Bab 2

82 13 3
                                    

     "SERIOUSLY Dean?! Aku tak nak lah!" Deanna menghentak kakinya berkali-kali tanda protes. Lantaklah jika pekerja lain nampak dia berperangai seperti itu.

Dean Adam mengeluh. Dia meraup wajahnya perlahan dengan kedua-dua tapak tangannya hingga ke belakang kepala. Pening lah dengan sifat degil adiknya. Jika ibu bapa mereka masih hidup sekarang ini, pasti Deanna takkan berperangai seperti ini.

"Just attend these blind dates. Kalau tak berkenan, just leave and attend another blind dates after that." Arah Dean dengan nada mendatar. Wajahnya masih lagi cuba untuk dineutralkan sebelum dia kembali menumpukan perhatian pada kertas kerjanya.

"Kalau masih tak berkenan juga sampai akhir?" Soal Deanna sambil berpeluk tubuh. Dia mahu mendapatkan kepastian dengan idea gila abangnya.

Mana tak gila?

Dean dah siapkan lebih daripada 10 calon kut semata untuk temu janji ini. Kebanyakkan calon berasal daripada golongan berada dan berpendidikan. Bukan itu saja, ada juga yang berasal daripada Itali, Indonesia, Jepun, Jerman dan juga UK.

Apa? Ingat Deanna nak buat world tour ke? Sampai kena naik flight untuk attend blind date yang abangnya sudah tetapkan.

Dean Adam meletakkan pennya semula do atas meja. Dia angkat wajah dan bersandar pada kerusi. Senyuman herot menghiasi wajah tampannya yang penuh maskulin sambil berpeluk tubuh.

"Then I'll choose it for you. Easy peasy lemon squeezy. Aku dah pilihkan and korang berdua akan terus kahwin."

"HECK NO!"

"Terpulang..." Jawab Dean dengan nada selamba tanpa menghiraukan wanita itu dihadapan meja kerjanya.

"Follow my plan or else, aku akan tarik semua elaun yang aku beri pada kau jika kau menolak pelan aku. So, kau akan bermula dari bawah dimana kau perlu cari rumah sendiri, kereta sendiri, duit sendiri. Oh! mungkin, kau boleh terus bekerja di sini sebab kau dah layak cumanya kau kena bermula dari bawah. Muktamad."

Naik gila Deanna dibuatnya! Ini Dean ke?! Abang kandungnya?! Sejak bila dah pandai nak main peras ugut ni?! No! Dia tidak boleh! Dia tidak boleh jatuh macam tu saja! Dia perlu buktikan kepada bekas suaminya yang dia tetap hidup kaya-raya tanpa duit lelaki itu tetapi dia pun tidak boleh terima pelan abangnya!

Lebih daripada 10 calon dan ia bermakna Deanna perlu menghadiri lebih daripada 10 tempat temu janji yang berbeza daerah, negeri dan juga negara! Memang matilah dia!

"Tengoklah macam mana! Beri aku masa untuk fikirkan idea gila kau ni!" Kata Deanna Aeris dengan nada sedikit meninggi sebelum keluar dari pejabat abangnya dan meluru ke arah lif.

Sepanjang perjalanan dia mahu keluar dari bangunan itu, ramai pekerja yang memerhatikan tingkah lakunya. Yalah, waktu masuk kerja belum habis, dah berambus awal. Ah! Lantaklah kalau dilabel ponteng kerja oleh para pekerja yang lain. Deanna kini sedang sakit hati. Bukan setakat hati tetapi sakit jiwa sekali!

..........

Kring!

     BUNYI lonceng dihujung pintu kafe yang berdekatan menyapa di gegendang telinganya. Langkahnya diatur menuju ke arah kaunter yang lengang dengan pelanggan. Bau bijian kopi yang dipanggang  menusuk rongga hidungnya. Ah! Itulah nikmat dunia. Bau itu sangat menenangkan paginya yang indah.

Sebab itulah Ku Eimran suka beli air kopi disini biarpun jarak kedai ini dan juga pejabat keluarga bekas isterinya tidak sampai 20 langkah kerana keistimewaan kedai ini ialah mereka menggunakan produk kopi hasil daripada tanaman mereka sendiri dan akan memanggang sendiri biji kopi mereka pada setiap hari.

Tengku Eimran Eskandar Where stories live. Discover now