Laman Cenderawasih.
HARI bersejarah untuk Uddin jatuh pada tarikh 15/5/2015. Suasana begitu meriah. Uddin dan pasangannya begitu sepadan bersanding di pelamin.
Ben dan Ilham membiarkan sahabat baiknya itu menikmati saat-saat indah ini. Sementara mereka sedang menikmati hidangan yang disediakan. Bila lagi dapat merasa nasi minyak orang kahwin?
Ketika Ilham menikmati kuih karipap. Seorang wanita menghampirinya. Dia agak terkejut mengapa kehadirannya boleh ada di majlis ini. Siapa yang jemput?
"Assalamualaikum, Ilham," sapa Hani bersama senyuman. "Apa khabar, Ben?" sambungnya pula, dituju ke arah Ben yang tekun dengan telefonnya.
Ben memandang ke arah yang menyapanya. "Khabar baik, kau pun datang ke sini? Siapa jemput?" soal Ben.
Hani tersenyum.
"Pengantin perempuan tu sepupu aku."
Kenyataan yang keluar mulut Hani membuat Ben dan Ilham tergangga. Kecil betul dunia ini sehinggakan tidak disangka bahawa Hani adalah sepupu kepada Sofia.
"Kecil betul dunia ni," ujar Ben.
"Betul. Siapa sangka, kadang-kadang tu jodoh ada je depan mata." Sekilas itu Hani memandang Ilham yang sejak dari tadi diam.
Ben berdehem untuk meredakan suasana. "Aku nak pergi tandas. Korang berbual-bual lah." Ben kenyet mata pada Ilham yang terlihat mahu mencekiknya. Setelah Ben berlalu, Hani mengambil tempat di sebelah Ilham.
"Saya tak ada buat salah pada awak, kan?" soal Hani.
"Tak."
"Jadi kenapa awak mendiamkan diri. Mesej saya pun awak dah tak balas."
Ilham bungkam. Entah kenapa dia merasa bahawa hatinya tidak berlaku jujur kepada diri sendiri. Dia mengeluh. Mungkin sudah tiba masanya dia mengatakan perkara yang sebenar. Mengapa pertemanan yang dulu pernah akrab, kini telah merengang dan semakin menjauh.
"Sebab saya ingat awak ada orang lain..."
"Dengan siapa?"
"Awak tak ingat?"
Hani mengeleng. Entah siapa seseorang yang dimaksudkan.
"Tahun lepas... Dekat airport."
"Oh... Maksud awak, Malik? Itu sepupu saya. Eh, kejap, awak ada dekat sana? Kenapa?"
"Sebenarnya saya nak jemput awak. Saya tahu kedatangan saya waktu itu tanpa pemberitahuan awak terlebih dahulu. Sebab saya... Nak buat kejutan."
Hani gelak kecil.
"Awak dah salah faham ni. Dia cuma sepupu saya. Jadi sebab inilah awak mendiam diri?"
Ilham telan air liur. "Ya."
"Haih... Awak ni."
Perbualan mereka terhenti ketika Ben datang untuk menjemput Ilham untuk sesi bergambar bersama pasangan pengantin.