SPECIAL CHAPTER |

73 7 2
                                    

DAUN pintu dikuak daripada dalam. Eider melangkah masuk ke rumah sambil membawa beberapa plastik beg ditangannya. Barang tersebut di letakkan diatas meja makan sebelum menuju ke arah si isteri dan si anak.

Terlihat isterinya dan puterinya sedang lena tertidur di atas sofa sambil berpelukan. Eider mengbongkokkan badannya sebelum duduk bercangkung di depan muka mereka. Tangan lelaki itu mengusap kepala sang isteri lalu jatuhkan ciuman di dahi isterinya sebelum bibirnya melekuk dengan senyuman nipis.

Eider mengeluarkan suara mengeluh panjang saat menatap wajah sang isteri yang terlihat sangat keletihan. Rasa bersalah? Ya itu yang dirasa oleh Eider kerana sejak kebelakangan ini dia terlampau sibuk dengan kerjanya sampai dia mengabaikan sejenak tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga. Namun isterinya tidak pernah berkata apa-apa sedangkan dia dapat melihat sang isterinya juga kelelahan dengan perkerjaan rumah, menguruskan anak mereka dan menguruskan dirinya juga.

Terasa ada yang menganggu lenanya. Bunga langsung mencelikkan kelopak matanya dan wajah si suami menjadi hiasan di kornea matanya lalu dia menghadiahkan senyuman lebar pada suaminya. Bunga mengelus pipi sang suami yang terlihat penat. Lama mereka sebegitu tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Dah lama ke abang balik?" suara Bunga menghidupkan suasana yang hening itu.

Eider geleng kepalanya.

"Abang baru sampai, lepastu abang nampak sayang dengan Ersya tidur kat sini. Tak sampai hati nak kejutkan, sayang mesti penat kan." ujar Eider panjang seraya mengusap belakang tubuh si kecil yang berada diatas tubuh si isterinya.

"Saya okey lah, abang tu yang penat. Kesian suami kite." rambut Eider yang masih rapi kini jadi berserabai
apabila Bunga bertindak mengusap kasar pada rambutnya. Tak apa lah, lagipun dia mahu mandi sekejap lagi.

"Ersya okey tak hari ni? Ada nakal tak?"

Bunga ingin baru membalas pertanyaan dari sang suami namun si kecli pula sudah terbangun dari tidurnya. Bunga bangkit dari pembaringan sambil mendukung si kecli itu.

"Baba awak dah balik." ujar Bunga pada anaknya seraya memalingkan tubuh si kecli itu menghadap ke Eider. Namun hanya muka cemberut yang ditayang oleh si kecli itu. Dengan pipi tembamnya. Eii geram nak gigit aje rasanya.

Si kecli itu langsung berpaling muka ke arah lain sambli menyilangkan tangan
gemuknya ke dada. Nak majuk dengan baba dia! Bunga mengemam bibirnya menahan tertawa saat melihat reaksi anaknya itu. Bunga memberi isyarat mata pada Eider untuk menujuk anak gadisnya.

Kali ini Ersya merajuk teruk dengan baba nya kerana babanya cakap haritu ingin mahu membawa dia pergi jalan-jalan ke teman hari ini. Tapi last-last tak jadi! Babanya selalu tidak menepati janjinya, kerana itu Ersya merajuk dan tak nak bercakap langsung dengan babanya.

Rasanya ikut mamanya, kuat merajuk.

"Ersya, tak nak peluk baba ke?" ujar Eider lembut sambil memain dengan jari-
jemari tembam si kecil. Diusap penuh kasih sayang.

Ersya diam. Posisi dia pun tetap sama. Tidak ubah. Fuh merajuk teruk kali ni.

"Sayang, esok apa kata kita keluar jalan-jalan?" ujar Eider pada isterinya. Matanya mengerling ke sang puterinya yang diam-diam menjeling ke arahnya. Saat mendengar ujaran nya tadi.

Eider tahu lah bagaimana ingin menujuk anak perempuan dia ini. Jikalau mama Ersya pun dia mampu pujuk apatah lagi dengan anak gadisnya ini.

Berlagaknya.

"Dekat mana?" balas Bunga dengan nada seakan-akan teruja pabila mendengarnya. Tubuh si kecil diangkat lalu diletakkan ke sebelahnya dan buat seperti mengabaikan si kecil itu.

WE MEET AGAIN | ©️Where stories live. Discover now