Indi Dellarosa, dia wanita yang tidak mendambakan apa-apa di dalam hidupnya. Pada Della, meletakkan harapan pada makhluk bernyawa pasti penghujungnya adalah luka. Dengan tomahan dan hinaan, Della dah lali. Datanglah bergunung pun, Della tak pernah terkesan. Tetapi ketika hatinya berada di fasa percubaan untuk menerima kehadiran seseorang, mengapa waktu itu jugalah kekecewaan datang merempuh masuk. Menyesal Della mencuba, sebaiknya dari awal dia berpegang teguh dengan prinsip hidupnya yang tak pernah salah itu. Ini tidak, baru saja mengendong harapan, sudah menitis luka dan Della perlu rawat. "Abang aku betul, kerikil takkan mungkin berubah menjadi permata. Tetap murah!"-Riyadh Cukuplah sekali dia hancur, Della dah serik. Tekadnya cuma satu, dia mahu melangkah ke depan dan mustahil untuk dia toleh semula ke belakang kerana di belakangnya sudah tiada apa-apa. "Kita sama-sama memberi peluang untuk mula sekali lagi boleh? Demi anak kita"-Riyadh "Dia suci, tak macam saya. Saya kotor, jijik dan tak layak untuk jadi permata dalam hidup tuan"-Dellarosa Riyadh terpempam. Masakan dia boleh lupa siapa Indi Dellarosa di hadapannya kini? Wanita yang tetap dengan pendiriannya. ".. sayang akan jadi my forever rose... "-Riyadh Della tersenyum hambar. Boleh percaya ke manusia? Sedangkan Della pun meragui dirinya sendiri.