Bila rindu kusebut namamu,
Tanpa sedar namamu di bibirku;
Hasrat hati ingin bertemu,
Bila bertemu takut menjadi kaku.Entah mengapa tiba-tiba aku rindu,
Wajahnya sering terbayang di mata;
Bukannya niat ingin menyedut madu,
Tetapi hanya untuk ditemani semata-mata.Bila rindu aku menyebut namamu,
Nama yang wujud tanpa dipinta;
Bila resah aku ingin menemuimu,
Mengerat lagi hubungan kita.Pernah kau menghilangkan diri,
Sunyi tanpa sebarang berita;
Pelbagai persoalan menyoal diri,
Adakah aku telah tersalah kata.Jangan biar aku merinduimu,
Jangan biar aku tertunggu;
Jangan selalu hilangkan dirimu.
Jangan biarkan aku termangu.
#jomsambung #jomberpantun
Boleh jer nak pantun dua kerat ker.. empat kerat ker, Author tak kisah. Just suker2 jer..
Jual Beli Pantun di ruang komen okay.. Thanks
~Alang~
10/07/2024

YOU ARE READING
JOM BERPANTUN
PuisiSengaja Alang ciptakan ruang ini. Bukan untuk Alang sendiri berkarya, tetapi.. Alang bukakan juga untuk korang Jom kita jual beli pantun..