(4)

2 0 0
                                    

Royal's Bukafe.

"MARLIA dah kahwin..." Ben menunjukkan foto bekas kekasihnya yang kini sudah berkahwin dengan lelaki pilihan hati. Uddin tersengeh. Kental sungguh hati sahabat baiknya itu. Ketika khabar itu diberitahu, Uddin langsung tak rasa apa-apa. Mungkin dah tak peduli, atau hatinya sudah mati untuk perempuan yang dulunya pernah menjadi ratu di hati. Dikenang buat sakit hati, jadi Uddin padam semua kenangan tentang Marlia dalam ingatannya.

"Elok sangat ke jodoh dia tu?" soal Uddin.

"Bolehlah. Doktor juga..."

"Ohhh..."

Ilham hanya mengeleng. Dia mencicip kopi latte yang dipesannya.

"Mak aku dah suruh aku kahwin cepat ni. Umur dah semakin meningkat. Tak sabar nak dapat cucu, katanya." Ben meluah. Sayu nadanya. Bukan dia tidak mahu ikut kehendak ibunya, tetapi hatinya sudah serik untuk hadap masalah cinta dan jodoh ni.

"Kalau dah libatkan kehendak keluarga ni, aku tak mahu masuk campurlah. Terserak kau nak pilih." Uddin juga senasib. Faham sangat dengan keadaan sahabatnya itu. Bila melibatkan kehendak keluarga, bukan tidak mahu akur, tetapi hati masih sakit dan terluka.

Ben dan Uddin memandang Ilham. Jejaka yang seorang ini masih tidak bercakap sepatah pun dari tadi.

"Kau okey tak Ilham?" soal Ben. Uddin memandang Ilham, menanti jawapan.

"Okey je."

"Dah tu kenapa diam je?" soal Uddin pula.

Ilham tarik nafas, kemudian lepas. Fikirannya sedikit terganggu sejak dari petang tadi. Kerana ada seorang wanita memberi pesanan ringkas kepadanya. Ilham kenal wanita itu.

"Ingat Hani?"

Uddin dan Ben mengangguk, tanda mereka kenal siapa yang Ilham maksudkan.

"Hah, kenal. Kenapa dengan dia?" soal Uddin.

"Dia ada ajak aku jumpa."

"Lepas tu kau jumpa dia tak?" soal Ben pula.

"Tak." Jawapan Ilham membuatkan dua rakan itu berpandangan sesama sendiri.

"Asal?"

"Segan."

Ketawa besar Uddin dan Ben. Aneh betul perangai Ilham ni.

"Oh, lupa. Dulu dia crush kau, kan?" Soalan Ben tidak dijawab oleh Ilham. Tetapi memang apa yang dikatakan itu benar. Memang dulu Ilham pernah tersuka dengan Hani.

"Tunggu apa lagi, bro? Jodoh dah sampai. Kira okeylah kalau pihak perempuan mulakan langkah pertama."

"Aku tak rasa benda tu yang Hani nak cakap," bidas Ilham.

"Dah tu, lama menyepi. Tiba-tiba munculkan diri. Aku rasa dia masih single. Kau pun single..."

Ilham hanya diam membisu.

Cerpen: Tiga JejakaWhere stories live. Discover now