Bahagian 48

741 19 2
                                    

"Dah habis cerita mengarut kau?" perli Stryker. "Aku dah lihat latar belakang dia, dia cuma orang bandar dan belajar di Amerika. Bukannya seperti pemburu di dalam cerita kau!"

“Habis tu, boleh kau terangkan apa yang sedang berlaku sekarang? Kau mungkin tahu latar belakangnya, tetapi kau tidak mungkin tahu apa yang berlaku di dalam 10 tahun dia berada di pulau ini,” balas Kapten Jones.

Perdebatan mereka terhenti serta-merta sebaik melihat dua orang tentera upahan yang ditugaskan untuk memeriksa kawasan penempatan gorila tiba di kem. Salah seorang daripadanya cedera dan segera diberikan rawatan.

“Apa yang berlaku?” soal Stryker.

“Gorila…gorila tu boleh menghidu bau kami dari jauh,” beritahu tentera upahan tersebut.

“Mereka sungguh ganjil…seolah-olah sama seperti manusia. Mempunyai rumah sendiri di kawasan perkampungan. Boleh membuat senjata sendiri, bercucuk-tanam serta menuai hasil. Masing-masing sedang sibuk seperti sedang bersiap sedia untuk sesuatu,” cerita lelaki itu lagi.

“Cerita karut apa ni? Mereka cuma monyet yang bersaiz besar sahaja!” marah Stryker.

Lelaki tercedera tadi memegang tepi seluar Stryker, “saya…saya nampak unit B-174…”

Stryker segera bertanya, “berapa unit?”

“Kesemua dua unit. Satu unit di tengah-tengah kampung, menjadi permainan anak-anak gorila yang teruja mendengar bunyi keypad ditekan. Satu unit lagi di persisiran pantai terletak dua kilometer dari penempatan gorila,” terang seorang lagi tentera upahan.

Stryker tersenyum mendengar jawapan yang diberikan, lalu dia memandang kepada Alex. Lelaki itu membalas senyumannya sebelum berkata, “kita perlu mengambil alih pulau ini…dengan apa cara sekalipun.”

“Baik, seperti yang kamu semua dengarkan tadi, pada jam 2200 kita akan mula dapatkan B-147 di persisiran pantai dan membiarkan satu lagi unit di penempatan gorila,” terang Stryker.

“Apa B-174 itu?” tanya Kapten Jones.

Alex dengan ringkas menjawab, “bom…”

Stryker tersenyum menambah, “bom yang memiliki 1/100 kekuatan bom atom.”

“Kau bawa bom macam tu di dalam kapal aku?” tanya kapten tidak percaya.

“Ah, kita dah selamat tiba di pulau ni! Bukannya ada apa-apa yang terjadi di dalam perjalanan ke sini,” bentak Stryker.

“Kalau terjadi apa-apa, tentu perbualan ini juga tidak wujud,” balas Kapten Jones menahan marah.

Manakala di perkampungan penduduk perempuan pula, Deianira datang kepadaku dan berkata, “boleh awak sediakan daging-daging tu untuk kesemua orang di perkampungan ini?”

“Tiada masalah, tetapi rasanya saya perlu lakukannya di kawasan tasik sana,” aku menjawab permintaannya.

“Oh, sebab bau racun yang busuk. Semalam Asteria ada ceritakan kepada saya,” balas Deianira.

“Mari, saya tolong…” Deianira mempelawa dengan menghulurkan tangannya.

Apa yang aku pelajari selain daripada Deianira, mereka bukan sahaja tidak pernah memakan daging, malah mereka juga tidak mempunyai rempah-ratus sepertimana yang aku bawa di dalam simpanan dimensi.

Deianira banyak bertanya tentang ruangan simpanan dimensi dan aku tiada masalah untuk menerangkan segala-galanya. Memandangkan mereka merupakan penduduk asal di kawasan kepulauan yang penuh misteri. Tetapi tiada sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai kelebihan yang aku perolehi.

Pulau Misteri [Complete]Where stories live. Discover now