Hari persekolahan beransur tamat. Kini ramai pelajar mula menunggu ketibaan keluarga mereka untuk menjemput pulang di pintu pagar sekolah dan walkway.
Layla pula masih menunggu ketibaan seseorang di tempat letak basikal. Dirasakan lama dia mula menuntun basikal itu ke luar pagar sekolah. Belum sempat dia berjalan terlebih jauh seseorang memanggilnya dari belakang.
"Layla!"
Orang ramai yang turut terpaling dihiraukannya. 'Aku panggil Layla, bukannya panggil korang,' getus suara hati kecil miliknya.
"Sorry lambat, cikgu lepas lewat tadi," jelas Zayyad tanpa disuruh. Dirinya yang tercungap-cungap dipandang risau.
"Tak apa. Mana beg kau?" Dipandang tubuh Zayyad kiri kanan mencari dimana terletaknya beg galas lelaki itu.
"Itulah aku datang beritahu kau ni. Cikgu aku nak buat kelas tambahan, dia beritahu last minute dekat kita orang tadi. So, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat balik dengan kau." Terangguk-angguk kepala Layla.
"Kalau macam itu tak apalah. Belajar rajin-rajin ya bosskur"
"Kau tak marah?" Layla terdiam sejenak. Wajahnya bingung menatap wajah kacak Zayyad yang berdiri menjulang dihadapannya.
"Kenapa nak marah?" Soalnya kembali.
"Sebab aku tak dapat temankan kau balik" Zayyad memasang ekspresi takut. Takut akan membuat gadis kecil ini kecewa.
Layla mengulum senyum. Kaki siap sedia di atas pedal basikal dan tangan cekap memegang handle. "Pfftt... kau ingat aku ni budak-budak ker? Small matter sajalah. Lagipun aku faham, exam kan dah nak dekat. Lebih baik kau fokuskan pelajaran kau tu dulu sebab benda itu lagi penting sekarang ini"
Zayyad terdiam. Dia mengedip pelan dengan netra hazelnya menatap terus pada riak manis gadis tersebut.
"Dahlah, aku pergi dulu. Panas ni. Balik nanti hati-hati," pesannya lalu pergi meninggalkan Zayyad tanpa menunggu balasan dari jejaka muda itu.
Tak semena bibir itu mengoyak senyuman penuh bahagia. Kaki yang terasa lembik tiba-tiba membuatkan dia terus tersandar lemah pada tiang garaj itu. Kepala menunduk buat seketika lalu didongakkan kembali. Mulut ditekup kuat untuk tidak melakukan sebarang jeritan.
"Haish cukup! Jangan blushing lagi!" Ujarnya sendirian. Kepala ditoleh kiri dan kanan. Mujur tiada siapa yang melihatnya. Tangan cuba mengibas muka yang terasa panas. Setelah berasa lega dia terus menapak ke arah kelasnya. Semasa berjalan kakinya menendang batu kerikil sambil bernyanyi kecil.
Dilihat pintu kelas sudahpun dekat, dia berdehem dan mengawal wajahnya menjadi datar semula. Tetapi apakan daya, semuanya dusta apabila otak kembali bermain pita rakaman yang membuatkan hatinya kembali berbunga.
"Relax Zayyad relax. Asal seronok sangat ni?" Pipi ditampar perlahan dengan alasan untuk menyedarkan diri dari dunia angan-angannya.
Nafas dihembus lalu langkah diambil dengan tenang. Beriak seperti tiada apa yang berlaku.
SAMBUNGAN BOLEH DAPATKAN DIDALAM EBOOK
KAMU SEDANG MEMBACA
PERMULAAN KISAH KITA (EBOOK ONESHOT) ll COMPLETED✅️
Teen FictionPERMULAAN KISAH KITA (EBOOK ONESHOT) UNDER SG PUBLICATION Kisah mengenai dua sahabat yang memiliki perasaan yang sama namun lebih memilih untuk memendamkannya terlebih dahulu kerana bagi mereka ini bukanlah waktu yang sesuai. Ini adalah masa untuk m...