Prolog

188 20 0
                                    

     SUARA rontaan sang isteri yang mahu melepaskan diri daripada terus diheret ke bilik tidur bagaikan sebuah angin lalu di telinga Tengku Eimran.

Tiba sahaja di ruangan tersebut, wanita itu menarik kasar lengannya. Kesan cengkaman kuat mengotori permukaan  kulit lengan putih gebunya.

BAM!

Bahu wanita itu terhenjut dek terkejut akan bunyi pintu kayu yang ditutup kasar oleh lelaki itu. Sudahnya, sepasang mata wanita itu mula berkaca. Tubuhnya menggigil ketakutan. Wajahnya masih lagi menghadap lantai. Silap dirinya, ini yang dia mahukan.

Membuat Tengku Eimran Eskandar marah akannya.

"Sekarang hanya kita berdua sahaja di sini. Sekarang, beritahu aku. Ini yang kau nak kan?" Soal Tengku Eimran dengan nada mendatar tetapi jelas di wajahnya tampak tegas dan tegang.

Urat-urat di dahi dan juga leher tersembul keluar dek menahan amarah yang kian membara dan menunggu masa sahaja untuk meletus.

Apabila melihat tiada tanda-tanda untuk seorang Deanna Aeris menjawab soalannya, Tengku Eimran mendengus sebelum Kedua-dua bahu wanita itu dipaut kemas supaya tidak menyakiti wanita itu.

"Aku takkan pukul kau. Biarpun kau tikam aku beribu kali... Aku takkan pukul kau. Aku bukan lelaki zalim, sayang..." Kata Tengku Eimran tetapi kini nadanya sudah mulai kedengaran lantunan lembutnya biarpun masih lagi kedengaran tegas.

Dia tahu isterinya seorang yang lembut. Jika dijentik sedikit, retak seribu. Dia tahu jika dia mahukan Deanna jujur dengannya, dia perlulah berlembut.

"Kenapa?"

"S-Saya tak boleh..." Deanna menolak lelaki itu jauh darinya. Tengku Eimran usah dikata, dia cukup terkejut dek tolakan itu.

"Awak anggap sajalah yang jodoh kita berdua hanya sampai di sini. Saya bukan seorang wanita yang baik. Ya, saya perempuan curang. Saya rasa lebih bahagia dengannya berbanding dengan awak. Saya boleh jadi diri sendiri apabila berada dekat dengannya berbanding berada di sisi awak. Saya muak! Saya bukannya seorang budak kecil yang harus dikawal setiap perbuatannya!"

Tengku Eimran geleng kepala tidak percaya. Matanya juga turut berkaca tatkala mendengar lontaran jawapan itu.

"Kau tipu aku..."

"AKU TAK TIPU!" Bentak Deanna mahu menafikannya dan tanpa sedar, dia telahpun menolak sebuah bingkai gambar perkahwinan mereka berdua sehingga jatuh ke lantai dan bersepai kacanya.

Naik turun dadanya menahan amarah yang entah tiba-tiba sahaja membuatjan dirinya juga berasa begitu marah sehingga... Buat pertama kali wanita itu meninggikan suara kepada lelaki itu sepanjang 2 tahun perkahwinan mereka.

"Aku..." Jari telunjuk ditunding ke dadanya sendiri yang turun naik.

"Aku penat Eimran... AKU PENAT! 2 TAHUN AKU DISISI KAU TAPI AKU TAK NAMPAK MANA BAHAGIA AKU! AKU DAH MACAM ORANG GILA KAT RUMAH NI!!" Deanna tepuk dadanya kuat.

"OH?! DENGAN DIA?! FARHAN? HE'S MUCH BETTER THAN YOU! HE LOVES ME MORE THAN YOU!"

"I DO LOVES YOU MORE THAN HIM, DEANNA! I DO! WITH ALL OF MY HEART, I WAS THE ONE WHO MARRIED TO YOU!!! I WAS THE ONE WHO CARED ABOUT YOU!! I WAS THE ONE WHO FELT LUCKY TO HAVE YOU!!! AND I'M NOT JUST WANT YOUR BODY BUT YOUR SOUL, DEANNA! I WANT YOU! I NEED YOU! NO ONE CAN LOVES ME THE WAY THAT YOU DID BEFORE THIS! NO ONE CAN-" Kata-kata lelaki itu bagaikan terputus. Dia berpaling ke arah lain. Dada bidangnya juga naik turun mahu menghabiskan perasaannya pada wanita itu. Dada bidangnya diurut dengan perlahan untuk menenangkan dirinya biarpun dadanya terasa sesak dan sakit dek kecewa.

Tengku Eimran juga turut mengalirkan air mata jantannya. Sungguh dia mahu mendakap tubuh wanita itu di saat ini tetapi dia tidak mampu. Isterinya mahu meninggalkan dirinya.

Begitu juga dengan Deanna. Dia cuba berlagak kuat tetapi sungguh dia juga sakit melihat lelaki itu mulai teresak perlahan sebegitu.

"N-No one c-can't call me by my name like the way y-you call me, Deanna..."Katanya dengan nada yang bergetar setelah kembali berpaling wajah ke arah wanita itu semula.

"You know how much I love your voice when you call me every time you see me... R-Right, sayang?

"It's feels like I'm home..."

"But you don't want to be my home anymore..." Kata lelaki itu dengan nada sedih dan kecewa. Air matanya yang mengalir hanya dibiarkan jatuh ke lantai.

Terasa kedua-dua lutut seakan lemah, Deanna terduduk di atas lantai. Kedua-dua telapak tangan di atas lantai bagi menahan tubuhnya. Biarpun begitu, air matanya juga turut mengalir deras seakan lelaki itu.

Dia tahu, dia sudah melakukan kesilapan besar.

"Aku dah tak nak seksa kau lagi..."

"Deanna Aeris Binti Adam..."

"Aku ceraikan kau dengan talak satu."
.
.
.
.
.

Ig:moonbeamlauv

Tengku Eimran Eskandar Where stories live. Discover now