6

1 0 0
                                    

5.00 PM, Cafe Kucing

"Dina.. jomlah balik, aku dah bosan ni.." Kata Ariqah apabila sudah 3 jam dia membuang masa di cafe favourite Dina. Dari pukul 2 lagi sudah ada di cafe ni. Daritadi juga, dia menghadap laptopnya yang berjenama Lenovo. Menyiapkan assignment dari lecture lain.

"Kejap, aku tengah nak lukis ni. lagi 10 minit siap ah lukisan ni." Kata Dina apabila kawannya memujuknya balik. Asal tujuan Dina nak ke cafe adalah untuk melukis kucing yang berbaka british short hair. Ni kerja Dina apabila dia ada masa lapang. Kalau dia balik rumah, tiada siapa dirumahnya kerana kedua ibu bapanya kerja. Nak siapkan assignment, assignmentnya sudah pun siap.

Ariqah yang mendengar perkataan "10 minit" yang keluar dari mulut Dina, terus dia menutup laptopnya lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya. Dia hanya mampu menunggu kawan baiknya menyiapkan lukisannya.

Setelah 10 minit, Dina terus mengemas barang-barangnya ke dalam tote bag yang dibawanya. Selesai sahaja mengemas barang-barangnya, terus dia mengambil kunci keretanya.

"Riqah, jom g-" Terhenti gerakannya apabila melihat kawannya sudah pun tidur. Kepalanya hanya beralaskan beg galasnya yang berisi laptopnya.

Rasa serbasalah mula menghantui perasaan Dina apabila melihat kawan baiknya sudah tidur sambil menunggunya.
Kenapa aku buat dia menunggu aku? Ya Allah, hambamu berasa serbasalah terhadap sahabatnya sendiri dengan kelakuannya sendiri.

Perlahan-lahan, tangan Dina menyentuh belakang badan Ariqah.

"Riqah, bangun, kita balik rumah."

"Hmmm,kau dah habis lukis ke?" Jawab Aqirah apabila dikejut oleh Dina.

Ariqah terus merengangkan badannya apabila badannya terasa lenguh selepas tidurnya

"Dah, aku dah siap lukis, jom balik, letih sangat kau sampai tertidur sini, sorry tau sebab kau kena tunggu aku. Sorry sangat-sangat doh." Kata Dina. Meminta maaf berkali-kali kerana dia rasa sangat serbasalah dengan kawannya baiknya.

"Eh kau. Macam tak biasa kau ni. Dah, jangan rasa serbasalah sangat Dina. Aku yang nak sangat ikut kau masa kita kat universiti tadi. Patutnya aku yang minta maaf, mana tahu kau nak healing seorang lepas itu, aku yang kacau kau." Kata Ariqah sebegitu. Dia cakap begitu supaya Dina tidak berasa serbasalah

Dina hanya senyum nipis. Dina pun bangun dari tempat duduknya lalu mengorak langkah ke pintu utama kafe. Sebegitu juga dengan Ariqah.

Sampai saja di kereta myvi kepunyaan Dina, mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Dina terus  menghidupkan enjin keretanya lalu keretanya bergerak untuk meninggalkan tempat yang dikunjungi.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua masih selesa untuk berdiam diri.

"Kau sebenarnya still rasa serbasalah an"Kata Ariqah apabila mereka berdua terlama berdiam diri.

Dina hanya berdiam diri. Membiarkan pertanyaan Ariqah berlalu seperti angin.

Ariqah hanya diam. Tidak mahu memaksa kawannya untuk berucap.

Setelah 30 minit perjalanan, akhirnya Ariqah sudah sampai di hadapan rumahnya.

"Terima kasih Dina hantar aku balik. Aku appreciate sangat-sangat. Nak aku bayar tak duit minyak?"

"Sama-sama Riqah, tak payah lah bayar ah. Aku ikhlas. Lagipun lama kau tunggu aku tadi" Kata Dina sambil tersenyum nipis.

"Dina. Jangan rasa serbasalah. Aku tahu kau still rasa serbasalah. Dina, jangan rasa serbasalah sebab aku tertidur je. Jangan pikir yang bukan-bukan. Mesti kau pikir yang kau menyusahkan aku an sebab aku terpaksa tunggu kau kan. Sepatutnya aku yang rasa serbasalah Dina. Aku dah lah tumpang kereta kau macam orang tak tahu malu. Ingat kata aku Dina, jangan rasa serbasalah terhadap perkara yang kau tak buat salah. Benda itu cuma akan menambah beban kat diri kita. Ingat kata-kata tadi itu Dina" Kata Ariqah panjang lebar untuk menyakinkan kepada Dina bahawa dia tak membuat salah
apa-apa terhadap Ariqah.

Setelah itu, Ariqah terus membuka langkah untuk memasuki ke dalam rumahnya. Ariqah melambaikan tangannya terhadap Dina lalu masuk ke dalam rumah.

Di situ, Dina masih tersenyum nipis. Selepas dia melihat kawannya masuk ke dalam rumah, baru dia bergerak untuk meninggalkan kawasan perumahan Ariqah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

•Her prince•Where stories live. Discover now