Bab 1

119 12 1
                                    


"Woii Isaac, dah habis waktu kerja ni jom balik. Kita pergi makan sekali tapi kau yang belanja kitaorang berdua" Ujar Qa'id lalu duduk disofa.

"Haihh bala dah sampai, kau ni asyik makan je kan. Ingat aku ni banker ke ?" jawab Isaac. Isaac berdiri dan memakai blazer nya lalu keluar dari office

"ISAAC !! tunggu lah kitaorang, sampai hati kau tinggalkan kawan-kawan kau yang kacak lagikan hot ni" teriak Qa'id. Tak sempat nak panas sofa tu dia duduk dah kena bangun.

Syakir memandang Qa'id dengan pandangan yang menjengkelkan dan menepuk belakangnya. Dia pun sama je perangai tapi takdelah macam ni sekali.

"Kau ni boleh slow kan sikit suara tu boleh tak Qa'id, malu lah aku" Tegas Syakir mengetapkan gigi nya menandakan dia amat geram.

Isaac buat tidak endah je dua orang terencat tu. Makin dilayan makin menjadi.

"Aku nak pergi makan, korang lambat masuk dalam kereta aku tinggalkan je dekat sini" dia berlalu ke dalam kereta nya.

__________________________________

"Dara !!" Puan Dhia memanggil anak bongsu perempuannya dari luar pintu bilik.

Lama betul bersiap anak dara sorang ni. Apa yang dibuat dalam bilik tu pun tak tahu lah.

Puan Dhia memasuki bilik Dara.

"Ya allah Dara, kamu belum siap lagi ke adik kamu dah tunggu dekat bawah tu" Puan Dhia menggeleng kepala melihat kerenah Dara ni.

Tidak heran lah jika Dara sebegini. Kerana dia masa muda pun sama saje.

"Mama 5 minit je lagi, tinggal pakai perfume je ni. Adik tu pun satu pergi siap awal kenapa" Ujar Dara dengan geram.

Geram je dengan adik dia tu. Dah tahu kakaknya ni bersiap mengalahkan tuan puteri kenapa bersiap awal dari nya.

Tunggu lah kau dalam kereta tu. Padan muka.

"Okay ma, dah siap nii" Dara memeluk lengan Puan Dhia dan menuju ke bawah.

"Hati-hati keluar ye, cakap dengan adik kamu tu bawa kereta tu elok-elok" Ujar Puan Dhia kepada Dara.

Anak bujangnya tu bukan boleh percaya. Dapat kereta asyik hilang sahaja.

"Baik mama, kalau dia bawa laju akak hempuk je guna beg ni, dah lah akak belum kahwin lagi heheh" Ujar Dara sambil salam tangan Puan Dhia.

Puan Dhia menampar lembut lengan anak nya.

"Amboi gatal ye kamu ni, bagitahu papa baru tahu. Mama suruh papa kahwinkan kamu dengan kawan anak dia nak ke Dara ?" tutur Puan Dhia.

Bukan dia tak tahu anak kawan-kawan suaminya tu berkenan dengan si Dara. Ada saja suaminya beritahu tentang ini.

"Ishh mama ni ke situ pula dia. Akak saja je, nak gerak ni mama duduk rumah hati-hati ye. Bye Assalamualaikum" Dia tidak suka bila mama nya cakap pasal ni. Kalau boleh nak lari aje.

Dara masuk ke dalam kereta dengan muka yang cemberut.

"Kenapa kak, muka tu masam je" Aysar mengusap lembut kepala kakak nya. Aysar dapat mengagak mesti mama ada menyebut tentang anak kawan papa ni.

𝑯𝒆𝒓 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝑺𝒂𝒗𝒊𝒐𝒖𝒓   ||  𝑶𝒈Where stories live. Discover now