Bahagian 14

1.7K 21 1
                                    

Manakala seorang lagi mengintai ke bahagian dalam bengkel bagi mencari apa-apa yang boleh dipakainya bagi menutup tubuhnya yang bogel.

"Batu-bata..." jawabku ringkas.

"Tapi ni dah ada rumah?" tanya seorang lagi.

"Rumah kayu tu tak begitu membantu bila mula musim sejuk nanti," jawabku.

Mereka berdua serentak bertanya, "hah? Ada musim sejuk?"

Nasibku agak baik kerana parasit itu tidak mampu hidup di dalam cuaca yang sejuk. Di dalam masa yang sama juga, aku menghadapi kesukaran untuk kekal panas sewaktu musim sejuk.

Mereka berdua kemudiannya masing-masing terkejut dan tergamam sebaik melihat aku membukakan apron dan secara tidak langsung telah mendedahkan zakarku. Seterusnya aku terus sahaja menyarungkan baju perisai yang diperbuat daripada kulit sejenis kayu di hutan.

"Mana encik dapat apron ni?" tanya salah seorang.

"Memang ada dalam bengkel tu. Korang jangan salah faham ingat aku yang buat semua ni. Kalau aku buat semua ni, dah lama aku buat alat yang boleh buat pakaian atau benang," jawabku dengan panjang lebar.

Untung mereka boleh bertanya soalan tanpa henti. Sedangkan aku dahulu hanya boleh bertanya lima soalan sahaja.

"Oh ya, terima kasih sebab tolong kami...nama saya Aimi, kawan saya ni Shikin. Nama encik apa?" tanya gadis berambut panjang sambil mengenalkan diri.

"Aku Rykarl..." jawabku sambil mengemaskan baju perisai yang sedang kupakai.

"Hah...Rykarl pernah sekolah kat Klang dulu, kan?" tanya Shikin.

"Ya, betul. Eh, awak ni Shikin kelas sains tiga ke?"

"Betullah tu! Eh, dia ni budak pandai...dulu dapat pergi NYU," dia memberitahu kawannya.

Sambil tersenyum aku memberitahu mereka berdua, "kalau korang nak buat rumah, buatlah kat sana. Kalau nak tumpang rumah aku, memang tak ada bilik sebab tak cukup besar."

Aimi berkata, "macam okey juga...ada privasi sikit kalau kita buat rumah sendiri."

"Eh? Apa yang kita tahu pasal nak buat rumah sendiri?" tanya Shikin.

"Nanti pelan-pelan kita mintak tolonglah dekat kawan sekolah kau ni," kata Aimi sambil menderamkan suaranya.

Aku terus berkata, "sorry aku tak dapat nak tolong korang sebab rumah aku pun belum siap sepenuhnya lagi. Kalau setakat tolong guna air liur tu bolehlah, kot?"

"Eh, tak apa...pandai-pandailah kitorang cuba-cuba buat rumah nanti. Tapi, kenapa kau pakai baju macam perisai ni?" tanya Shikin.

Tidak sempat aku menjawab soalan mereka, tiba-tiba kedengaran lolongan serigala. Aimi dan Shikin masing-masing terkejut melihat tanganku segera mencapai busur dan seterusnya mula memanah beberapa ekor serigala yang telah menceroboh masuk ke kawasan pantai.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pulau Misteri [Complete]Where stories live. Discover now