Bab 3

93 10 1
                                    


Dara dan Khairin sedang bersiap-siap untuk aktiviti yang telah dibincang semalam manakala Aysar sedang menunggu di lobi.

"Dara kita pakai warna matching nak ?" soal Khairin. Matching-matching baru comel.

"Okay juga, kita pakai dress lah. Kau bawa kan dress yang kita beli haritu ?" ujar Dara. Dia mengeluarkan dress dari almari.

Dara memakai dress berwarna soft pink yang bercorak bunga-bunga kecil dan shawl berwarna putih.

Setelah siap semuanya mereka turun ke lobi untuk mengisi perut dahulu.

"Aysar lepas tengok biri-biri, aku nak pergi Lavender Garden tau" ujar Khairin kepada Aysar.

Dia sekadar mengangguk sahaja.

Dara masih sibuk dengan cameranya, time macam ni lah kau taknak hidup ye.

Aysar memandang kakaknya disebelah. Khusyuk betul dengan camera dia tu.

"Akak boleh tak tu ? kalau takboleh biar je dulu nanti dah sampai sana Aysar tengokkan" ujar Aysar. Kesian melihat kakaknya struggle nak hidupkan camera tu.

"Dara, kalau camera tu takboleh hidup kau guna aku punya je nanti" tutur Khairin.

Dara masih sibuk dengan cameranya.

"HAA BOLEH PUN !!" teriak Dara. Setelah berapa minit dia menggodeh camera ni, akhirnya hidup juga.

Terkejut Aysar dan Khairin mendengar jeritan Dara. Tak padan dengan badan kecil tetapi suara nyaring.

__________________________________

"MUHAMMAD QA'ID QAISER BIN KHALIL GIBRAN!! CEPAT SIKIT BERSIAP !!" teriak Isaac dari bawah.

Bersiap mengalahkan perempuan lah dia ni. Lambat betul.

Syakir menggeleng kepala mendengar bebelan Isaac, nasib lah dia sudah bersiap awal walaupun bangun lambat kalau tak habis dia kena bebel juga.

Kalau dah start membebel sampai kesudah tak habis.

"Ye ye dah siap ni, jangan lah marah lagi. Bangun lambat sikit je" ujar Qa'id.

Dia bukannya sengaja bangun lambat tapi Syakir yang mengajaknya main game tengah malam. Mana tak nya dia bangun lambat.

Semua salah Syakir kalau tahu dia tidak akan setuju ! Tak memasal dia yang kena drive harini, baru nak jadi passanger prince.

Mereka sudah sampai ke destinasi. The Sheep Sanctuary. Orang yang paling teruja semestinya Qa'id Qaiser.

"Kir bawa tak power bank aku dekat atas meja tadi ?" soal Qa'id.

Dia sudah meminta tolong Syakir untuk mengambilkan power banknya diatas meja makan.

"Aikk mana aku tahu power bank kau, buat apa suruh aku pula" jawabnya. Power bank dia kita pula kena bawakkan.

Banyak handsome muka kau.

"Kau ni-" Tidak sempat Qa'id menghabiskan ayatnya Isaac sudah memotong percakapannya.

"Bergaduh lah korang sebelum aku jual korang suruh bekerja dekat sini bersihkan biri-biri tu" ujar Isaac dengan nada tegas bersama ugutan.

Dekat mana-mana lah nak bergaduh dua orang ni. Dia yang stress nak melayan kerenah Qa'id dan Syakir.

Masing-masing mendiamkan diri, takut woo kalau Isaac dah warning macam gitu.

"Okayy ! Jom tengok biri-biri !!" teriak Qa'id. Dia sudah kehadapan meninggalkan Isaac dan Syakir.

"QA'ID !! TUNGGU LAH AKU WOII !!! QA'ID !!" jerit Syakir.

Kalau bawa balik agak-agak Isaac bagi tak.

𝑯𝒆𝒓 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝑺𝒂𝒗𝒊𝒐𝒖𝒓   ||  𝑶𝒈Where stories live. Discover now