PUJAAN HATI HAYDER MUKRIZ

25 2 0
                                    

BAB 7

"Elok nama, macam orangnya" balas puan Ariesa.

"Biasa je aunty" balas Hayder sambil menggosok belakang lehernya.

"Tak perlu panggil aunty, panggil mama je" bidas puan Ariesa apabila Hayder memanggilnya aunty.

"Ooo...okay mama" balas Hayder.

Arianna mendengar sahaja bualan Hayder bersama mamanya. Mersa betul.

"Kenapa Hayder datang sini?" tanya puan Ariesa.

"Ooo nak ambil Arianna. Nak pergi sekolah sama-sama" balas Hayder sebelum melirik ke arah Arianna.

"Arii tak nak" bidas Arianna.

"Kenapa pula? Kesian Hayder pagi-pagi dah datang sini nak ambil Arii" balas puan Ariesa apabila mendengar anaknya berkata begitu.

"Arii tak suruh dia ambil Arii pun" balas Arianna. Menjawab je.

"Naik aja la" suara Akmal yang baru sahaja keluar dari rumah dan mendekati kami.

"Tak nak" balas Arianna dengan singkat.

"Adik...boleh tak jangan keras kepala sangat" kata Akmal apabila Arianna terlalu keras kepala.

"Tapi adik-" belum habis Arianna bercakap, Akmal telah memotong perbicaraan dia.

"Dengar cakap abang" kata Akmal.

"Ishh!!! Ye la" balas Arianna sebelum masuk ke dalam rumah untuk mengambil beg dia dan keluar balik. Arianna mencapai kasut sekolahnya dan memakai. Arianna dapat melihat Hayder tersengih, suka la tu. Geram sungguh.

"Cepatlahh!" kata Arianna selepas menyalam tangan puan Ariesa dan Akmal.

"Kami pergi dulu, assalamualaikum" bidas Hayder sebelum masuk ke perut kereta diikuti Arianna yang muka telah mencuka.

Kereta yang dipandu Hayder terus meluncur meninggalkan perkarangan rumah puan Ariesa.

Beberapa minit selepas meninggalkan perkarangan rumah puan Ariesa, Arianna hanya diam sahaja sambil memandang keluar tingkap kereta. Hayder sesekali menoleh melihat Arianna di sampingnya.

"Pendek" panggil Hayder dengan lembut.

Arianna hanya diam. Pelik tiba-tiba Hayder berlaku baik dengannya tiba-tiba.

"Pendek...kau dengar tak?" panggil Hayder lagi sekali apabila Arianna tidak menyahut apabila dia memanggil nama wanita tersebut.

"Pend-"

"Apa? Nak panggil pendek lagi? Panggil la, panggil" laju sahaja Arianna bersuara. Dari tadi panggil dia pendek. Apa pendek sangat ke aku ni.

"Aikk...tak boleh ke?" tanya Hayder. Saja nak menyakat Arianna.

"Boleh...boleh sangat" balas Arianna singkat sambil menjeling tajam ke arah Hayder.

"Ooo okayy pendek" bidas Hayder sebelum tersenyum sedikit.

...

Apabila sampai di depan pagar sekolah, Hayder keluar dari perut kereta dan pergi ke arah guard. Hayder kembali ke arah kereta dan masuk ke dalam perut kereta kembali. Guard membukakan pagar untuk memberi laluan pada kereta Hayder.

"Boleh ke bawa masuk kereta dalam kawasan sekolah? Kitakan masih murid" bidas Arianna apabila Hayder telah memberhentikan kereta di kawasan parking kereta cikgu.

"Boleh je, aku dah minta izin cikgu dengan guard tadi. Relax la" balas Hayder sebelum keluar dari perut kereta. Arianna turut keluar dari perut kereta dan membetulkan sedikit tudungnya.

Beberapa orang murid memerhatikan kami berdua. Arianna mengabaikan sahaja.

"Balik nanti aku hantar" bidas Hayder dan melangkah ke kaki lima. Arianna hanya mengikut sahaja Hayder, memandangkan kelas mereka sama.

"Kau dah study?" tanya Arianna.

"Dah" balas Hayder dengan singkat.

Apabila mereka sampai di kelas, meja dan kerusi telah disusun menjadi satu-satu. Arianna mengambil tempat duduk di tepi tingkap memandangkan ada namanya di meja itu. Manakala Hayder berada di belakang sekali juga di tepi tingkap.

...

Cikgu Suhana mengedarkan kertas exam. Arianna membaca doa sebelum membuka kertas exam itu.

'Aduh...susahnya la, siapa yang buat soalan macam ni. Susah betul' bebel Arianna melalui hati.

Manakala Hayder termenung memikirkan jawapan sambil memandang keluar tingkap. Fahim, Daniel, Aiden dan Rais pula seperti berada dalam dunia sendiri. Fahim memegang kepalanya, stress betul. Aiden dan Daniel pula tidur. Manakala Rais, cuba sebaik mungkin untuk menjawab soalan itu walaupun ayatnya tunggang langgang.

Sambil menjawab soalan, sesekali Arianna melihat ke arah jam yang tergantung di di dinding. Lagi 5 minit. Cepat-cepat Arianna menjawab.

...

"Okay murid, masa telah tamat. Berhenti menulis" bidas Cikgu Suhana.

Arianna meregangkan sedikit badannya yang sakit sedikit. Siapa je yang tak sakit badan bila duduk kat kerusi tu dua jam.

Cikgu Suhana mengumpulkan semua kertas exam dan bersuara.

"Macam mana? Susah?" kata Cikgu Suhana sambil tersengih melihat semua anak muridnya yang muka masing masing dah barai.

"Okay semua dah boleh pergi rehat" bidas Cikgu Suhana sebelum keluar dari kelas. Hana bangun dari tempat duduknya dan melangkah menuju ke arah Arianna.

"Arii...jom pergi kantin" kata Hana.

"Erm...jom" balas Arianna dan terus bangun dari kerusi. Arianna dan Hana melangkah keluar dari kelas namun terhenti apabila mendengar Hayder memanggil.

PUJAAN HATI HAYDER MUKRIZ (HIATUS) Where stories live. Discover now