Tiga Jejaka (1)

3 0 0
                                    

2015

INI kisah tiga jejaka yang sudah lanjut usia. Usia mereka sudah mahu berangka 30, namun masih belum juga berkahwin. Ben atau nama penuhnya Benjamin Shah, merupakan seorang doktor veterinar. Dia ada klinik sendiri di Cyberjaya. Berumur 29.

Tengku Naim Kamaluddin, atau lebih ramah dikenali dengan nama Uddin. Seorang chef dan memiliki kafe sendiri di Kuala Lumpur. Uddin sebaya dengan Ben.

Paling muda di antara mereka, Hilman Ilham. Umurnya baru 27 tahun. Kerjayanya pula adalah sebagai pensyarah yang mengajar di sebuah universiti swasta di Shah Alam.

Ben dan Uddin sebenarnya sudah serik bila bercakap tentang jodoh. Mereka berdua bukan tak pernah ada pasangan tetapi tidak pernah berjaya kekal.

Ben sudah tiga kali putus cinta.

Uddin lagi teruk, sudah dua kali putus tunang.

Ilham pula lain ceritanya, sebab dia tidak pernah bercinta, lagikan pula bertunang. Macam manalah nak bercinta⸺Ilham sudah trauma bila dengar kisah sahabatnya itu. Ben dan Uddin bukanlah tiada rupa, malah sudah bekerjaya. Tetapi entah mengapa masih ada wanita yang tidak mampu menghargai hati mereka berdua yang tulus itu.

Ilham juga tahu akan sifat workaholic kedua rakannya itu, tetapi bukankah perkara itu juga untuk pasangan dan hari mendatang?

"Perempuan semua sama saja. Katanya orang laki tak layanlah, kaki perempuanlah, buaya daratlah. Mereka pun dua kali lima," ujar Ben penuh rasa geram.

"Aku sokong. Jadi biarlah kami jadi teruna tua sampai bila-bila." Sayu pula dengar kata-kata dari Uddin.

Ilham terdiam. Dia mahu kahwin, tapi takut. Setakat ini, dia sudah ada crush dengan seorang wanita. Disebabkan kata-kata rakannya, Ilham cepat-cepat buang perasaan itu.

"Tapi mak aku dah suruh kahwin. Macam mana tu?" soal Ilham, penuh runsing. Ibunya memang bersungguh-sungguh mahu hajatnya tercapai. Nak dapat cucu, sebelum pergi meninggalkan dunia katanya. Ayat klise mak-mak begitulah.

"Ikut sajalah kata mak kau tu. Nanti tengoklah macam mana. Aku fahamlah sifat mak-mak ni." Ben cicip kopi panasnya.

Uddin mengangguk. "Mungkin nasib kami kurang baik. Nasib kau, kami tak tahu. Doa-doalah dapat jodoh yang setia." Dalam hati Uddin juga berharap dia mendapat seorang wanita yang setia. Haihh... Nasib badan.

Ilham hanya mengangguk. Mereka mula memikirkan kehidupan mereka selepas ini.

Cerpen: Tiga JejakaWhere stories live. Discover now