3 tahun yang lalu,Isaac menuruni tangga rumahnya dengan hati yang gembira kerana sebentar lagi dia akan berjumpa dengan buah hati nya, Ivy Sandra.
Ivy Sandra wanita yang telah berjaya membuatkan Isaac jatuh cinta kepadanya.
Dalam perjalanan ke rumah teman wanita nya. Isaac berhenti sebentar di kedai coffe yang selalu dituju setiap hari.
Sedang dia leka menunggu pesanan siap. Seorang kanak-kanak perempuan yang comel sedang memeluk kaki nya.
"Ucuuu, Wina indu ucu"
"Wina sayang, tu bukan ucu lah. Sorry ye Encik anak buah saya ni kalau boleh semua orang dia nak panggil ucu"
Wanita itu meminta maaf lalu mendukung anak buah dia.
Isaac tersenyum dan mencuit pipi kanak-kanak itu.
"Tak apa, budak kecil kan aku faham" Ujar nya. Isaac tersenyum melihat telatah budak kecil itu selepas dia mencuit pipi yang bulat itu.
Bukan main suka ye Wina, Uncle handsome cuit dia.
Isaac meminta diri kerana air yang dipesan tadi sudah siap lalu dia menuju ke kereta BMW M4 CS untuk berjumpa buah hati nya.
Excited nya nak jumpa sayang kita.
Isaac sudah sampai tetapi dia ternampak seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari rumah Ivy.
Isaac berbaik sangka, mungkin saudara lelaki dia. Sambil menunggu Ivy bersiap dia melihat ke tab nya untuk melihat tentang perkembangan syarikat.
Pintu kereta di bahagian penumpang dibuka dan terserlah muka yang dirindui nya.
Isaac mengusap pipi Ivy dan tersengih seperti kerang busuk.
"Hi sayang, you look so gorgeous today" Ujar Isaac kepada Ivy. Tidak pernah tak cantik buah hati dia ni.
"I know biy, harini you cuti kan kita pergi shopping boleh ? I nak beli baju baru lah biy. I dah takde baju nak pakai" Adu Ivy ke Isaac.
"Anything for you sayang, kita beli semua ye" Isaac mengucup tangan buah hati nya dengan kasih sayang.
Dia tidak pernah berkira dengan Ivy. Walaupun barang itu mahal sekali pun dia sanggup asalkan teman wanita nya happy.
Ivy berasa sangat teruja kerana dia akan mengikis semua duit laki ni.
___________________________________
Sudah 4 bulan Isaac tidak bersua muka dengan buah hati dia kerana Ivy bekerja sebagai pramugari.
Dia rindu akan wanita itu.
Isaac membuat keputusan untuk memberikan kejutan kepada Ivy. Mesti Ivy akan suka.
Semasa dalam perjalanan, Isaac ternampak sebuah kedai bunga. Tanpa berfikir panjang dia terus menuju ke kedai itu.
Sedang dia tekun melihat bunga yang ingin dipilih. Seorang wanita telah terlanggar dia.
"Eh Dara, kau okay tak ?" soal kawan nya.
"Aduhh, macam langgar dinding. Sakit nya dahi aku" Ujar Dara. Dara bingkas bangun lalu dia memandang lelaki dihadapan dia.
"Ehh awak !! Kita terserempak lagi dekat sini ye" Ujar Dara dengan nada yang teruja.
"Err, aku kenal kau ke ?" Soalnya. Isaac memandang wanita itu dengan wajah yang keliru. Siapa perempuan ini ?
"Dara kau kenal ke mamat ni wei ?" Khairin menyoal dengan bingung. Dah kenapa kawan dia ni. Kalau salah orang malu dibuatnya nanti.
"Ingat tak aku pernah cerita dekat kau yang si Wina tiba tiba peluk sorang lelaki ni dekat kedai coffe tu, ha ni lahh mamat tu" Ujar Dara ke Khairin.
Dara memandang ke arah Isaac.
"Awak kerja kedai ni ke ?" Soal Dara ke jejaka itu. Dara memandang atas bawah. Tengok gaya macam bukan. Takkan lah kerja kedai bunga. Badan tegap gini mustahil lah.
"Ada nampak macam aku ni pekerja kedai ni ke ? Aku datang sebab nak beli bunga lah" Ujar Isaac dengan nada yang geram. Boleh pula dia kata aku ni pekerja kedai bunga.
Isaac memilih bunga Rose lalu pergi meninggalkan dua orang wanita itu.
"Aku salah cakap ke Rin. Tapi kan aku rasa aku tercrush dekat dia lah wei, Dari first kitaorang jumpa pun aku asyik teringat dia je" Ujar Dara sambil melihat pemergian jejaka itu.
Selepas apa yang terjadi di kedai coffe itu, tipu lah dia kata dia tidak terpesona dengan kekacakan lelaki itu.
"Dah lah Dara, takpayah nak mengarut ye. kau kata nak beli bunga kan. Cepat sikit aku lapar ni" Ujarnya. Khairin menarik lengan Dara kerana dia sangat lapar. Kalau nak tunggu si Dara ni sampai ke esok dia tidak makan.
___________________________________
Setelah sampai di rumah Ivy. Dia merasa agak pelik kerana ada sebuah kereta dihadapan rumah itu.
"Ni bukan kereta sebelum ni ke ?" Gumam nya. Isaac masih ingat kereta ini.
Isaac terdengar bunyi pagar dari rumah Ivy terbuka menandakan akan ada orang keluar dari rumah itu.
Ivy dan lelaki itu tidak sedar akan kehadiran Isaac disitu.
"Sayang~ , awalnya you nak balik" Ivy memeluk lengan lelaki itu.
"Baby, i dah dekat sini seminggu dah. Mommy i asyik tanya je kenapa tak balik rumah" Ujar Amirul kepada Ivy. Dia mengusap pipi wanita itu lalu mengucup tangan wanita simpanan nya.
Isaac memandang dengan hati yang panas. Rahang nya bergerak-gerak menahan geram di dada kerana melihat adegan tak diduga ini.
Ivy seakan tersedar kehadiran Isaac di hadapan pagar rumah nya dengan sejambak bunga di tangan nya lalu dia melepaskan rangkulan dari lengan laki tadi dan menuju ke Isaac.
"B-biy, you buat apa d-dekat sini. Kenapa tak bagitahu i pun nak datang rumah" Ivy sudah berasa gugup. Dia mahu memeluk Isaac tetapi dihalang.
Isaac menolak badan Ivy dari terus mendekat ke diri nya. Perasaan benci terhadap perempuan di hadapan nya ini semakin membuak-buak seakan tiada apa apa yang berlaku.
"Kau kata kau ada flight Ivy, 4 bulan aku tunggu kau. Aku percaya semua yang kau kata kau kerja Ivy. Kenapa kau tipu aku ?" Soalnya berbaur nada kecewa dan sedih. Panggilan nama sudah bertukar menandakan dia sungguh kecewa akan wanita ini.
Tanpa Isaac sedar setitik butir air jernih jatuh membasahi pipi nya.
"I boleh explain biy, dia kawan i je biy. Please percaya i" Dia tidak boleh kehilangan lelaki ini. Kalau tak siapa yang akan belikan dia barang mahal lepasni.
"Aku kecewa dengan kau, tak cukup ke dengan apa yang aku bagi kau selama ni ? Apa kau nak semua aku ikutkan. Aku sayang kau, aku percaya kan kau. Tapi kenapa ka buat aku macam ni Ivy" Terlepas bunga ditangan nya.
Isaac masuk ke dalam kereta nya dan memecut dengan laju dari situ.
Dia tekad tidak akan jatuh cinta lagi dengan mana-mana perempuan lain. Semua itu tipu. Dia bodoh kerana percayakan kata-kata Ivy. Disebabkan ini dia tidak mahu percaya kan perempuan.
Kejadian ini mengubah diri nya. Isaac sering membawa motor ataupun kereta dengan had kelajuan yang maksimum.
YOU ARE READING
𝑯𝒆𝒓 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝑺𝒂𝒗𝒊𝒐𝒖𝒓 || 𝑶𝒈
Romance[ My first story ] Isaac Daniel - seorang jejaka yang beku dan ego mempunyai rupa paras yang mampu membuatkan mana mana gadis yang melihatnya akan jatuh cinta. Dara Aqisya - gadis jelita yang periang dan baik hati tetapi sebaliknya tiada siapa yang...