BAB 9
Arianna terdiam selepas mendengar Hayder berkata begitu. Arianna cuba menghadam maksud yang Hayder kata tadi. Luth datang ke arah Arianna bersama Hana. Luth bersuara apabila telah berdiri di sebelah Arianna.
"Arii..kau okay? Lelaki tadi siapa? Mana dia?" tanya Luth. Dia ingin tahu tentang lelaki tadi. Mungkin dia ada hubungan dengan Arianna.
"Ooo, aku okay. Tadi tu...Hayder, dia sekelas dengan kita" balas Arianna lalu bangun dari kerusi itu.
"Jom la masuk kelas, kejap lagi sambung exam lagi" kata Arianna lalu melangkah keluar dari kantin meninggalkan Luth dan Hana yang terpinga pinga.
...
"Denn!! Slow sikit!! Sakit bodoh muka aku!" kata Daniel yang sedang menahan sakit apabila Aiden menggosok mukanya dengan berus kuali. Dia sendiri tidak tahu dimana Aiden dapat berus kuali itu. Mungkin Aiden minta dekat mak cik kantin.
"Tahan la sikit" balas Aiden lalu sambung menggosok muka Daniel lagi sekali.
"Makin sakitt bodoh kau buat!! Rosak la muka handsome aku ni!! Nanti Hana tak suka aku macam mana?! Aku salahkan kau!" bidas Daniel apabila Aiden menggosok mukanya dengan lagi kuat.
"Hana memang tak suka kau. Perangai kau macam ni, dia nak ke? Mesti dia reject la" balas Rais selamba.
Aiden berhenti menggosok muka Daniel dengan berus itu. Lalu bersuara. "Dah hilang dah. Aku ingatkan Fahim guna pen marker biasa, rupanya permanent. Kau pergi lah belasah dia" bidas Aiden.
"Aduh duhh...sakitnyaaa. Lain kali buat slow sikit boleh tak? Dah la kau guna berus gosok kuali. Apa kau ingat muka aku ni macam kuali ke hah! Sakit kau tahu tak" kata Daniel sambil melangkah ke arah singki lalu membasuh mukanya.
"Ooo, sakit ehh? Akitt angatt ehh" selamba Aiden berkata.
Daniel yang mendengar balasan dari Aiden terus berhenti membasuh mukanya.
"Akitt angatt kau cakap? Memang sakit la bangang!" kata Daniel sambil mengatur langkah ke arah Aiden
"Pahal kau nak gaduh ke? Haa meh lah. Haa masukk!!" bidas Aiden sebelum melangkah dekat ke arah Daniel. Mula dah dua ekor babun.
"Kau jangan cari pasal Den" kata Daniel sebelum mengambil mop dan menghalakan ke arah Aiden.
"Mana acii guna mop" kata Aiden tidak puas hati. Tak gentle la guna mop.
"Acii kat India la...mana ada kat Malaysia. Dasar joyah bermukakan Aiden" kata Daniel dan mengatur langkah dekat dengan Aiden.
Aiden yang melihat Daniel mula mengatur langkah ke arahnya terus berlari ke arah Rais yang dari tadi memerhati dua ekor babun tu.
"Eiii tak gentle laa...tadi bukan main ajak gaduh" kata Daniel apabila melihat Aiden berlari ke arah Rais.
Rais dengan muka pasrahnya hanya senyap sahaja. Tiba-tiba Hayder dan Fahim melangkah masuk ke dalam bilik air itu.
"Dah jom, exam dah nak start" panggil Fahim. Dah macam babun bergaduh. Babun pun tak macam ni.
...
Selepas Cikgu Suhana mengedarkan paper sejarah, cikgu Suhana bersuara.
"Okay murid murid...anda semua dah boleh mula sekarang, buat yang terbaik" kata Cikgu Suhana.
Seperti biasa, Arianna mesti membaca doa terlebih dahulu sebelum menjawab paper sejarah itu.
'Aku dah usaha sebaik mungkin untuk berjaya. Aku hanya ingin membanggakan ibu bapa aku. Aku ingin berjaya untuk masa hadapan nanti' bidas Arianna melalui hati.
...
2 jam kemudian. Cikgu Suhana bersuara. "Masa telah tamat, cikgu akan kumpul kamu semua punya paper sejarah. Jangan lupa study untuk subjek besok" bidas cikgu Suhana sambil mengumpul paper sejarah itu.
Selepas Cikgu Suhana mengumpul paper sejarah itu, cikgu suhana memberi salam dan terus melangkah keluar dari kelas. Masing masing mengemas barang untuk balik ke rumah masing masing.
Hayder mengatur langkah ke arah Arianna. Setiba di belakang Arianna, Hayder bersuara.
"Pendekk" panggil Hayder.
"Apa pendek-pendek hah!" bidas Arianna. Dia geram bila lelaki itu memanggil dia pendek.
"Tak boleh ke aku nak panggil kau pendek? Sesuai dengan kau, pendek macam penguin" balas Hayder dan mendekatkan mukanya ke muka Arianna. Arianna tersentak dengan tindakan Hayder.
"H-hay...jauh sikit la. Apa ni dekat dekat" kata Arianna dan menjauhkan mukanya.
"Pendek...muka kau merah" tanpa membalas pertanyaan Arianna, Hayder bersuara.
"Comel" bidas Hayder sebelum menjauhkan mukanya dari Arianna.
Arianna terdiam. Hayder dengan tiba-tiba menjentik dahi Arianna.
"Auchh! Sakit laa" kata Arianna sambil menggosok dahinya yang dijentik Hayder.
"Cepatlah...orang lain semua dah balik" bidas Hayder sebelum mengatur langkah keluar dari kelas.
Arianna melihat segenap kelas, yang dia nampak hanya geng bala itu dan Hana turut berada di situ. Arianna terus keluar dari kelas dan berlari ke arah Hayder. Sampai di samping Hayder Arianna bersuara.
"Awak-...Kau hantar aku balik ke?" tanya Arianna.
"Haah, kenapa?" tanya Hayder.
"Ooo" balas Arianna singkat. Apabila sampai di hadapan kereta Hayder, Luth memanggil Arianna. Luth menghampiri Arianna sambil tersenyum.
"Arii...balik naik apa?" tanya Luth. Saja dia mahu tanya Arianna balik naik apa walaupun dia dapat melihat Arianna balik naik kereta dengan Hayder.
"Kau tak nampak ke dia balik naik apa? Dia balik dengan aku" bidas Hayder dengan riak wajah dingin.
"Chill laa bro, aku tanya je. Arii nanti petang aku nak datang rumah kau. Nak jumpa aunty Ariesa dengan uncle Ridhwan. Lama tak jumpa" kata Luth sambil tersenyum memandang wajah cantik Arianna.
YOU ARE READING
PUJAAN HATI HAYDER MUKRIZ (HIATUS)
RomanceHayder Mukriz dan Arianna Mikayla musuh dari zaman sekolah rendah. "hoi pendek, sini kejap" - Hayder Mukriz "hoii sedap mulut kau je cakap aku pendek, kau tu yang terlebih tinggi...dasar tiang" - Arianna Mikayla "eleh kau...dah pendek tu mengaku je...