Di universiti, Dina terus masuk ke dalam class. Di dewan kuliah tu sudah terdapat banyak student yang sedang menunggu lecture untuk subjek Kimia.
Dina meliarkan matanya untuk mencari kawan baiknya iaitu Ariqah Balqis. Sedang dia mencari kawan baiknya, bahunya ditepuk. Dina padang ke belakang untuk mencari tahu siapa orang yang tepuk bahunya tadi. Dan orangnya ialah Ariqah Balqis, kawan baiknya sendiri.
"Lah, aku ingatkan kau dah masuk, rupanya sempat kau beli ayam gunting eh riqah" kata Dina sambil melihat lawan baiknya sedang menyuap ayam gunting ke dalam mulutnya
"Dah lapar sangat. Kau pun lambat datang, dari aku tunggu kau, baik aku beli makanan kejap. Nah, air teh lemon ais untuk kau. Kau kan suka minum air ni." Jawab Ariqah sambil menghulurkan air tin teh lemon ais. Air kegemaran Dina.
"Wahh, thank belikan untuk aku. Jom masuk, penat asyik berdiri kat pintu masuk ni. Nasib baik tak ada orang nak masuk, kalau tak mahu kita berdua kena maki dengan orang yang nak masuk."
"Hmm, tempat duduk kita belakang sekali. Aku pilih tempat tu supaya bolehlah aku nak makan ayam gunting ni, lepas tu, boleh aku tidur kejap. Lagipun lecture kita pun tak kisah pun kalau kita tidur kelas dia." Ucap Ariqah.
Kata-kata Ariqah membuat Dina menepuk dahinya sendiri dengan perangai kawan baiknya yang suka tidur di kelas Kimia. Tapi bila exam, markah dia yang paling tinggi. Dina pun tak tahu macam mana kawan baiknya boleh mendapat markah tinggi untuk subjek Kimia. Yelah, dalam dorm pun dia tak study apa-apa pasal subjek ni. Tahu-tahu dah dapat markah tinggi dalam subjek Kimia.
Mereka berdua pun membuka langkah untuk pergi ke tempat duduk mereka berdua.
Sudah 10 minit berlalu sejak kelas bermula tapi lecture belum sampai lagi. Lecture subjek Kimia mereka ialah Mrs Aida. Tak akan lah kelas ni cancel?
Kan?Dina pandang ke arah cermin. Dia melihat betapa indahnya langit pada pagi itu. Mahu bercakap dengan Ariqah, Ariqah dah masuk ke dalam alam mimpi dah.
Handphone Dina berbunyi. Dia memandang ke arah handphonenya lalu dia melihat siapa yang message.
Rupa-rupa group kelas untuk subjek Kimia. Dia menekan ikon telegram lalu melihat apa yang disend oleh Mrs Aida.
MRS AIDA
"Class hari ini saya cancel sebab nenek saya meninggal dunia pada pukul 7 pagi tadi. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang sudah berada di dalam dewan kuliah. Dan saya harap awak semua sedekah Al- Fatihah untuk nenek saya""Allahuakbar.."
Dina segera menandahkan tangannya untuk membaca Al-Fatihah kepada arwah nenek Mrs Aida.
"Riqah bangun, class hari ni cancel sebab nenek Mrs Aida meninggal dunia. Bangun. Kita masuk dorm."
Lembut sahaja Dina menbangunkan kawan baiknya yang sedang lena.Ariqah bangun dari lenanya. Dia memandang Dina dan Ariqah terkejut apabila melihat Dina sedang menitiskan air matanya.
"Dina? Kenapa ni? Kenapa kau menangis? Kau ok tak?" Laju sahaja Ariqah menanyakan soalan bertubi-tubi kepada kawan baiknya.
"Tak, aku okay je. Aku nangis ni sebab nenek Mrs Aida meninggal. Aku just terpikir macam mana kehidupan aku bila ibu dan ayah aku meninggal dunia."
Ariqah terus memeluk Dina. Erat pelukan itu.
"Na, please jangan menangis dan jangan cakap macam tu. Setiap percakapan kita adalah doa Na."
Dina hanya membalas pelukan Ariqah. Dia terharu dengan perangai kawan baiknya yang pedulu dengannya. Walaupun perangai kawannya agak malas tapi sikap baik hatinya dan sikapnya yang suka peduli dengan orang membuatkan Dina sangat terharu dengan sikap Ariqah
"Dah-dah lah tu, lap air mata kau, tak suka tau kau nangis depan aku." Tangan Ariqah naik ke mata Dina untuk lap air mata Dina.
Dina hanya tersenyum melihat tingkah laku kawan baiknya.
YOU ARE READING
•Her prince•
RomanceIngin menghadapi kenyataan yang pahit bukanlah sesuatu yang boleh dihadapi oleh Dina Umaira yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga tersayang. Setelah Dina Umaira kehilangan ahli keluarga yang tersayang,dia mula terpesong ke arah jalan yang salah...