PROJEK 35

103 16 33
                                    

"Ahhh?!!" Blaze menjunam ke dalam lubang lahar itu setelah Ais tidak sengaja terlepaskan dia tetapi dirinya terselamat apabila Gempa berjaya menangkap dia.

Mereka semua merentap tangan masing-masing antara satu sama lain membuat seperti rantai manusia.

"Grahh!!" Beberapa jeritan daripada raksasa-raksasa mutasi itu menarik perhatian mereka apabila sesetengah daripada raksasa-raksasa itu terjatuh dan terbakar di dalam lahar itu.

"So.. Solar! Bertahan, jangan sesekali lepaskan kami!" jerit Ais.

"A.. Aku tengah cuba bertahanlah ni!" jerit Solar, giginya diketapkan dan dia cuba sedaya-upaya untuk menarik kawan-kawannya itu.

"Aku tak boleh biarkan mereka mati dalam masa yang sama! Aku kena tarik! Tarik!" Solar menarik tangan Gopal sekuat mungkin membuatkan mereka terangkat sedikit demi sedikit.

"Oh, kita sudah naik sikit! Tarik lagi, Solar!" jerit Gopal.

SHING!

Tiba-tiba bilah sabit muncul di leher Solar membuatkan Solar berhenti menarik dan melirik ke sisinya.

"Solar?! Kenapa kau berhenti tarik?!" soal Gopal.

"Sepertinya ada beberapa ekor tikus sedang terdesak untuk selamatkan diri mereka," kata sosok yang berdiri di belakang Solar.

"Huh?! Nanti, suara itu!" Blaze mencelah, dia mengenali nada suara itu.

"Helo, Blaze. Aku tak sangka kau boleh kena culik dengan dorang ni," kata sosok itu, Beliung.

"Ma..Macam mana kau boleh datang sini?!" soal Ais.

"Kau fikir aku bodoh sangat ke? Aku akan cari korang walaupun ke lubang cacing!" Beliung memegang tangan Solar yang masih memegang tangan Gopal.

"A... Apa kau." Solar memandang ke arah Beliung.

"Apa kata kau lepaskan mereka sahaja? Sia-sia sahaja mereka hidup sekarang ini," bisik Beliung sambil dia satu per satu melepaskan jari Solar daripada Gopal.

"Ti..Tidak! Nanti! Aku tak nak mati! Aku tak nak!" jerit Gopal dalam ketakutan.

Solar menghayunkan pedangnya ke arah Beliung dan Beliung melibas sabitnya dengan pantas menyebabkan Solar terlepaskan pedangnya.

"Ugh?!"

Beliung terus menendang Solar menyebabkan Solar terlepaskan tangan Gopal.

"Ahhhh?!!" Mereka semua menjerit ketakutan dikala badan mereka menjunam laju ke arah lahar.

"Beliung, kau tak guna!" jerit Blaze.

"Jaring akar!" jerit Rimba lalu beberapa akar muncul di bawah mereka, menangkap mereka menggunakan jaring akar.

"Hu.. Huh?!" Solar terkejut dan terus merangkak ke arah hujung lantai, dia menghela nafas lega kerana kawan-kawannya selamat.

"Kau bernasib baik yang aku dan Rimba selamatkan mereka pada masa yang tepat. Sekarang, serahkan diri korang semua!" kata Beliung dengan tegas.

[PROJEK PRIMORDIAL]

Gari dipasang satu per satu pada Solar, Gempa, Ais, Yaya, Ying dan Gopal setelah mereka berjaya keluar daripada perangkap maze tersebut.

"Kau tak guna, Beliung! Kau buat aku takut sahaja!" marah Blaze.

"Hahahaha! Maaf, maaf. Aku tak mahu rosakkan rancangan aku," kata Beliung.

"Hmph! Yalah tu.... Nanti, macam mana kuasa Rimba boleh diaktifkan di dalam ni?" kata Blaze apabila dia tersedar sesuatu.

"Oh, ini tempatnya Rimba. Dia pasti tahu nak matikan sistem anti-primordial itu," balas Beliung.

[C]PROJEK PRIMORDIAL [BBB Elemental Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now