* This chapter contains harsh and disrespectful language*TANGAN yang dilelar itu kemudian dilepas kasar sehingga Della terhenyak di atas sofa. Wajah Riyadh nampak tenang tetapi tenangnya itu jangan disangka tiada taufan yang bakal melanda. Della mencerun ke arah lelaki itu geram.
Riyadh menjeling dari ekor mata. Wanita itu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih pdamya kerana telah berhabis ratusa ribu ringgit untuk sebuah kebebasan.
"Apa kau buat ni hah? Kalau setakat nak kena layan nafsu kau setiap waktu, baik kau hantar aku semula pada Micah. Sebab tak ada beza pun!" Hambur Della kasar.
"Ada aku cakap aku teringin nak layan pelacur macam kau? Tak ada kan?" Begitu sahaja Riyadh menyelar percakapan Della sebentar tadi.
"Habistu, bawa aku keluar dari neraka tu buat apa? Kau nak humban aku dalam neraka lain pula?" Tudung Della lagi dan Riyadh hantar pandangan yang sama seperti tadi. Sinis.
"Ikut suka akulah aku nak buat apa pun dengan kau. Nak campak kau dari tingkat 18 ni ke, nak humban kau dalam lombong ke, ikut-suka-aku. Kau tak payah runsing konon nak memikirkan apa tujuan aku boleh?" Rendahkan tubuh, Riyadh sua muka betul-betul depan muka Della.
"Naik atas, bersihkan diri kau ni betul-betul. Ini rumah aku, apa-apa kau kena ikut peraturan aku juga. Faham Indi Dellarosa?" Satu per satu ayatnya disebut dengan jelas.
Dada Della berombak kencang. Apa yang lelaki ini mahukan sebenarnya? Mahu hapuskan dia habis-habisan ke?
Berdiri, Della menukar arah. Bukan tangga yang dituju sebaliknya pintu utama penthouse mewah itu. Della mahu keluar. Tapi bilamana pintu dibuka, Della tergamam. Ada dua orang lelaki bertubuh sasa, seprang bertatu di leher dan seorang lagi tajam memandang kearahnya. Della jadi gerun.
Kurang ajar!
"Nak berambus cubalah dulu. Julian, Eugene, eyes on her" dan dua lelaki bengis itu mengangguk faham kemudian mata kembali tertancap pada Della semula.
"F*ck you man!" Maki Della lalu masuk ke dalam semula dengan perasaan tidak puas hati yang kian membuak-buak.
PAGI itu, terus Dellarossa menjadi segar-bugar melihat berpuluh beg kertas dari pelbagai jenama ada diletak di ruang tamu. Della terkesiap sebentar. Kepala terjengah-jengah mencari lelaki monster itu tetapi tidak ada pula.
Nak tak nak, Della mara ke arah beg-beg tersebut untuk mengintai. Manalah tahu, monster itu beli untuk berbuat amal jariah, kagum juga dia. Memberi barangan berjenama. Bukan biasa-biasa.
"Itu semua barang keperluan kau, ambil dan pakai sepanjang kau tinggal di sini" Terhincut bahu Della kerana terkejut.
Mana datang entah, salam pun tidak diberi. Della menjeling kemudian berura-ura mahu naik ke bilik semula. Tidak betah mahu bersua-muka dengan lelaki aneh ini.
"Lepaslah! Bodoh!" Della memberontak ganas sehingga Riyadh terpaksa memeluk tubuh giur itu dengan kemas.
"Jangan gelabah sangat boleh?" Suara ditekankan dan Della menentang padangan membunuh itu berani.
"Lepaslah! Badan kau tu keras kau tahu tak!" Della menolak tubuh Riyadh sekuat hatinya.
"Thank you!" Riyadh tunduk gaya budiman dan Della menjeling menyampah.
"Tak payah nak sindir-sindir aku. Ni, semua ni ada aku minta kau belikan? Tak ada kan?" Della menyoal tanpa kompromi.
"Eh, kau patut bersyukur tau pelacur macam kau ni masih dimewahkan dengan barang-barang branded macamni" pedas kata-kata Riyadh namun umpama air yang membilas kotoran sahaja bagi Della.
Disebabkan malas mahu membazirkan air liur, sepantas kilat Della berlalu pergi menuju ke biliknya. Lama-lama bertengkar dengan Riyadh boleh jadi Della membunuh orang pula nanti.
"Nah!"
Bila Della duduk bersendirian, ada pila suara menyergah dari belakang. Tidak lain tidak bukan lelaki 'berdebah' itulah. Sakitnya hati Della.
Sebuah kotak sederhana tebal dilempar kasar di atas katil. Della menjeling objek yang dilempar itu sekilas kemudian membuang pandang ke arah luar kembali.
"Ambil tu, guna. Jangan guna untuk mendatangkan keuntungan kau pula" sinis Riyadh berkata.
"Habis, aku nak guna untuk apa? Bergayut dengan kau setiap masa?" Pulang Della lagi.
"Boleh, cubalah" Seakan mencabar pun ada juga.
"Ish dahla, boleh tak kau jangan sibuk dan berlegar-legar depan mata aku ni? Sebab mata aku ni sakit tahu tak tengok muka pecah rumah kau ni! Ni telinga aku ni, bingit sangat bila dengar suara kodok panggil hujan kau!" marah Della dan Riyadh menjegil bengang.
"Aku pun loya la tengok muka kau. 50 ringgit je!" Balas Riyadh berbaur hinaan.
"Jalang 50 ringgit ni lah yang kau beli juga!"
"Indi Dellarossa!" Jerkah Riyadh tiba-tiba membuatkan Della terdiam seribu-bahasa. Kuatnya suara Riyadh rasanya boleh dengar sampai ke bawah.
"K-kau...kau gila? Tiba-tiba nak memekik?" Bibir Della menggeletar tika itu. Dia pun masih terkejut dengan jerkahan tiba-tiba itu. Rasa kecut usus kecil dan usus besarnya mendengar suara besar milik Riyadh.
"Damn it!" Terus Riyadh keluar dari kamar Della tanpa kata pamit meninggalkan wanita itu dalam keadaan terpinga-pinga.
"Sewel ke?" Della menyoal sendirian.
TBC.
YOU ARE READING
Pure Love, Dellarosa
RomanceIndi Dellarosa, dia wanita yang tidak mendambakan apa-apa di dalam hidupnya. Pada Della, meletakkan harapan pada makhluk bernyawa pasti penghujungnya adalah luka. Dengan tomahan dan hinaan, Della dah lali. Datanglah bergunung pun, Della tak pernah t...