BAB 5
"Tak de apa la...kau ni cepat lupa la" kata Fahim pada Hayder.
"Hmm.." balas Hayder dengan singkat.
Semua duduk di tempat masing masing apabila Cikgu Suhana masuk. "Assalamualaikum semua" kata Cikgu Suhana.
"Waalaikumussalam cikgu" serentak kami satu kelas menjawab.
"Hantar kerja yang saya bagi semalam" kata Cikgu Suhana.
Daniel,Fahim,Rais dan Aiden memandang sesama sendiri sebelum menoleh ke arah Hayder yang dari tadi beriak wajah dingin.
"Kau tak cakap pun ada kerja Hay.." kata Aiden.
"Kau tak de tanya, aku tak cakap la..siapa suruh tak datang semalam" balas Hayder dengan riak wajah dingin.
"Arii, pungut semua buku..Cikgu nak tanda" bidas Cikgu Suhana pada Arianna.
"Baik cikgu" balas Arianna. Arianna mengumpul semua buku. Sampai di hadapan meja Hayder and the geng, hanya Hayder seorang sahaja yang memberi buku kerjanya pada Arianna. Hayder menilik setiap wajah Arianna yang begitu bersih dan cantik.
"Korang punya buku mana?" tanya Arianna pada mereka berempat.
"Ermm..kitaorang tak buat, ni semua sebab Hayder. Dia tak bagitahu apa-apa pun pasal kerja sekolah!" balas Daniel dengan perasaan ingin marah pada Hayder.
"Cantik" kata Hayder dengan tiba-tiba apabila dia memandang Arianna. Mereka berempat tercengang apabila Hayder berkata begitu. Arianna terdiam.
"Ooii, Hay..kau okay tak ni? Tetiba cakap cantik?" kata Fahim pada Hayder.
"Siapa cantik? Aku ke?" tanya Daniel. Bengap mamat ni.
"Kau ni pun...dah terang terang dia pandang Arii. Dia cakap kat Arii la" balas Aiden dekat Daniel.
"Kau lupa makan ubat ke Hay?" tanya Rais sambil memandang riak wajah Hayder pada Arianna.
"Betul la, dia cantik" selamba Hayder berkata sambil memandang wajah Arianna yang terkelu itu. Comel.
"E-erm...k-korang berempat pergi la cakap kat cikgu yang korang tak buat" bidas Arianna dengan tergagap sebelum pergu ke arah cikgu untuk menghantar buku kerja tersebut..muka Arianna telah memerah apabila mendengar Hayder berkata begitu.
Hayder tersenyum kecil apabila mendengar Arianna bercakap dengan tergagap dan mukanya yang memerah. Comel
...
"Balik naik apa?" tanya Hayder tiba-tiba. Arianna tersentak apabila mendengar suara Hayder dekat dengan telinganya.
"O-oo..naik abang aku, abang aku ambil" balas Arianna dengan sedikit tergagap.
"Kenapa tergagap? Malu ke?" tanya Hayder dan mencondongkan tubuhnya ke depan sedikit. Dia dapat melihat muka Arianna makin memerah.
Arianna menjauh sedikit dari Hayder. "M-mana ada, jauh sikit boleh tak...haram" balas Arianna.
"Ok" balas Hayder sebelum menjauhkan tubuhnya dari Arianna.
"Aku tau haram dengan halal...tapi nanti kalau kita dah kah-" terhenti kata kata Hayder apabila Arianna menepuk bahunya dengan buku. Sakit tau...kuat pula tu.
"Aduhhh! Asal pukul aku?" tanya Hayder sambil menggosok bahunya yang dipukul Arianna tadi.
"Kau tu tetiba nak cakap pasal kahwin..buang tebiat ke apa. Tak nak aku kahwin dengan kau" balas Arianna dengan riak wajah geram.
"Alaa gurau je..tu pun tak boleh, sensitive betul. Jodoh tu tak kira kau nak atau tak" bidas Hayder sebelum keluar dari kelas.
Terkelu Arianna di situ. Dia tak salah dengar kan? Arianna terus mencapai beg galasnya dan mengejar Hayder.
"Hay...tunggu la" panggil Arianna.
Hayder serta merta berhenti dan pusing menghadap Arianna yang berlari ke arahnya. Pendek macam penguin.
"Huft...huft..penatnya" kata Arianna apabila dia telah berdiri di hadapan Hayder. Tercungap cungap Arianna dibuatnya.
"Kenapa lari? Jalan kan boleh" kata Hayder sambil memandang ke arah Arianna di hadapannya yang sedang mengambil nafas.
"Nanti kena tinggal sesorang...kau dah la bila jalan tu langkah besar...tau la tinggi" balas Arianna sambil menjeling Hayder.
"Hmm...yela, cepatlah..abang kau mesti dah tumggu tu" balas Hayder sebelum jalan keluar dari bangunan sekolah itu,diikuti Arianna di sebelahnya.
Akmal melihat sahaja adiknya keluar dari bangunan sekolah bersama Hayder. Apabila mereka berdua keluar dari pagar, Akmal melihat mereka berdua saling melambai. Sweet nampak.
Arianna berjalan ke arah kereta milik abangnya Akmal lalu membuka pintu kereta dan terus masuk ke dalam perut kereta.
"Lambatnya...setengah jam aku tunggu" kata Akmal sebelum kereta yang dipandu Akmal meluncur ke atas jalan meninggalkan perkarangan sekolah. Hayder turut laju meninggalkan perkarangan sekolah dengan menaiki motor Kawasaki Ninja H2.
...
YOU ARE READING
PUJAAN HATI HAYDER MUKRIZ (HIATUS)
RomansHayder Mukriz dan Arianna Mikayla musuh dari zaman sekolah rendah. "hoi pendek, sini kejap" - Hayder Mukriz "hoii sedap mulut kau je cakap aku pendek, kau tu yang terlebih tinggi...dasar tiang" - Arianna Mikayla "eleh kau...dah pendek tu mengaku je...