Kipas masih berputar laju,
Dilaraskan dengan kelajuan sekata;
Tidak pasti adakah anda bersetuju,
Dah lama author x publish cerita.Angin kipas masih kepanasan,
Butang remote ekon di'ON'kan;
Bukan SIBUK dijadikan alasan,
Tetapi kehidupan seharian lebih diutamakan.Baju dibuka, perut mengelambir,
Angin mengibas bulu di dada;
Bukan nak menanam tebu di bibir,
Karya Alang pasti akan ada.Telefon terlepas menghempap muka,
Bila terlena semasa membaca;
Sabar menunggu masa dan ketika,
Akan bertemu juga dgn pembaca.#jomsambung #jomberpantun
Boleh jer nak pantun dua kerat ker.. empat kerat ker, Author tak kisah. Just suker2 jer..
Jual Beli Pantun di ruang komen okay.. Thanks
~Alang~
24/07/2024

YOU ARE READING
JOM BERPANTUN
PoetrySengaja Alang ciptakan ruang ini. Bukan untuk Alang sendiri berkarya, tetapi.. Alang bukakan juga untuk korang Jom kita jual beli pantun..