Kotak-kotak yang berisi beberapa barang milik Rina diangkut masuk ke dalam kereta Velfire hitam milik Faleq. Bagasi besar turut dibawa masuk ke dalam but kereta lalu menutup pintu but rapat. Manakala Taufiq dan Ragus pula sudah bersedia di dalam kereta, duduk di bahagian hadapan.
Sebelum pintu bilik ditutup, dia mengamit kenangan ke segenap kawasan bahkan di ruang tamu juga dia tuai semula segala memori yang dia cipta bersama anak-anak buah Faleq. Walaupun masanya begitu singkat tapi pada dia semua itu amat bermakna. Paling istimewa di dapur. Tempat di mana dia meluahkan segala yang terbuku di hati kepada Faleq. Bukan itu saja, buat biskut kali pertama dengan Ragus juga dia simpan di dalam karung ingatan. Dia harap suatu hari nanti dia dapat berjumpa dengan mereka lagi.
"Kau betul nak pindah? Aku...tak kesah kalau kau nak duduk sini sampai bila-bila. Kalau jadi isteri aku sekali pun tak apa." Kata Faleq cuma ayat terakhir itu sahaja dia perlahankan suara. Cukup telinganya sahaja yang mendengar.
"Betul, saya nak pindah. Saya tak nak susahkan sesiapa lagi walaupun saya tahu awak memang tak kesah. Ada jodoh, bolehlah kita berjumpa lagi." Ujar Rina dan mengukir senyuman. Walaupun hatinya terasa berat untuk pergi.
"Kalau macam tu...aku tak boleh nak halang kau. Satu lagi, aku ada benda nak bagi kat kau." Kedua-dua tangan yang dari tadi berada di belakang dibawa ke hadapan dan memberikan sekotak telefon canggih dan mewah ke bawah mata perempuan itu.
"Telefon?"
"Ya. Aku tahu kau belum sempat nak beli jadi aku belikan telefon ni sebagai hadiah untuk kau. Semuanya aku dah set tinggal untuk masukkan nombor kawan-kawan kau. Sim card pun dah ada." Ujar Faleq.
Kotak telefon itu sekarang bertukar tangan. Penutup kotak diangkat lalu mengeluarkan ia dari sarung plastik. Menghidupkan telefon berjenama mewah itu.
"Buat susah-susah aje awak belikan telefon mahal ni. Terima kasih banyak-banyak." Ucapnya. Senyuman tidak lagi lekang. Gembira kerana dapat hadiah telefon mahal daripada Faleq. Dia sendiri pun rasa serba salah jika mahu beli telefon yang agak mahal daripada harga pasaran lain.
"Lagi satu, cuba kau tekan nombor satu kat dail tu."
"Nombor satu?"
"Haah. Tekan dan call."
Rina akur dengan arahan itu walaupun dia belum mengerti kenapa Faleq suruh berbuat sedemikian dan muncul satu nama superhero di atas skrin.
Gegaran yang Faleq rasakan di dalam poket seluarnya dia keluarkan lalu menunjukkan skrin telefonnya yang tersimpan nama Heart di hadapan Rina.
"Heart?" Soal Rina lagi.
Dia mengangguk dan menundukkan wajahnya seketika walhal dia sedang tersenyum sendiri seperti kera busuk apabila Rina membaca perkataan itu tanpa tahu motif dia dan kepada siapa dia tujukan sebenarnya.
"Ini nombor kau. Jadi bila kau tekan nombor satu, itu bermakna kau tengah call aku." Terangnya.
"Ouh....faham. Jadinya superhero ni pula nombor awaklah? Tapi kenapa superhero?"
"Sebab aku penyelamat kau. Apa pun keadaan kau, pastikan kau call aku dulu. Aku akan datang dan selamatkan kau macam seorang adiwira." Ujarnya dengan nada lembut.
Rina turut tersenyum lebar. Terasa diri ini istimewa bagi Faleq walaupun dia sebenarnya juga tidak pasti lagi dengan rasa ini.
"Dah, pergilah masuk kereta. Aku akan jaga kau dari jauh. Dan... aku akan tetap menunggu kau. Selalu." Tutur lelaki itu bernada romantis. Makin berbunga-bungalah hati Rina mendengar ayat manis yang keluar daripada mulut Faleq. Tak sangka Faleq merupakan seorang lelaki yang pandai bermain dengan kata-kata. Faleq hanya memerhatikan mereka dari atas balkoni keluar daripada perkarangan rumah besar Faleq. Ada beberapa hal yang hendak dia uruskan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romansa"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...