1

8 1 0
                                    

Pada pagi yang damai, dimana burung sedang berkecau pada waktu pagi. Ada seorang wanita yang sedang berdandan cantik untuk ke universitinya. Hanya mengenakan baju kurang yang berwarna pink dan tudung bawal yang dihiasi bunga. Setelah wanita tu siap berdandan, dia turun ke bawah untuk bersarapan dengan familynya.

"Selamat pagi ibuu!!" Sapa si anak yang bernama Dina Umaira dengan ibunya yang bernama Khadijah. Ibunya yang sedang duduk di meja makan sambil menghirup air panas yang dibuatnya

"Selamat pagi jugak anak ibu yang cantik" Puji si ibu. Ikhlas.

"Ibu je ke yang disapanya. Ayah tak ke kamu sapa juga?"

Tanya si ayah yang bernama Dato Al-Amir. Seorang lelaki yang berkerjaya dengan kerja nya.

Dina yang mendengar si ayah mengomel sebegitu, ada ketawa halus yang dibuat oleh si gadis.

"Hehehe, selamat pagi juga ayah!!"

"Tak payah lah, dah terlambat pun. Tak nak kawan dah dengan Ana. Asyik ibu je yang disapa. Ayah mesti nombor dua yang disapa. Tak nak kawan lagi.

Ucap si ayah dengan nama panggilan yang diberi oleh keluarganya iaitu 'Ana'. Merajuk dengan Dina sebab Dina tak menyapa dia dahulu.

"Uish, kamu ni, merajuk pula. Pagi-pagi dah merajuk dengan anak. Tak baik tau merajuk dengan anak." Ucap si ibu pula. Memujuk Dato Al-Amir untuk tidak merajuk dengan Dina.

Si anak hanya mampu ketawa halus.
 
"Ye lah, nanti esok Ana sapa ayah dulu baru ibu. Tak payah lah nak merajuk bagai si ayah pun, dah macam budak kecil."

Kata si anak untuk memujuk si ayah nyang merajuk dengannya sambil membuka langkah untuk pergi ke meja makan untuk bersarapan. Sarapan pagi tu hanyalah roti bakar yang disalut dengan jem strawberry sahaja.

Dina menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya untuk duduk. Dia mengambil roti strawberry lalu meletakkan ke atas pinggan. Dia menadah tangan untuk membaca doa.

Selesai sahaja dia membaca doa makan, dia terus nengambil balik roti yang diletakkan di atas pinggan lalu dia makan.

"Ana, tadi solat subuh, solat tak?" Tanya Khadijah untuk memastikan bahawa Dina solat ke tidak.

"Tak ibu, hari ni bulan mengembang." Jawab si anak lalu menyuap balik rotinya.

Khadijah hanya mengganguk dengan jawapan si anak.

"Cepat sikit makannya. Nanti terlambat nak class pagi." Kata Dato Al-Amir untuk mengingati si anak untuk tidak terlambat pergi ke kelas paginya.

"Ye ayah. Class pagi ni lambat sikit, lecturer ada hal kat luar." Jawab Dina dengan selamba.

Dato Al-Amir hanya mengganguk dengan jawapan Dina.

Setelah Dina makan sarapannya, dia membuka langkah untuk pergi ke ibunya untuk menyalam si ibu dan ayahnya sebelum pergi ke universitinya.

Dina pun salam tangan ibunya dan dia pun mengambil kunci kereta Myvi miliknya. Start sahaja keretanya, dia pun pergi meninggalkan rumahnya dan pergi ke universitinya seperti biasa.

•Her prince•Where stories live. Discover now