(2)

2 0 0
                                    

ROYAL'S Bukafe merupakan nama kafe yang Uddin miliki. Dia seorang yang gemar akan buku, jadi konsep kafenya ini seperti sebuah mini perpustakaan. Pelanggan yang datang boleh membaca buku yang tersusun di rak. Mereka juga boleh menyumbang buku jika mereka mahu.

Kafe ini memiliki tiga tingkat. Tingkat bawah memiliki ruang untuk para penyanyi jalanan membuat persembahan. Tingkat dua lebih kepada suasana yang lebih santai dan tenang. Tingkat paling atas pula tidak memiliki bumbung, jadi pelanggan boleh melihat permandangan bandar Kuala Lumpur.

Di luar sedang hujan renyai. Uddin sedang membancuh air kopi untuk dirinya. Terdengar loceng berdecing, menandakan ada pelanggan yang datang. Sempat Uddin memandang pelanggan itu. Seorang wanita dengan tudung bawal. Terlihat bajunya basah dek hujan.

Pekerja kafe datang dan menyapa wanita itu dengan ramah. "Ya cik, nak order apa?"

"Latte satu dengan set roti bakar."

Setelah membuat pesanan, wanita itu mengambil tempat di sebelah jendela kaca. Uddin sudah menyiapkan minumannya. Entah mengapa dia masih memandang wanita itu. Cantik, desis hatinya. Perlahan-lahan dia bawa air kopi yang dibancuh tadi ke bibir.

Uddin melihat Tan, pekerjanya yang sedang menyediakan pesanan pelanggan tadi.

"Tan... Nanti biar saya yang hantar minuman tu."

Tan hanya mengangguk. "Baik, bos."

Setelah selesai, Uddin membawa minuman itu ke arah pelanggannya. Sempat Uddin melihat wajah wanita itu dengan lebih jelas. Memang cantik... Monolognya.

"Ini pesanan, cik." Uddin masih berlagak profesional. Tidak mungkin dia menunjukkan rasa keterujaan itu di wajahnya

"Terima kasih..."

"Sama-sama, kasih."

Uddin lantas berlalu. Hatinya seakan bergetar. Jodoh? Uddin mula geleng kepala. Mungkin selama ini memang salahnya. Mudah jatuh hati. Jadi dia harus tutup hatinya ketat-ketat.


‍🧍‍♂️🧍‍♂️🧍‍♂️


BEN masih berada di klinik. Beberapa minit lagi dia akan mula menutup klinik miliknya. Sementara itu, dia berbual-bual dengan rakannya, Yassin. Lelaki itu sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak. Ben seringkali bertemu dengan anak-anak Yassin. Ben semestinya mahu memiliki keluarga seperti Yassin, namun kenangan pedih di masa lalu seringkali menghantuinya.

Masih teringat siang tadi... Soalan yang ditanyakan Yassin.

"Kau bila nak kahwin?"

Ben hanya tersenyum. Dia tahu soalan itu hanyalah satu gurauan.

"Biarlah aku membujang sampai tua." Lirih suara Ben ketika menjawab soalan itu.

"Aku doakan kau cepat bertemu jodoh ya..."

Ben hanya mampu geleng kepala. Dia segera berkemas sebelum kliniknya ditutup.


🧍‍♂️🧍‍♂️🧍‍♂️


Setelah sampai di rumah, Ben ditegur oleh jiran sebelah.

"Baru balik?" soal Makcik Zainab.

"Ya, makcik. Tak tidur lagi?" Ben melemparkan senyuman.

"Baru nak tidur ni."

Makcik Zainab memiliki seorang anak wanita yang masih belum kahwin. Pernah juga wanita itu bergurau dengannya, "Nak kahwin dengan anak makcik?"

Ben juga tidak kalah berseloroh, "Boleh je. Hantar saja rombongan meminang."

"Saya masuk dulu ya, selamat malam, makcik..."

"Ya, yelah..."

Ben mula membersihkan diri. Dia tidak langsung tidur. Gemar dia menonton Youtube di waktu malam begini. Kadang-kadang dengar ceramah agama, juga video motivasi. Sesekali matanya melihat tajuk video Youtube tersebut: Doa Cepat Dapat Jodoh.

Eh, macam perli saja.

Tetapi tanpa sedar, Ben klik juga video itu.

Cerpen: Tiga JejakaWhere stories live. Discover now