DAHINYA berkerut menunjukkan tanda penuaan yang ketara. Seorang wanita hanya memakai dress singkat, dan berambut lepas separas pinggang baru sahaja keluar dari kondominium mewah milik abangnya. Diiringi oleh dua lelaki bersut hitam pula tu. Siapa dia?"Hey, stop!"
Lamgkah wanita itu terhenti. Begitu juga dengan pengiringnya. Ketiga-tiga menoleh menghadap Tuan Riyadh Ibrar yang kelihatan sangsi.
"Who are you and apa korang buat depan rumah abang aku ni hm?" Tanya Riyadh.
Wanita rupawan itu senyum senget kemudian menoleh semula mengatur langkah. Menyesal layan soalan awam begitu.
"Yad, masuk!" Panggil Tuan Raden Imran yang baru menjengul di muka pintu. Sempat melambai mesra ke arah wanita seksi itu.
Kebetulan, pandangan mereka bersabung. Entahlah, hendak bercerita, Riyadh tak tahu nak mula dari mana. Tetapi hatinya seperti dijentik oleh perasaan asing.
Masuk ke dalam rumah, Riyadh mengekor langkah Raden menuju ke dapur. Abangnya itu sekadar menyarung robe sahaja pada tubuh.
"Siapa dia? Apa urusan dia datang ke rumah ni? Raden yang aku kenal bukan sewenang-wenangnya bawa masuk orang luar ke dalam kondo ni," Riyadh bersuara sekaligus mendesak si abang akan jawapan kepada pertanyaannya.
"Aku tak kenal. Cuma bermalam di sini dan yea, kau tahu apa yang boleh buat aku puas kan?" Selamba Raden angkan kening.
Di dalam hati, bergelen carutan yang Riyadh hamburkan buat abangnya. Sebaik Raden berkata begitu, dia dah tahu siapa wanita itu.
"Hm! Kalau kau berminat, satu malam RM25 000. I bet, she's the most high-paid prostidude yang Micah pelihara. Ten over ten," Raden mengekeh perlahan bunyinya puas.
"Tak payah sembang bodoh di depan aku. Jijik!" Selar Riyadh bengang.
Mahu tak mahu, itulah hakikat yang dia harus terima. Ibu dan bapa sudah tiada. Ada pula abang, perangainya kasta bawah sedikit daripada iblis. Tak ada pegangan hidup langsung!
Kalau tidak melanggan perempuan, najis syaitan yang diteguk. Kerja tidak ada, tetapi duit tujuh keturunan tidak habis. Berbeza 360 dengan Riyadh yang berpenat-lelah menguruskan syarikat dan menggajikan beratus pekerja bawahannya.
"Sedap," Puntung rokok di bibir dinyalakan dengan pemetik api besi.
"Aku masih ada landasan, dan landasan aku masih selamat untuk aku harung, Im. Kau tu yang dalam masalah sekarang," Riyadh bangkit dan berlalu melintasi Raden yang tersengih angkuh.
TERSEDAR dari mimpi, Della bangun dan bergerak ke tandas. Wajahnya disimbah dengan air berkali-kali. Bayangan lelaki itu sukar dihilangkan dari fikirannya. Apa alamat yang dia dapat ini? Tidak pernah Della mimpi yang bukan-bukan. Malam ini, selepas bertembung dengan lelaki itu beberapa hari lepas, terus tidurnya dihantui.
Ah sudah!
Buka cardigan nipis yang tersarung pada tubuh, Della bergerak menuju ke jacuzzi dan berendam di situ pula.
Dalam pada dia santai berendam, langsir yang mengasingkan bilik mandi dan jacuzzi itu diselak kasar. Seorang wanita datang menjenguk.
"Ada apa Tris?"
Pandangannya tidak terarah ke mana-mana. Della ralit menguyur lengan dengan air sabun.
"Ada orang nak berjumpa dengan kau. Siap-siaplah dulu. Dia tunggu di luar" beritahu Tristin dan Della sengih.
Dasar Micah, kata selepas melayan lelaki bernafsu tinggi tiga hari lepas, Della dapat berehat seminnggu. Tetapi ini apa. Masih ada yang datang menganggu.
"Hm, bagi aku lima belas minit lagi" jawab Della dan Tristin pun keluar dari bilik mewah Della.
Keluar-keluar dari bilik mandi, nyaris Della metalah. Bukan main lagi lelaki itu duduk di katil peraduannya. Della duduk berdiri di depan cermin dan mencapai aksesori anting-anting untuk dipakai semula.
"Apa kau nak?" Tanya Della. Itu bahasa biasa yang dia guna. Tidak tahu nada mesra barangkali.
"Aku nak bawa kau keluar dari tempat macamni," Terus Della ketawa besar mendengar bicara lelaki itu.
"Dah lima orang cakap perkara yang sama. Tapi, lepas dapat aku, bayang seekor pun aku tak nampak. Kau tak perlu jadi lelaki keenam pula. Aku tak percaya" noktahkan ayat, Della menghampiri Riyadh yang duduk di hujung katil.
Pandangan itu bak belati tajam. Sekali melibas pandang, longgar lutut Della dibuatnya. Makin tajam pandangan, semakin kuat aura unik lelaki itu keluar.
"Jangan sentuh aku," keras Riyadh memberi amaran bila tangan runcing itu berura-ura mahu menyentuhnya.
"Uuuu..." Della bersiul mengejek.
Setahu dia, selagi Micah tidak terima apa-apa bayaran tak ada sesiapa yang dibebarkan naik berjumpa dengan dia.
Jadi, apa urusan lelaki ini sanggup berhabis wang tetapi sedikit sentuhan pun tidak mahu? Pelik, ini yang pertama seingat Della.
"Apa kau nak dari aku? Abang kau ada cakap apa-apa ke? Layanan aku terbaik? Cara aku menarik?—" Bibir Della terkunci sendirinya bila Riyadh bangun berdiri menghadap Della bersama renungan yang tajam sedari tadi.
"Muka cantik, tapi...bodoh!" Dahi Della ditunjal.
"Semestinya aku. Dan bodoh lagi kau datang sini hanya untuk menghina perempuan bodoh lagikan jijik seperti aku. Tak ada beza pun kan. Sekali lagi aku tanya, apa kau nak?" Berani, Della tentang renungan tajam itu.
"Bawa kau keluar dari sini. Tujuh ratus ribu yang aku laburkan pada Micah moga mendatangkan keuntungan. Ikut aku balik, dan mari kita lihat, abang aku betul atau tidak" sinis Riyadh berkata.
Waktu itu, wajah Della terus berubah lain. Dia senyap membisu memandang Riyadh atas bawah mencari mana tahu ada kebenaran yang terbit dari persembunyian.
"Aku taknak!"
Riyadh menoleh, dan mengundur beberapa langkah. Wanita ini hilang akal ke apa? Apa Micah dah tukar otak wanita ini dengan otak makhluk asing?
"Kau tak ada pilihan, Indi Dellarosa. Jangan buat aku gila sampai kau sendiri pilih untuk turut arahan aku" keras nada Riyadh tika itu.
"Kau boleh bayar aku 10 ribu setiap langganan?" Soal Della angkuh.
"Lebih dari itu aku mampu," balas Riyadh membutkan Della tergamam.
"Siapa kau?"
"Keluar dari sini, kau akan tahu aku siapa. Cepat berkemas. Bilik ni pelacur lain pula akan guna" Riyadh masukkan tangan ke dalam kocek seluarnya menunggu Della bertindak seterusnya.
Della pula selamba membuang carutan kepada Riyadh dan lelaki itu nampak seperti hilang sabar lalu bangun ingin menyerang.
"Tunggu di luar," arah Della.
"Di dalam. Aku yakin kau ni boleh tahan gila. Tak pelik pun kalau kau terjun tingkap tu untuk lari dari aku" kata Riyadh dan Della mencemuh lagi.
TBC.
YOU ARE READING
Pure Love, Dellarosa
RomanceIndi Dellarosa, dia wanita yang tidak mendambakan apa-apa di dalam hidupnya. Pada Della, meletakkan harapan pada makhluk bernyawa pasti penghujungnya adalah luka. Dengan tomahan dan hinaan, Della dah lali. Datanglah bergunung pun, Della tak pernah t...