BAB 59 ♥️

125 4 0
                                    

Bab 59

MIRZA mengusap perutnya yang sudah lima bulan itu. Dia rasa cepat masa berlalu. Kini dia akan ada anak lagi

Memang rezeki Allah itu luas. Selepas melahirkan Amir. Sangat sukar untuknya mendapat bayi selepas itu sehinggalah dia kandungkan Amin

Namun. Allah lebih sayangkan anak tersebut. Bayi yang perlu dikeluarkan lebih awal dari tarikhnya itu tidak sempat bernafas di atas muka bumi

Lahirnya dia. Hanya jasad sahaja yang ada untuk menyedapkan hati ibu dan papanya untuk menatap wajahnya sebelum dikuburkan

Teringat kejadian itu. Mirza akan berhati hati. Selepas Amirah. Dia menunggu enam tahun untuk Amirul sedar dan akhirnya dia mengandung lagi

Kali ini dia akan jaga betul betul. Amirul pun tidak benarkan Mirza untuk membawa kereta ataupun pergi membeli barang

Walaupun Danial sudah mati. Tidak semestinya dia tiada musuh. Musuhnya masih banyak di luar sana. Cuma mereka bersembunyi

"Sayang..." Amirul datang ke arah Mirza yang mengusap perutnya itu

"Kenapa ni? Nampak sedih" kata Amirul kepada isterinya itu

"Mirza teringat Amin... Rindunya dekat dia"

"In Syaa Allah. Dia tunggu kita di sana"

"Apa la yang dia buat sekarang?"

"Hm. Mungkin tengah main lari lari dengan rakannya yang lain? Anak anak Palestine yang syahid mesti tengah bermain dengannya"

"Seronok lah dia dapat ramai kawan... Kan?"

"Ya betul. Amin... tiket kita untuk ke syurga"

"Selain Amin... Mirza ada tiket lain untuk ke syurga bang..." Amirul memandang isterinya

"Siapa?"

"Abanglah!!!!" Mirza memeluk Amirul dengan erat

Amirul rasa seronok. Tiba-tiba dia teringat tentang isu ini ketika Haziq dan Hazim datang ke rumah mereka

Ketika itu Amirul sedang memasak dan dia bernyanyi

Tiba-tiba dia mendengar Haziq berkata

"Comel betul anak syurga ni" Amirul tak terasa. Dia tahu perangai rakannya yang satu itu. Dia tak ambil hati. Dia hanya tersenyum

Dapat Amirul lihat Hazim menyiku Haziq

"Kau ni" marah Hazim

"Apa? Betul lah Amirul anak syurga kan?" Kali ini rasa nak ketawa. Amirul ketawa kecil. Suka tengok muka pelik Haziq tu

Kalau tak pelik tak sah!

"Hm... Abang" Amirul kembali ke dunia asal

"Ya?"

"Abang rasa... Anak kita... Lelaki ka perempuan?"

"Hm... Abang rasa kan..." Amirul memegang perut Mirza yang sudah besar itu walaupun baru lima bulan

"Anak kita kembar la sayang" Mirza kerutkan dahi

"Kenapa pula?"

"Sebab... Perut sayang ni lain macam besarnya. Tak macam wanita mengandung yang lain"

"Iye ke? Ka abang nak kata Mirza dah gemuk?" Amirul langsung tidak pernah terfikir tentang hal itu

Sensitif juga isterinya ni

"Tak ada lah. Sayang mana ada gemuk. Haritu check berat normal je kan? Alah. Sayang kandungkan Amir dulu pun berat sayang macam tu" Amirul ingin menyedapkan hati isterinya

Amirul Hazeer : Revenge Mission ©  [ C ]Where stories live. Discover now