CHAPTER 30

86 5 0
                                    

Wahh..tersenyum bahagia sampai ke telinga nampaknya kawan aku seorang ni.. macam mana dating semalam okey ke tak?" Ujar Qash.

Sebaik saja dia yang main terjah masuk ke dalam bilik office Eider. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

Qash dan Harzan sudah tentang hal itu kerana Eider memberi tahu kepada mereka berdua.

Eider yang sedang bekerja terus tersentak dengan suara Qash lantas panggung kepala ke arah pintu masuk lalu dia mengeleng kepala.

Tak nampak ke buta? Aku tengah buat kerja ni bila masa aku pula tersenyum nya. Getus Eider dalam hati.

Eider bingkas bangun dari duduknya lalu berjalan mendekati ke arah sofa yang ada di bilik office nya dan daratkan punggung nya di sofa satu itu. Manakala Qash pula yang jenis tak tahu malu sudahpun duduk di sofa dua tanpa dipelawa oleh Eider

"Harzan mana?" Tanya Eider.
Cuba mengalihkan topik dan tidak menjawab langsung soalan dari Qash tadi.

"Pandai erk kau alihkan topik." Qash menjeling mata ke arah Eider.

Eider buat rolls eyes.

"Aku tanya kau Harzan mana?"

"Mana la aku tahu, mungkin kejap lagi datang lah tu."

"Ni aku nak tanya kau lagi sekali, macam mana dating semalam okey ke tak." Soal Qash yang sama.

"Dating apanya kitorang tak bercinta pun.. kitorang keluar jalan-jalan je sebagai kawan, faham." Jawab Eider tenang. Perkataan kawan dikuatkan sedikit.

"Memang la korang tak bercinta, tapi kau suka Bunga kan." Seloroh Qash kening diangkat ke atas untuk berapa kali.

"Kalau ya pun aku suka dengan Bunga, ada masalah ke?"

"Tak ada masalah pun.. cuma tak ada ke sesi perluahan perasaan ke semalam?" Korek Qash. Macam tahu-tahu aje.

Jeda.

"Qash, apa kau nak jawab kalau tiba-tiba dia cakap kat kau yang kau suka dengan dia tak?" Serius muka Eider ketika ini.

"Bunga tanya kau macam tu ke?" Qash tersenyum bila Eider angguk mengeyakan.

"Kalau aku suka aku jujur jela, kalau aku tak suka pun aku kena cakap juga supaya dia tak letak harapan tinggi sangat, sebab kalau kau diam tak tahu nak jawab apa itukan menbuatkan dia fikir yang kau suka dengan dia.. sedangkan kau tak suka atau boleh jadi lain."

"Contoh macam kau ni, kau suka kan dengan Bunga tapi kenapa kau langsung tak jawab soal Bunga semalam."

"Aku pun tak tahu kenapa aku tak jawab soal Bunga semalam." Rambut diraup ke belakang.

Qash geleng kepala.

"Bunga tanya soal macam tu sebab dia suka dengan kau..takkan kau tak nampak semua tu? Kau orang sama suka tapi tak nak mengaku, tak faham aku dengan kau orang ni." Dengan penuh geram Qash berbicara.

"Lek lah kau ni.. dah Bunga pun tiba-tiba je tanya soal macam tu, aku nak cakap..tapi mulut ni macam ada gam." Kata Eider sambil tunjuk ke bibirnya.

Qash berdecit kecil. Alasan!

"Borak apa macam rancak je?" Tanya Harzan yang berdiri sambli menyandarkan tubuhnya di pintu serta tangan berpeluk di dada.

Dengan serta merta kepala Eider dan Qash terus berpaling ke arah pintu masuk itu.

"Yang ni lagi seorang kalau ya pun nak bercakap ketuk la dulu pintu tu." Gumam Qash perlahan. Namun dapat didengari oleh Eider dan Harzan.

"Kata kat orang.. kau pun sama, tak ketuk pintu juga tadi masuk." Sindir Eider dengan jelingan tajam.

WE MEET AGAIN | ©️Where stories live. Discover now