Bab 3

56 14 0
                                    

     DEANNA AERIS tidak tahu sama ada keputusannya tepat atau tidak. Tapi apabila kenangkan permintaan abangnya, Deanna cuba berkenal-kenalan dahulu dengan lelaki yang Dean Adam sendiri tetapkan dalam temu janji ini.

Menepati cita rasa atau tidak, Deanna sendiri belum buat kata putus. Hampir 10 temu janji Deanna sudah lalui tetapi seorang pun tidak langsung menjentik hatinya. Semua yang dia jumpa, semuanya sama. Suka menggunakan ayat yang terlalu biasa buatnya.

"You cantik..."

"Kecantikan you mengalahkan semua wanita yang I pernah jumpa sebelum ni..."

"Mula-mula I tak nak, tapi selepas parents I bagitahu nama you, I terus nak join date ni..."

"Nampaknya kita berdua dari sekolah dan juga universiti yang sama, are we soulmate?"

"You're different from others. Nampaknya you bukan benda lain selain daripada takdir untuk I..."

Itulah ayat-ayat yang selalu mereka gunakan sebelum ini. Yang terakhir tu paling membuatkan Deanna meremang satu badan. Nak muntah pun ada.

Berbanding bekas suaminya sewaktu mereka mula berkenalan dulu, lelaki itu kurang menggunakan kata-kata manis malah dia lebih kepada act of services. Itulah yang berjaya memikat hati Deanna. Apabila mereka berdua sudah berkahwin, barulah Tengku Eimran pandai menggunakan. Kata-kata manis.

Tetapi sayangnya, itu dahulu. Sekarang mereka sudah asing. Lelaki itu juga bakal berkahwin dengan wanita pilihan mamanya.

Episod untuk mengaguminya dari jauh hampir tamat. Deanna perlu bersedia untuk mengikhlaskan lelaki itu pergi bersama wanita lain.

Berat tetapi kadangkala mengikhlaskan juga tanda kita mencintainya.

Kini, Deanna sedang menghadiri temu janjinya yang ke-11 dan pada masa yang sama juga, lelaki itu sudah berada di hadapannya.

"So Hans, you're a teacher? Which subjects?"  Soal Deanna sambil jari runcingnya menggerakkan straw di dalam cawan mengikut putaran jam.

"Geography..." Jawab lelaki berkaca mata itu ringkas.

Hans Hafiz, seorang guru subjek Geografi di sebuah sekolah menengah. Kendengaran biasa namun bapanya seorang Tan Sri yang juga merupakan kawan baik arwah bapa mereka. Jadi tidak hairanlah bagaimana abangnya tahu akan kewujudan lelaki itu.

Deanna meneliti lelaki itu.

Berkaca mata dan berbaju biru gelap bersama dengan seluar slack berwarna beige. Posture duduk lelaki itu yang tegak membuatkan tubuhnya terlihat sasa. Kulitnya berwarna tan. Hidungnya pula mancung ala-ala upturned nose. Gaya rambutnya ialah Middle Part Flow. Jambang tipis yang kemas menghiasi wajah tampannya membuatkan lelaki itu tampak maskulin dan kemas.

"I ingat you yang jadi penerus syarikat Tan Sri Ghaz..."

Hans geleng kepala tanda ' Tidak '.

"I tak minat hal syarikat. I lebih suka mengajar. Biarpun stres sedikit nak hadap 1001 perangai pelajar yang berbeza but that's even better daripada kena hadap 1001 orang tua yang berperangai hipokrit."

Deanna hanya angguk kepala tanda setuju akan penjelasan dari Hans Hafiz sebelum dia kembali tunduk merenung cawannya.

Kekok...

Dia bukanlah seorang yang peramah seperti abangnya. Di setiap perbualan, dia bukanlah seorang pemula, pasti orang lain yang akan menjadi pemula di dalam perbualan mereka.

Tanpa Deanna sedar, Hans masih lagi setia memerhatikan gerak-gerinya. Suasana menjadi kekok apabila wanita itu hanya membisu. Hanya mereka sahaja yang senyap manakala meja lain di dalam restoran itu riuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tengku Eimran Eskandar Where stories live. Discover now