. Mana lagi terkejar-kejar menguruskan kedua-dua anak saudaranya yang nakal itu. Ikutkan Marina mahu membawa kedua-duanya tinggal dengannya tetapi Mak Cik Wati tidak mengizinkan.

"Dari sayang baca benda yang tidak berfaedah ni, baik sayang baca Al-Quran lagi bagus," balas Irham.

"Setiap kali maghrib saya baca Al-Quran walaupun satu muka surat setiap hari,"balas Marina tidak puas hati. Irham menggelengkan kepalanya.

"Lepas ni tambahkan lagi 10 muka surat. Kalau novel setebal ni sayang boleh habiskan dalam sehari, apa la sangat baca kitab quran yang tak sampai beribu muka surat tu," balas Irham. Marina memuncungkan bibirnya. Dengan geram, Irham menjentik bibir itu dengan jarinya.

"Sakitlah abang. Memang sengajakan nak cari pasal ke apa ni?"soal Marina geram. Berkerut mukanya. Matanya dijeling geram kepada Irham

Irham tersengih. Dia melabuhkan punggungnya disebelah isterinya. Lantas memeluk erat tubuh montok isteri. Dilabuhkan ciuman di tepi kepala Marina. 

"Sorry sayang."

Sejuk hati Marina mendengar kata maaf suaminya. Marina baru sedar yang suaminya ini sering meminta maaf walaupun sekecil-kecil perkara yang dirasakannya salah.

"Abang penat sangat ke hari ni?"soal Marina. Dipandangnya Irham. Dia mengalihkan tubuhnya menghadap suaminya.

"Sangat. Sayang, abang minta maaf pasal benda yang kecoh sekarang ni. Abang tak tahu nak cakap macam mana,"jawab Irham. Nadanya terdengar seperti sedih. Tidak pernah Marina melihat sisi suaminya yang ini. Selalunya ada sahaja idea dia mahu menyakatnya.

"Bukan salah abang. Saya tahu."

"Ini tidak baik untuk hubungan kita sayang. Abang tak nak sayang salah faham dengan abang. Sayang tahukan yang abang ni sayang sangat dekat sayang?"soal Irham.

Kembang hati Marina mendengar kata-kata suaminya.

" Abang, saya tahu hati abang. Kenapa saya perlu melatah tentang sesuatu yang saya tahu puncanya? Saya percayakan abang sepertimana abang percayakan saya. Bukankah kepercayaan itu penting di dalam satu hubungan. Saya tahu betapa abang sayangkan hubungan kita. Kalau sekadar kuman sebesar hama tu, apa lah sangat. Saya tak nak abang sedih fikir yang saya akan marah-marah abang dengan perkara-perkara yang tidak penting ni. Lagipun saksi ramai dekat situ. Apa yang nak dikisahkan? Bukan saya tak cemburu tengok perempuan lain obses dengan suami saya. Rasa cemburu itu tetap ada dalam diri saya sebab saya sayangkan abang,"ujar Marina. Siapa kata dia tidak cemburu. Dia juga wanita biasa yang ada rasa cemburu apabila haknya diganggu gugat oleh makhluk lain.

Irham terharu mendengar kata-kata isterinya itu. Kini dia tahu perasaan isterinya. Tidak salah lagi hatinya mahu diberikan kepada siapa kalau bukan untuk Marina Asyikin. Bersama waktu, kedewasaan mengiringi mereka. Marina semakin matang berkata-kata. Malah menjadi isteri yang sangat memahaminya.

"Abang bersyukur sangat sayang yang jadi isteri abang. Tak sia-sia abang tunggu sayang selama ni. Walaupun selalu ditolak mati-matian, jodoh kita kuat rupanya,"balas Irham.

"Tak naklah buka cerita lama. Malu,"balas Marina. Mulalah mukanya jadi kemerahan bila Irham sebut perkara lama.

Irham merangkul pinggang isterinya. Entah kenapa dia rasa pinggang isterinya ini seperti bertambah incinya. Mulalah fikirannya melayang ke lain. Rindu tiba-tiba kepada wanita yang berada di dalam rangkulannya ini.

"Kadang-kadang abang macam tak percaya yang sekarang ni orang yang abang selalu sakat tu dah jadi isteri abang. Siap melentok sakan kepala dia dekat dada bidang abang ni,"usik Irham. 

Marina menjeling suaminya. Namun dia suka. Siapa saja yang tidak geram dengan dada keras dan bahu tegap seperti suaminya ini. Tapi Irham Hakimi hanya milik Marina Asyikin. Orang lain No Entry!

"Abang!" terkejut Marina apabila tiba-tiba tubuhnya ditolak ke atas tilam. Aishh lain macam benar suaminya malam ini. Mata tajam itu bagaikan ada hasrat. Hasrat yang perlu dilayani dengan kasih sayang. Merah muka Marina apabila muka Irham semakin dekat dengannya.

"Sayang..."

"Assalammualaikum sayang," salam diucap perlahan di tepi telinga Marina. Namun salam itu tetap dijawab ikhlas di dalam hatinya.

Setiap harinya kudratnya digunakan untuk mencari rezeki buat keluarga. Bukan hatinya tidak sedih dengan apa yang berlaku kini. Rumahtangga yang dibina hampir 10 tahun itu roboh gara-gara bekas isteri yang tergila-gilakan lelaki lain. Pedih hati Harun. Walaupun dia tidak sekaya Irham, namun segala keperluan isteri dan anak-anak semuanya dia cukupkan. Namun menjadi manusia itu sudah pastinya tidak akan pernah merasa cukup. 

" Ayah..."panggil Alia. Alia anak sulungnya bersama-sama Syimah. Kedua-dua anaknya memang mahu tinggal dengannya. 

"Ya Alia. Kenapa?"soal Harun lembut. Nadanya tidak pernah kasar apabila bercakap dengan anak-anak. Sentiasa lembut percakapannya.

" Alia nak beli buku latihan matematik,"beritahu Alia. Walaupun dia baru berusia sembilan tahun, namun dia faham kesusahan ayahnya. Berat hatinya mahu meminta duit dengan ayahnya. Memanglah cikgu cakap tidak mahal harga buku latihan itu, namun bagi Alia yang sudah terdidik dengan kepayahan ayahnya, dia faham akan situasi ayahnya.

"Berapa harga buku tu?"tanya Harun.

"Errmmm...RM15.00. Dua buah buku latihan. Kalau ayah tak ada duit, tak apalah. Nanti Alia bagi tau cikgu yang Alia tak nak,"jawab Alia.

"Eh jangan macam tu. Untuk anak ayah, in shaa ALLAH ada. Alia belajar sungguh-sungguh tau. Nanti ayah bagi duit. Pagi tadi ayah dapat upah mesin rumput dekat rumah Cikgu Abidin. Jadi rezeki Alia lah. Tunggu sini ayah ambil duit,"Harun bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

"Nah duit ni, bakinya Alia buat belanja sekolah." Wang 20 ringgit sekeping itu dihulurkan kepada anaknya. Ceria muka Alia. 

"Terima kasih ayah. Nanti Alia bagi dekat cikgu."

"Sama-sama. Belajar rajin-rajin tau,"pesan Harun.

Alia menganggukkan kepalanya. Janjinya mahu belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu mengecewakan ayahnya sepertimana ibunya yang meninggalkan mereka. Bukan dia tidak berjumpa dengan ibunya, namun ibunya itu wanita yang keras kepala dan pelik.

"Dah pergi tidur. Esok nak sekolah."

" Baik ayah."Rutin harian anaknya sebelum masuk tidur, disalam dan dicium ayahnya. Memohon kata maaf dan redha seorang bapa.



Mak Long Versus Pak SuWhere stories live. Discover now