BAB 1

144 36 12
                                    

Langit biru yang terbentang di netra ambernya dipandang kagum, "Subhanallah, cantiknya ciptaan Tuhan." Dingin pagi yang dirasai memberikan ketenangan buat dirinya.

Udara pagi disedut kemudian tongkat basikal di angkat, "Ummi! Kakak pergi sekolah dulu tau."

"Iyalah hati-hati!"

Kaki sudahpun terletak di atas pedal basikal sebelum memulakan kayuhan sambil mulut terkumat-kamit membaca doa.

'Welcome the new beginning with the first ray of the sun, the morning gives us another opportunity to take steps towards our dreams. Permudahkan segala urusanku pada hari ini dan semoga perkara yang berlaku hari ini lebih baik dari yang kelmarin. Aamiin," desis hati kecil milik Layla Sofiya.

Dalam perjalanan pergi ke sekolah sempat juga dia menyapa jiran-jiran tetangganya yang sudah pun melakukan aktiviti pagi mereka. Ada yang mula mencabut rumput, melakukan senaman pagi, menyapu sampah dan lain-lain lagi. Harus dia katakan suasana pagi indah dan nyaman ini membuatkan anginnya bertambah baik.

Namun semua itu hanya sementara kerana ada seorang figura melintasi dihadapannya secara tiba-tiba membuatkan dia terpaksa melakukan brek mengejut. Bekas tayar yang tertinggal di atas tar menunjukkan betapa kerasnya dia menekan brek tadi. Fuh! Kus semangat.

"Aduh! Baru saja mood aku nak happy tiba-tiba kena bala pula," gerutunya perlahan. Walaupun tadi dia sempat kehilangan keseimbangan tapi dengan lincah dia mengawalnya kembali. Kalau tidak mesti sudah berlaku kemalangan diantara dia dengan gerangan tersebut.

"Sorry sorry aku tak sengaja," ucap suara itu dengan nada khawatir.

Layla mengerutkan keningnya. Macam kenal suara itu. Dia mengangkat wajahnya lalu mata bulatnya terkebil-kebil memandang gerangan tersebut. Wow! Entah patut dia rasa bersyukur ataupun marah sekarang ini kerana orang itu adalah crushnya!

Layla meneguk air liurnya. "Kau rupanya Zay. Haishh mujur aku sempat break tau kalau tak masuk ICU kita dua"

Jenaka itu dibuat tidak peduli. Wajahnya tetap saja memaparkan riak kerisauan, "Sorry sorry. Kau okay tak?" Zayyad Naufal berjalan mendekati Layla memerhatinya atas bawah mencari kalau-kalau ada sebarang kecelakaan menimpa rakannya itu.

"Okay je. Bukannya aku jatuh pun," Layla membetulkan sedikit buku yang berada didalam raga basikalnya. Bibir cuba untuk tidak mengonyak senyuman. Siapa saja kalau tak suka kalau crush ambil kisah tentang diri kita, bukan?

"Alhamdulillah. Nasib baik. Kalau tak apalah aku nak jawab dekat parents kau nanti."

"Awal hari ini kau pergi kelas."

"Saja, ada assignments yang tak siap lagi"

"Kau selalu buat kerja last minutes selepas itu nanti tak pasal-pasal aku kena stay back dengan kau. Konon-konon teman buat kerja padahal aku pula yang kena buat kerja kau hmmpphh," rungut Layla lalu mula mengayuhkan basikal meninggalkan Zayyad di belakang.

"Eh! Tunggulah aku. Apa salahnya, bolehlah kau kaji siap-siap bahan belajar untuk budak-budak STPM. Kau patut bersyukur tau dalam umur kau enam belas tahun ni kau dah tahu cara nak study untuk STPM nanti. Tak lah kau terkapai-kapai kalau time umur lapan belas tahun nanti," ujar Zayyad sambil berlari kecil mengejar Layla. Mujur Layla hanya berkayuh perlahan kalau tidak semput dia ditengah jalan.

"Banyaklah kau! SPM pun aku tak sampai lagi ni nak lonjak ke STPM pula. Kau ingat form four tak banyak kerja?" bentak Layla bersama jelingan tajam. Zayyad sengih tak bersalah.

"Zay" Zayyad berdehem pelan.

"Lepas STPM kau sambung degree pulakah?" Zayyad mengedip pelan namun tidak lama dia mengangguk pelan.

"Inn Syaa Allah kalau ada rezeki aku sambung. Tapi kalau rezeki aku dekat kerja maybe aku akan kerja dulu then baru sambung study," terang Zayyad tenang. Dia pun tidak tahu dengan masa depannya oleh itu dia cuma berserah segalanya sahaja kepada yang Maha Esa.

"Faham," jawab Layla singkat.

"Asal kau tanya?"




SAMBUNGAN BOLEH DAPATKAN DIDALAM EBOOK 

PERMULAAN KISAH KITA (EBOOK ONESHOT) ll COMPLETED✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang