Bunga, betul ke kau nak berhenti kerja?" Ujar Aurora selari memandang kearah Bunga. Mereka berdua duduk di ruangan temu sambli menonton television di siang hari.
"Yaa betul aku nak berhenti kerja.. tapi kau jangan risau.. sebab aku nak buka cafe!" Balas Bunga dengan teruja.
Akhirnya dia dapat juga menbuka sebuah cafe seperti yang di janjikan dengan seseorang itu.
"Congrats Bunga.. akhirnya termakbul juga impian kau dengan dia tu." Tutur Aurora yang turut gembira juga.
Bunga tersenyum kelat.
"Thank you Rora." Ucap Bunga tersenyum manis.
"Your welcome." Balas Aurora.
"Kau nak buka cafe dekat mana?"
Bunga mengusap dagunya sambil berfikir. lalu Bunga mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Hmm aku rasa kan baik kau buka dekat area dengan office, sebab kebanyakannya orang office ni selalu meeting dekat cafe.. macam dalam drama la." Cadangan dari Aurora. Kening dinaikkan ke atas untuk berapa kali. Ni mesti terlebih tengok drama haih..
Bunga mengangguk.
"Boleh juga tu.. nanti kau teman aku tau, cari tempat yang dekat dengan office." Ujar Bunga yang setuju dengan idea Aurora.
"Ok boleh je, nanti aku tolong kau cari kan pekerja sekali." Balas Aurora.
"Aww thanks Rora, kau memang bff aku yang paling terbaik."
"Aku tahu yang aku ni kawan kau yang terbaik, tak payah cakap pun aku tahu." Dengan berlagaknya Aurora berkata.
Tertawa Bunga dibuatnya lalu mengangguk betul.
"Eh cepatlah kau ni, kita keluar makan,aku lapar dah ni." Ujar Auroora lalu mengusap perut nya.
"Ish kau ni baru tadi kau makan kan, takkan dah lapar balik." Balas Bunga.
"Perut aku dah minta untuk diisi, nak buat macam mana beb."
"Hm yela yela kau ni." Bunga hanya geleng kepala. Kuat makan betul si Aurora ni baru tadi dia makan tak sampai 1jam dah lapar balik. Aduh bela saka ke apa dia ni?
Tersenyum terus Rora dibuatnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bunga, kau dah jumpa ke belum dengan laki tu." Tanya Aurora sambil mengaul nasi goreng nya.
"Laki mana." Jawab Bunga dengan riak bingung.
"Haih kau ni.. laki mana lagi kalau bukan si nerd tu." Kata Aurora. Coba untuk mengingatkan si Bunga.
"Ouhh, aku belum jumpa lagi.. susah la beb nak cari dia.. dah lah KL ni besar." Ujar Bunga muncung bibir ke depan.
Bunga sudah mencari lelaki itu di seluruh tempat yang dia dapat dan maklum dari kawan kawan sekolah dia dulu. Tapi tetap saja tak dapat jumpa sampai sekarang. Sejak Bunga balik dari perancis lagi, 3 tahun lalu. Puas Bunga mencari jejaka itu tapi masih tak ujung jumpa ke mana lelaki itu menghilang.
"Tak apa kita cari sama-sama, mesti ada tu kat mana-mana tu." Balas Airora seraya memegang tangan Bunga yang berada di atas meja makan itu.
Tersenyum Bunga dibuatnya lalu angguk.
Aurora merupakan kawan baik Bunga sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Aurora masih setia menjadi yang kawan baik untuk Bunga. Walaupun mereka pernah berpisah atas disebabkan Bunga terpaksa ikut ayah dengan ibu pergi ke luar negara atas urusan kerja di sana pada usia 14 tahun waktu itu.
Dua tahun sebelum Bunga berpindah ke luar negara. Dia berjumpa dengan kawan baru yang bernama Eider Wakeel. Laitu lelaki yang pandai dari segi pembelajaran dan jenis ulat buku. Akan tetapi lelaki itu di buli teruk oleh rakan sekelasnya dan lelaki itu hampir saja untuk mengakhiri hidup dia sendiri. Disebabkan tekanan yang dia alami. Sehingga membuatkan lelaki itu ingin mengakhiri hidup nya buat selama selamanya.
Dan saat itu Bunga menolong lelaki itu dengan berani walaupun ada perasaan takut waktu itu dan memberi kata-kata semangat kepada lelaki itu untuk teruskan kehidupan nya seperti orang lain.
Daripada situ Bunga bermula berkawan dengan Eider sekali dengan Aurora. Walaupun pada awalnya lelaki itu agak tak selesa dengan Bunga sebab Bunga muda dua ahun daripada dia atau sebab lain.
Bunga berumur 12 tahun manakala lelaki itu pula berumur 14 tahun. Aurora sebaya dengan Bunga.
Selepas berapa bulan kemudian lelaki itu berkenalan dengan Bunga akhirnya dia mula selesa dengan kehadiran Bunga. Sebab Bunga la hidup lelaki itu berubah dalam sekelip mata daripada gelap akhirnya menjadi sebuah cahaya dalam hidup lelaki itu.
Dan ya. Tak lama itu Bunga dapat tahu yang dia akan berpindah ke luar negara bersama dengan orang tuanya. Dan Eider sedih akan itu. Berpisah dengan orang kau yang mula selesa dan suka?
Hanya sementara sahaja mereka berkawan.
Mereka berdua berjanji akan bertemu semula bila dah besar nanti. Dan di tempat yang sama mereka akan berjuma semula. Dalam perjanjian tersebut lelaki itu ada kata nak buka sebuah cafe bersama dengan Bunga. Bunga setuju akan itu.
"Bunga, kau taknak makan ke." Tanya Airora sambil tunjuk ke arah makanan Bunga yang dari tadi tak tersentuh oleh Bunga.
Tersentak Bunga dari mengelamun lalu terus Bunga mengeleng kepala.
"Kau ambik la, aku tak ada selera makan pula." jawab Bunga lalu menghulur pinggang itu ke Aurora.
"Yeayy kenyang aku hari ni." kata Aurora sambil menyambut huluran itu lalu menyuapkan mee goreng itu ke dalam mulut nya.
Bunga yang melihat pun tertawa.
"Kau ni Rora, bukan kau tak ada duit pun nak beli semua ni.. kau kaya kot." Ujar Bunga ke Aurora.
"Yes i know..I am rich girl..tapi aku tak suka tunjuk yang aku ni kaya, kau tahu kan sebab apa." Balas Aurora lalu mengelap di tepi bibir nya menguna kain yang dah tersedia di situ.
Bunga mengangguk tahu.
Sebab pernah disakiti oleh orang yang dia sangat sayang.
Aurora pernah bercinta dengan seorang lelaki ni tapi hubungan mereka tak kekal lama disebabkan oleh lelaki itu. Hati Aurora hancur apabila mendapat tahu yang orang dia cinta selama ni hanya nakkan harta dia sahaja. Sebab itu Aurora tak lagi bercinta dengan mana-mana lelaki sebab dia dah serik dengan semua itu. Dan sekarang ni dia single mingle.
Nama dia Aurora tau.. tapi Bunga panggli Rora aje sebab senang nak sebut? Aurora pun senang.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.